Saturday, July 30, 2011

Bercuti di Kampung Arab


      
              Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera seadanya.  Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada kitorng untuk bertemu di ruang maya ini. Minggu ini saya telah menghabiskan cuti saya bersama sahabat-sahabat dari Kaherah. Bila cuti sahaja ada sahabat-sahabat saya akan datang ke rumah saya. Maklum la rumah saya terletak di perkampungan arab jadi boleh diibaratkan mereka ni balik kampung la. 

            Pada hari ahad lepas yang bertarikh 24 Julai 2011, 4 orang rakan saya dari Kaherah telah datang ke rumah saya untuk bercuti. Kata nya nak rehatkan minda di kawsan kampung. Maklulmlah Kaherah tu Bandar besar macam Kuala Lumpur. 

Saturday, July 23, 2011

REVOLUSI MESIR 1952




Revolusi Mesir 1952
(Sumber :Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)
Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai (Arab: ثورة 23 يوليو 1952) dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Pembebasan". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.

PUNCA
Pemerintahan beraja di Mesir mengamalkan rasuah ,pro-British dan gaya hidup mewah bertentangan dengan pergerakan pegawai pembebasan hidup dalam kemiskinan.Mereka dilihat hanyalah boneka kepada penjajah Britain. Beberapa institusi Mesir seperti polis, istana dan malah parti politik dilihat rasuah.

Friday, July 22, 2011

Mesir: Hak Mahasiswa Dicabul


Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga"

                 Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Alahamdulillah dengan limpah dan kurnianya kita dapat kembali bertemu di dalam ruang maya ini.  Posting kali ini ingin melaporkan keadaan mahasiswa/wi yang menuntut di bumi Mesir ini. 
          
            Pada minggu lepas, saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra di kalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini. Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Thursday, July 21, 2011

Pengalaman: Liku-liku Penuntut Ilmu


            
          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah kita semua masih diberi nikmat untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Saya bersyukur juga dengan nikmat Allah yang memberi saya kesempatan untuk menuntu ilmu di bumi Mesir ini. Dengan itu dapat lah rase serba sedikit pengalaman belajar kat sini. Kat sini saya nak citer skit pengalaman yang melucukan jugak la ketika hendak gi ke daurah kitab.   

            Citer eh macam ni, Semalam (20 Julai 2011) saya dengan bebrapa sahabat saya telah keluar dari rumah menuju ke perhentian bas untuk menghadiri daurah kitab Bidayatul Hidayah pada waktu tengah hari. Pada waktu itu waktu kemuncak kesesakan lalu lintas. Tremko (van) untuk ke Maarod tidak muncul-mucul.  Tunggu punyer tunggu tremko tak sampai-sampai. Hampir stengah Jam baru la sampai tremko, tu pun kene berebut dengan arab.

Tuesday, July 19, 2011

" Wajah Yang Memancarkan Cahaya "



     Jika seseorang ingin kelihatan cantik atau dipakaikan pakaian kecantikan pada mereka, mereka harus berusaha bangun tengah malam dan subuh Kerana pada waktu-waktu tersebutlah cahaya terang muncul dan dipakaikan pada orang-orang yang Beriman .

    ALLAH Azza Wa Jalla Berfirman Ertinya : "Pada hari dimana kalian melihat orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanannya." ( Al Hadiid 57: 12)

    Kenapakah orang-orang yang beriman dan banyak pahalanya memancarkan cahaya, sedangkan yang banyak dosa 'memancarkan' kegelapan atau boleh dikatakan kehilangan cahaya ???  

Friday, July 15, 2011

Bulan Sya'ban: Pra-Ramadhan



           Assalammualaikum waraohmatullahhi wabarokatuh.  Semoga semuanya dalam keadaan  sihat wal afiat serta sentiasa di dalam rahmat Allah. Sempena di bulan Sya’aban yang diberkati ini baru lah hari ini saya berkesempatan untuk mencoret sedikit mengenai bulan Sya’ban yang barokah ini. Sebelum ini sibuk menulis tentang BERSIH 2.0 yang kecoh baru-baru ini. Sekarang ini jom kita selidik isu bulan Sya’ban pula.. 


         Apakah kita mengenali bulan Sya’ban ini ? bulan Sya’ban  membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dalam keterangan yang lain, dikatakan sebab dinamakan demikian kerana pada bulan ini terdapat berserak-serak (banyak) kebajikan yang perlu direbut oleh umat islam.

Thursday, July 14, 2011

Makan cara sihat ikut sunnah nabi

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

        Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

        Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0: Apa Pendapat Anda?

             

             Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah kehadrat Allah kerana di atas rahmat dan kuniaNya kita dapat berjumpa lagi di dalam ruang maya ini. Bahang BERSIH 2.0 masih dirasai hingga sekarang walaupun sudah 3 hari berlalu. Tapi adakah anda terfikir baik dan buruknnya perhimpunan Bersih 2.0 ini..?

Tuesday, July 12, 2011

Ustazah jatuh Cinta?

Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 SATU DUNIA

                


                Assalammulaikum waraohmatullahhi wabarokatuh kepada semua pembaca ruangan ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Telah terukir dalam ruang masa dunia, bahawa negaraku Malaysia telah mula menarik perhatian dunia. Bukan maknanya sebelum ini Malaysia tidak terkenal, tetapi Malaysia telah memberitahu kepada dunia akan kegoyahan serta kerapuhan kerajaan Malaysia sekarang ini. Secara tidak lansung membuka ruang kepada musuh  Malaysia yang di luar sana untuk menyerang Negara. Itu hanya andaian saya berpandukan sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan penjajah.

