Thursday, December 20, 2012

5 Cara Awal Menjaga Aurat


            Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

       Semoga semuanya sihat dan baik2 blake ye. Kali ni nak kongsi skit kat sape2 yg sudi baca blog saya ni.. Post kali ni khas tuk kaum Hawa tapi kaum Adam pun boleh je amik iktibar dri post kali ni tuk peringatan kpd adik, akak, kawan, bini dll yg bergelar "Wanita".... tapi kaedah nasihat kali ni lain dri yg lain.. kaedah yg lebih santai dan menarik iaitu melalui gambar. Semoga semuanya terhibur sambil mengambil pengajaran drinye... :)


Tuesday, December 18, 2012

Takut Miskin- Habib Umar al-Hafiz



            Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


 TAUSIYAH GURUKU YANG MULIA HABIB UMAR AL-HAFIZ

Takut MISKIN…
Habib Umar membacakan ayat ini dalam pengajian subuh bulan Ramadhan …
Allah Berfirman:

ٱلشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً وَٱللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. [2:268]

Monday, November 19, 2012

Malam Cinta Rasul



          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

            Malaysia dewasa kini makin maju dan terus maju. Itulah yang saya lihat sejak pulang ke Malaysia. Namun begitu, kemajuan yang dikecapi tidak membuat sebahgian umat Islam di Malaysia terus leka dan hanyut dengan kemajuan yang terbentang di depan mata. Dengan kemajuan yang dikecapi sekarang, mereka menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan RasulNya. Kita lihat sekarang rancangan-rancangan di television di Malaysia telah banyak menyiarkan rancangan-rancangan agama untuk pengisian kepada para penonton Islam Malaysia. Antara stesen penyiaran yang betul-betul memainkan peranan tersebut ialah stesen penyiaran al-Hijrah.

Friday, October 19, 2012

Nasihat dan Pengajaran Buat Penuntut Ilmu & Kaum Wanita

          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Sheikh Dr Yusri -hafizahullah-
memesan beberapa perkara penting dalam majlis bacaan kitab Soheh Al Bukhary semalam: 


Thursday, October 11, 2012

Ibnu Taimiyyah Menyokong Hadis Tawasul


     

        Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

            Syeikh Ibnu Taimiyyah telah membicarakan permasalahan ini dengan baik dan bernas, ketajaman pandangannya dan keseimbangan pertimbangannya. Sekali pun beliau pernah menafikan kewujudan hadis yang berkaitan dengan tawasul Nabi Adam Alaihi salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. mengikut perhitungan ilmunya pada masa tersebut, tetapi beliau kemudiannya menukar fikirannya dan kembali mendukung makna hadis tawasul Nabi Adam Aalaihi salam  serta mentafsirkannya dengan pentafsiranyang boleh diterima akal.

            Ibnu Taimiyyah telah meriwayatkan dua hadis dan mengetengahkan kedua-dua hadis tersebut sebagai hadis tawassul Nabi Adam Alaihi salam. Belai berkata:

Tuesday, June 5, 2012

Syeikh Yasin Al-Fadani adalah Musnid al-'Asr



Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

AL-'ALLAMAH al-Mutafannin Musnid al-'Asr 'Alam al-Din Abu al-Faidh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Syafii dilahirkan di Mekah pada 1335 Hijrah bersamaan 1916 Masihi. Beliau membesar di sana di bawah asuhan ayahnya dan juga bapa saudaranya bernama Syeikh Mahmud. Keluarganya berasal dari Kota Padang, Indonesia yang berhijrah ke Mekah.

Wednesday, May 23, 2012

Pilihan Raya Presiden Mesir Bermula

           
           Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

            Tanggal 23 Mei 2012, rakyat mesir telah keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggung jawab mereka sebagai rakyat Mesir. Pada hari ini mereka akan menetapkan sapa yang bakal dilantik sebagai presiden Mesir yang baru dan yang paling bersejarah. Ini adalah kerana, proses pembentukan Republik BARU setelah jatuhnya Republik Lama yang berumur 60 tahun pada bulan februari 2011 bermula dengan kejayaan pilihanraya presiden Mesir. 


