Berkata Saidina Ali Karamullahu Wajhah :Umur seseorang itu sangat singkatuntuk mengetahui semua ilmu yang patut diketahui, maka hendaklah engkau mempelajari ilmu yang penting terlebih dahulu, kemudian barulah engkau mempelajari ilmu-ilmu yang lain
Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Hari ini dalam jadual ada 2 madah
(matapelajaran) tapi kawan arab bagi tau jadual bertukar bahawa hari ini ade 3
madah dan madah terakhir adalah madah Mukhtalif Hadis. Nampaknye dari pagi
sampai asar la kelas aku hari ini. Habis je waktu madah ke-2, aku terus
bergegas ke musolla (surau) kuliah Usuluddin yg berada di sudut bangunan. Memandangkan aku sudah berwuduk dari rumah maka aku terus la solat zohor
berimamkan pelajar arab yg solat jama’ kasar. Mungkin die ni tinggal jauh dari
sini sehingga dia boleh solat jama’ kasar. Tinggi mujahadah diorg tuk dtg
belajar. Malu klw kite yg tinggal dekat tak dtg kuliah. Lagi malu kite dgn doktor(pensyarah) yg dtg mengajar kebanyakan dtg jauh2 tapi kite ponteng kuliah.