           Pada 9 Julai yang lepas, negara kita telah mengalami satu peristiwa kebangkitan rakyat yang benaung di  bawah sebuah organisasi yang diberi nama “BERSIH 2.0”. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah di pengerusikan oleh Ambiga telah berkumpul di beberapa kawasan di Kuala Lumpur untuk  menyerahkan memorendum  beberapa Tuntutan BERSIH 2.0 kepada Yang Di-Pertuan Agung yang sekarang ini. Mereka semua telah berhimpun pada pukul 2 petang dengan berpakaian bertemakan warana KUNING. Perhimpunan BERSIH 2.0 ini telah mendapat liputan dari seluruh dunia.

MISTERI JODOH SI LELAKI BUTA



(¯`v´¯)
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`​​•.¸.¸¸.•*
•*¨`*• •´*¨`*•
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarokatuh

Bismillaahirrohmaanirrohiim

Kisah ini dipaparkan oleh Syeikh abdul Aziz bin Abdul Kariem Al-Aql dalam salah satu ceramahnya yang berjudul "kisah dan pelajaran"


Syeikh Abdul Aziz menuturkan, "Di antara kisah (misteri jodoh) yang pernah saya ketahui adalah seorang pria dari kerabat saya yang hafal Qur'an dan shalih.





Ia orang yang dikenal rajin bersilaturahim, teguh pendirian agamanya dan selalu taat pada Allah dan dia seorang yang buta.

Suatu hari dia bertanya kepada saya,

"Ananda, ---waktu itu saya berumur 17 tahun--- , kenapa kamu belum menikah ?"

Friday, July 8, 2011

Fikrah ku: BERSIH 2.0 di Mesir

        
         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Bersyukur kehadrat Allah kerana kita dapat menyedut udara untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini. Tarikh 9 Julai 2011 digembar gemburkan perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tahukan anda pakah BERSIH 2.0 itu ?
        BERSIH adalah gabungan NGO yang menuntut pilihan raya yang akan datang dilakukan secara bersih. BERSIH 2.0 ini telah diketuai oleh Ambiga. Tujuan perhimpunan ini dilakukan adalah untuk menyerahkan memorendum mengenai tuntutan BERSIH 2.0 kepada Yang Dipertua Agong Malaysia. Antara 8 tuntutan BERSIH adalah:
 

Thursday, July 7, 2011

Madah Persahabatan



Bismillahirrahmanirrahim.....
Marilah kita sama-sama menghayati dan  selami apa yang diertikan dengan sebuah persahabatan..

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.

Wednesday, July 6, 2011

Fatrah Imtihan: Tatawakalu 'Alallah

  
              Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Bersyukur kepada Allah keranaNya kita merasai nikmat Iman dan Islam seterusnya diberi peluang untuk meneruskan hidup di bumiNya ini. Allhamdulillah sekali lagi kepada Allah kerana saya berjaya melansaikan imtihan saya disini untuk tahun ini. Segala usaha telah saya kerahkan. Semoga Allah memberi natijah setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Tetapi di sesetengah muhafazah lain masih belum habis fatrah imtihannyer.  Semoga kalian semuer masih bersemangat untuk meneruskan imtihan yer. Bitaufiq wanajah.

Tuesday, July 5, 2011

Ayam KFC perisa TAPAK KASUT (New)

          

        Assalammualaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Diharap semuanya dalam sihat sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana kita dapat bertemu lagi di ruang maya ini... Dunia sekarang ni makin menakutkan. Macam-macam perangai manusia yang teruk kita lihat. Contohnya minggu lepas heboh dengan satu video yang menunjukkan cara-cara membuat ayam KFC perisa TAPAK KASUT.. Video ini menunjukkan seorang pekerja dapur restoran KFC mencuber resepi ciptaan sendirinya ia itu perisa TAPAK KASUT. Biadap sungguh perlakuan pekerje ni. Tiada rasa hormat lansung kepada pelanggan yang akan memakan ayam tersebut. 

          Di sini saya sertakan video perlakuan tidak bermoral pekerja tersebut:

Saturday, July 2, 2011

Facebook: Apa akan jadi lepas aku mati?

              





assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

Friday, July 1, 2011

Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar Dibatalkan




KAHERAH, 1 Julai - Untuk makluman, peperiksaan kelayakan Universiti Al-Azhar,Mesir untuk sesi akan datang telah dibatalkan perlaksanaannya di Malaysia .

Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar melalui Dr.Zakaria Abdul Majid yang merupakan Dekan Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar kepada Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan semalam.

Fatrah Imtihan: Berjalan Tanpa Henti

        Assalammualaikum kepada semua pengunjung laman ini. Semoga semuanya sihat sejahtera di dalam menempuh kehidupan ini. Alhamdulillah kita dapat lagi bertemu lagi di ruang maya ini. Alhamdulillah sekali lagi dan saya bersyukur kepada Allah kerana hanya  tinggal  satu madah (Tasawuf) sahaja imtihan fatrah ke-2 ini. Semoga dimudahkan saya serta sahabat2 lain untuk terus berjalan tanpa henti hingga ke penghujungnya. Dengan itu saya ingin berkongsi kepada anda serta sahabat2  seperjuangan satu lagu baru dari kumpulan Devotees. Terimalah dari saya "Berjalan Tanpa Henti"....