            Pentingnya Presiden baru Mesir kerana ia bakal mencorakkan suasana baru politik bukan saja di Mesir bahkan di tanah Arab terutama isu Palestin. Rakyat Palestin cukup kecewa setelah lebih 30 tahun mereka berjiran dgn sebuah negara umat Islam yg gagal membantu mereka. Oleh kerana itu, kemarin ribuan rakyat Gaza menunaikan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan kpd Mesir seorang Presiden yg dapat menjaga mereka dan Al-Quds. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah sendiri mengimami solat hajat di salah sebuah masjid di Gaza dan pihak Hamas menyeru penduduk Gaza melakukan solat hajat serentak selepas Isyak semalam.

Monday, May 7, 2012

Update 4: Penjelasan Ikhwanul Muslimin

         
     Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Upadate kali ini pula saya menukilkan kenyataan dari Ikhwanul Muslimin mengenai Pertempuran Berdarah di Abbasiya (Upadate sebelum ni mengenai: Seruan Imam Masjid an-Nur)

Berkaitan rusuhan dan pertengkaran di Abbasiya Kaherah yang menyebabkan beberapa warga terbunuh, Ikhwanul Muslimin, sebagai kekuatan politik terbesar di Mesir menjelaskan kedudukan mereka dalam hal ini, ini kenyataan Ikhwan dalam masalah tersebut:

>Kesucian darah dalam Islam lebih besar dari kesucian Kaabah itu sendiri. Oleh kerana itu, kami mengutuk pembunuhan kejam puluhan syuhadat dan melukai ratusan penunjuk perasaan.

Update 3: Seruan Imam Masjid an-Nur



Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
           
            Baru-baru ni saya ada melporkan rusuhan yg berlaku di sekitar Abbasiyah (Rusuhan di Abbasiyah, Mesir /Update 2:Rusuhan di Abbasiyah, Mesir ), Mesir. Kali ini saya menukilkan kate2 Imam Masjid An-Nur yg terletak di Abbasiyah di mana berlakunya rusuhan tersebut. Imam Masjid “An-Nur” Mesir Menyeru supaya mengembalikan Khilafah Islam

Syaikh Muhammad Shalah al-Syarkawi, anggota Badan Syariah menyerukan untuk segera menegakkan kembali Khilafah Islam. Seruan tersebut disampaikan dalam khotbahnya di depan massa jamaah Masjid an-Nur di Abbassiya, Mesir.

Syarkawi menggambarkan bahwa apa yang terjadi di Mesir adalah konspirasi asing yang bertujuan untuk menjatuhkan dunia Islam, di mana Mesir sebagai pusatnya. Syarkawi juga menyerukan kembalinya Komite Rakyat untuk menjaga keamanan setelah maraknya aksi para preman.

Friday, May 4, 2012

Luahan anak Polis


         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Sekadar untuk dikongsi bersama...Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata

Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...
Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Update 2:Rusuhan di Abbasiyah, Mesir



         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

 Sambungan dri laporan lepas (Rusuhan di Abbasiyah, Mesir)





1.Beberapa pimpinan politik dgn diketuai oleh Ahli Parlimen Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dilihat menyertai perarakan dari Masjid Nur,Abbasiyah menuju ke dataran Abbasiyah dalam usaha menghentikan pertumpahan darah dan menyokong hak berhimpun spt yg dijamin dalam perlembagaan. Antara mereka ialah Dr.Muhammad El-Baltaji, Adil Hamid dan Ir.'Amru Zaki. Pemuda Ikhwan Muslimin juga turut mendirikan khemah sbg klinik utk merawat kumpulan rakyat yg cedera sejak bermula demonstrasi Sabtu lalu yg dikendalikan oleh MP FJP, Dr.Khalid Hanaafi yg juga pernah menyelia klinik awam di Tahrir sepanjang 18 hari kebangkitan rakyat tahun lalu.


Wednesday, May 2, 2012

Rusuhan di Abbasiyah, Mesir


         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Kronologi Rusuhan di Abbasiah

Baru2 ni di Abbasiayah, salah satu kawasan yg terletak di Kaherah, mesir telah berlaku pertumpahan darah atau lebih tepat lagi adalah rusuhan yg dilakukan oleh rakyat atas sebab2 tertentu. Kepada mereka yg baru mengikuti "Peristiwa berdarah Abbasiyah", berikut saya ringkaskan kronologi peristiwa semoga dpt difahami:

Ia bermula selepas himpunan jutaan Jumaat 27 April lalu. Sehari sebelum itu, pihak SPR menolak 5 rayuan bg calon Presiden Mesir termasuk Khairat Shatir dan calon Salafi, Syeikh Hazim Abu Ismail. Parti2 politik menyeru semua rakyat di Tahrir agar kembali ke rumah masing2 dan himpunan telah tamat menjelang petang Jumaat tersebut.

