Friday, March 25, 2011

Informasi Terkini Sekitar Suasana Di Mesir



KAHERAH, 23 Mac - Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menasihati kepada semua pihak terutama mahasiswa/wi Malaysia yang belajar di Mesir agar mengikuti perkembangan Mesir dari semasa ke semasa. Ia bagi membolehkan mahasiswa/wi tidak 'buta suasana' dan tertipu dengan fakta-fakta salah yang cuba diselewengkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perintah Berkurung
Selepas pengunduran mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 11 Februari yang lalu, perintah berkurung masih lagi dikuatkuasakan oleh pihak tentera. Perintah berkurung adalah bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi.
Namun begitu, pihak PMRAM telah pun diminta oleh pihak keselamatan Mesir agar memastikan supaya semua mahasiswa/wi Malaysia tidak berada di luar rumah selewat-lewatnya pada jam 10 malam bagi tujuan keselamatan.

Thursday, March 24, 2011

Tazkirah Sempena Maulid Nabi

MENUJU SYURGA BERSAMA RASULULLAH S
Oleh: Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani

Ketahuilah, bahawa kedudukan yang paling tinggi di dalam syurga ialah dapat bersama dan menjadi pengiring Nabi J . Di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah , dia berkata:

جاء رجل إلى رسول الله J فقال : يا رسول الله ، إنك لأحب إلي من أهلي ومن نفسي ومن ولدي، وإني لأكون في البيت فأذكرك وما أصبر حتى آتيك فأنظر إليك، فإذا ذكرت موتي وموتك، عرفت إذا أنك دخلت الجنة رفعت مع النبيين، وإني إذا دخلت الجنة خشيت أن لا أراك

“Pernah seorang lelaki menemui Rasulullah J , lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kamu lebih aku kasihi daripada keluargaku, diriku sendiri dan anak-anakku. Apabila aku berada di rumah, aku selalu mengingatimu dan tidak sabar untuk menemuimu supaya aku dapat melihatmu. Apabila aku teringat akan kematianku dan kewafatanmu maka aku mengetahui, apabila kamu masuk ke dalam syurga, kedudukanmu akan diangkat bersama para nabi yang lain. Sedangkan aku, apabila telah masuk syurga, aku takut sekiranya tidak berpeluang melihatmu lagi.”