Tuesday, April 26, 2011

Sardin Katak, Milo Cacing


                    Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Semoga semua dalam sihat sejahtera. Kali ini saya nak berkongsi satu artikel yang telah lame tersebar diruang maya ini.  Mungkin anda semua pernah terbaca artikel ini. Artikel ini mengenai pendedahan campuran “penyedap” makanan terhadap 2 produk yang terkenal di Malaysia. Ia itu Sardin Ayam Brand serta minuman Milo.

Sunday, April 24, 2011

Skabies lumrah di asrama

  
           Assalammualaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. semoga semuanya sihat selalu. Pada hari ini saya terlah terbaca info kesihatan di dada kahbar tempatan. Saya telah membaca satu cerita mengenai penyakit "SKABIES". Saya rasa mungkin ada yang tahu mengenai penyakit ini terutama bagi pelajar berasrama. apabila saya terbaca artikel tersebut, mengingatkan saya kepada peristiwa ketika saya terkene skabies ini ketika di asrama Kejadian ini juga turut berlaku kepada penghuni asrama yang lain.


Friday, April 22, 2011

Piala Raja Spanyol Jatuh (bersama video kejadian)

MADRID: Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Monday, April 18, 2011

Media Massa: Peranannya Dalam Revolusi di Dunia Arab


          Di Saat menulis artikel ini, dunia sedang memerhati bagaimana berakhirnya gerakan revolusi di dunia Arab. Bermula dari Tunisia kemudian Mesir, yang berhasil menjatuhkan kedua penguasa di negeri itu.

       Bangsa Arab dan umat Islam masih berteka-teki bagaimana revolusi di Libia, Yaman dan Syiria akan berakhir? Kesemua negeri tersebut memiliki situasi dan keadaan sosial, politik, dan ekonomi yang berbeza.

Menolak Tanggalkan Tudung, Zahra Diserang Hingga Luka

             
             Zahra Kazemi Saleh, muslimah yang  berasal dari Iran di London menjadi korban penganiayaan kerana dia menolak untuk menaggalkan tudung yang dipakainya.

Saturday, April 16, 2011

Cubaan Samun : Keprihatinan PMRAM, BKASM Dan HEP Selangor Mesir

KAHERAH, 14 April - Satu kejadian cubaan samun berlaku sekali lagi pada warga Malaysia di Mesir. Semalam, seorang pelajar Selangor Mohamed Salman Mohd Azam (15 tahun) cuba disamun oleh beberapa warga tempatan arab Mesir.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari, ketika pelajar terbabit baru pulang dari kelas pengajian secara bersendirian. Dia kemudian dihampiri sebuah kereta dan 2 orang warga tempatan tersebut berpura-pura menyatakan dirinya sebagai perisik polis (mabahis) lalu mengajak pelajar terbabit ke dalam kereta tersebut.

MENGAPAI CINTA ILAHI



            Assalammualaikum kepada semua yang sudi membaca blog saya ini. semoga semuanya dalam rahmat Allah. Pada suatu pagi, saya telah menerima satu mesej dari kenalan yang menanyakan kepada saya adakah saya telah menjumpai cinta Allah? bagaimanakah untuk mengapai cinta Allah tersebut? lalu saya terus bermuhasabah adakah saya telah menjupai cinta Allah itu? secare jujurnya saya masih terawang-awangan dalam dunia yang penuh cabaran ini. Kealpaan terhadap al-Khalid kita sering berlaku terhadap diri saya.   


           Dengan itu, tergerak dalam hati saya untuk mencari jawapan tersebut sebagai seorang hamba yang hina ini.    
     
            Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku – yakni dalam tidurku – kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Friday, April 15, 2011

Kongres Amerika Bahas Kedudukan Ikhwan Muslimin dalam Politik Mesir

   

     Kongres Amerika pada hari Rabu(13 april 2011) lalu membincangkan kedudukan jamaah Ikhwanul Muslimin di dalam politik Mesir pada masa hadapan.

Robert Satloff dari Institut Washington untuk Polisi Timur Dekat memberi amaran bahawa Ikhwan Muslimin boleh mencapai satu kuasa besar di Mesir. Dia mengatakan bahawa Ikhwan hanya berpura-pura menjadi gerakan damai, moden dan demokratik, sedangkan pada hakikatnya bertujuan untuk "mengislamkan" masyarakat Mesir.

Tuesday, April 12, 2011

-wahai Muslimah Jagalah Diri Mu-


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Thursday, April 7, 2011

Maarod ke Muzaharot?



        Assalammualaikum kepada semua peng”explore” blogger yang terbaca dan melawat blog saya ini. Saya harap semuanya sihat-sihat. Pada kali ini saya hendak menceritakan sedikit pengalaman saya ketika berada di Medan Tahrir atau rakyat Mesir panggil Medan Jihad.


       Buat pengetahuan semua pembaca, Medan Tahrir inilah bermulanya Gerakan Revolusi untuk menjatuhkan pemerintah dictator Husni Mubarak dan bermulanya pembinaan Mesir Baru. 



Saturday, April 2, 2011

Denyut Kasih Medic

“Kenapa kita guna clexane untuk patient ni? Kenapa tak guna heparin untuk cegah DVT? Tanya Dr. Muslih.
“Sebab apa clexane? Hmm, sebab baguslah”, jawab Dr. Mazlan. Jawapan itu tidak memuaskan Dr. Muslih.
Heparin tak cukup bagus ke nak cegah DVT? Kan heparin halal? Tanya Dr. Muslih, ingin mendapatkan kepastian.