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0: Apa kata IM Hilal Asyraf


            Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Pendapat Dan Pandangan Saya Berkenaan BERSIH.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Friday, April 13, 2012

Istidraj


           Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Apa ada pada Istidraj

Rasullulah SAW bersabda, ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT..” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Adakah itu kita?

~Imtihan Tak Lama Lagi~



Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Tolak makan, minum, tidur dan mandi, tinggal la 2mgu je nk imtihan..haaa..time ni la semua pelajar kt Mesir ni kelam kabut nk stdy bagai..smpkan xtdur mlm pon ade ! sbb ape? sbb nk catch-up madah yg xterbaca lg..time ni jugak la kepala serabut nk bc mn satu kitab sbb byk sgt an kitab tuk fasa 2 ni ? =DD...time2 camni jugak la prob nk dtg direct gedebuk kt atas kita,contohnya prob ukhuwah..prob ni slu je jd isu,lebih2 lg dlm fatrah imtihan..sblm2 ni kita cool,slumber dan sempoi je orgnya,xde pon kuat touching ke ape,tp bila imtihan nk dekat,sahabat kita bahan sikit je,usik skit je kita da touching lebih.. sahabat kita tegur sket je kesalahan kita 2,tp kita xleh terima,ade yg nk memberontak la ape la..adeeee je benda yg wat kita emo lebih..prob ni mst korg da penah rasa kan?? xhari ni pon,esok la kot..=DD

Thursday, April 12, 2012

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Fadhilat Wudhu’

     
  Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Rasulullah saw bersabda :

“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kunci Rezeki

    
            Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

 
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Tuesday, March 6, 2012

Bantulah saya selamatkan Suhaila…


        SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.
Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan. Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.


        Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar. Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang. Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana. Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid. 

Monday, February 20, 2012

MAAROD KUTUB 2012


          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


            Bertemu lagi kita di ruang maya ini setelah sekian lame kita tidak bersua. Kesibukan diri dalam memenuhi waktu cuti musim sejuk ini membataskan diri saya untuk menaip atw meng "up date" blog ini. Bulan lepas sibuk dgn imtihan. Bulan Februari ni pula sibuk dgn pelbagai aktiviti2 yg telah dirancang sendiri dan aktiviti2 yg di adakan oleh persatuan pelajar di sini.

            Setelah selesainya imtihan fatrah pertama, saya bersama housemate telah bergerak ke Kaherah tuk menaghadiri Maarod Kutub (pameran buku: Cairo Internasional Book Fair)  yg telah dibuka pada 22 Januari sehingga 7 Fabruari 2012 bermula 10pagi - 7malam. Maarod Kutub ini kebiasaanya diadakan pada setiap awal tahun, namun ia tidak diadakan pada tahun lepas kerana berlaku revolusi Mesir yg telah menggulingkan rejim Mubarok. Maarod Kutub di Kaherah ini adalah yg ke-2 terbesar di dunia. Terdapat banyak buku2 di sini terutamanya buku2 mengenai agama. Keluasan tapak pameran ini sungguh besar. Orang kate "2-3 hari pergi pun tak habis round la".

Thursday, January 26, 2012

Di Bawah LIndungan Ka’abah


          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Bersyukur sekali lagi kerana jari-jemari ini bisa menaip kembali setelah sekian lame tidak meng"update" blog ni. Hal ini disebabkan kepadatan waktu ketika musim imtihan. Alhamdulillah imtihan baru je selesai kelmarin, sekarang ni usehe perlu diteruskan dgn berdoa dak bertawakal. Selepas hbs imtihan aitu, saya telah menonton satu citer yg telah di download oleh sahabat saya. Jadi secare tidak lansung posting kali sebagai pembukaan tuk tahun baru ni. Tajuk citer tu “Di Bawah Lindungan Ka’abah”. Memang best. Banyak pengajaran yg boleh kiter amik dari citer ni.