Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera seadanya. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada kitorng untuk bertemu di ruang maya ini. Minggu ini saya telah menghabiskan cuti saya bersama sahabat-sahabat dari Kaherah. Bila cuti sahaja ada sahabat-sahabat saya akan datang ke rumah saya. Maklum la rumah saya terletak di perkampungan arab jadi boleh diibaratkan mereka ni balik kampung la.
Pada hari ahad lepas yang bertarikh 24 Julai 2011, 4 orang rakan saya dari Kaherah telah datang ke rumah saya untuk bercuti. Kata nya nak rehatkan minda di kawsan kampung. Maklulmlah Kaherah tu Bandar besar macam Kuala Lumpur.
Aktiviti menangkap udang
Inilah hasil tangkapannyer
Pada keesokan harinya pulak, saya membawa sahabat-sahabat saya ni jaulah ke kampung arab. Tempat yang dituju adalah rumah Ustaz Khidr(ustaz arab yg ngajar di skolah den) yang terletak 45minit perjalanan dari rumah saya. Sebelum ni saya pernah sampai sini bersama ustaz-ustaz skolah yang datang dari Malaysia. Kali ni saya membawa sahabat-sahabat saya ziarah kerana mereka tidak pernah datang ke rumah ustaz Khidr ni. Tapi ustaz Khidr takder la sbb die masih mengajar di Maahad lagi. Yang ade hanya mak dia sahaja. Sampai sahaja di sana kitorang dijamu dengan inab(buah anggur). Tu baru ringan2 jer. Lepas tu kitorng dihidangkan dengan makanan arab. Lauk utamanyer ialah Firah Masywi (ayam panggang). Memang sedap sampai kenyang kitorg makan. Lepas makan kitorng pun berbual-bual sambil ditemani akak Ustaz KHidr dan anak2 akak Ustaz Khidr. Perbualan kitorng berterusan sehinggalah ke waktu asar.
Tgh menikmati makanan arab
Ni lah die ayam panggang dgn kuah kentang tomato... sedap...
Mustafa... anak buah Ustaz Khidr
Depan skali ni lah Mak Ustaz Khidr.. yg blakang tu jiran dier...
Selepas itu, kitorng meminta diri untuk berjumpa dengan Shiekh Ibrahim yang tinggal berdekatan dengan rumah Ustaz Khidr. Sheikh Ibrahim ni adalah pakcik kepada Ustaz Khidr dan die juga pernah mengajar di Maahad dulu. Sempat la ngajar saya stahun, lepas tu kontrak mengajar die habis terus balik ke Mesir. Kitorng di bawa anak akak Ustaz Khidr iaitu Mustafa ke rumah Shiekh Ibrahim. Selepas kitorng bertanyer kahabar dan berbual sdikit kitorng pun minta izin untuk pulang. Kitorng tak anak lame2 kat rumah Shiekh Ibrahim sbb takuk meganggu die. Maklulm la kesihatan Shiekh Ibrahim tidak beberape baik. Kitorng sampai di rumah hampir masuk waktu magrib. Pada malam nya, kitorng bersiap-siap untuk aktiviti pada esok harinya.
Sheikh Ibrahim yang berbaju t-shirt coklat
Keesokan harinya yang bertarikh 27 Julai 2011, kitorng bertolak ke Balteim yang terletak di Kafru Sheikh. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 3jam. Baltiem ni adalah satu tempat perlancongan di tepi pantai. Sesampai jer kitorng di sana, pertama skali kitorng cari rumah sewa. Kitorng cadang tuk bermalam di Balteim semalam. Pada waktu petangnyer, kitorng bermandi-mande di pantai Balteim. Ramai sungguh orang di sana. Kawasan Pantai pun cantik jgak. Pada malamnyer pulak, lps mahgrib, kami memulakan aktiviti memanggang ayam. Org kater BBQ. Ape2 je lah.. Memang sedap ayam panggang mlm tu. Tengok orang la sape yang panggang kan klw bkn saya (hahaha panggang ramai2 sebenarnyer). Lps makan2, kitorng gi jalan2 di tepi pantai dengan menyewa basikal. Best sgt dapat jalan di tepi pantai pada waktu malam. Tapi yang tak best tu, basikal saya pancit. Hampeh tul!!! Ramai jgak orang2 arab ni rayau2 pada waktu malam ni. Mungkin diorng hendak menikmati angin nyaman di tepi pantai ni. Pada keeskan hari nya, saya bersama 2org rakan telah pergi ke pantai untuk menyaksikan matahari naik, tapi terlambat plak. Walaubagaimanapun, jalan2 tepi pantai pada waktu pagi pun sronok jgak sambil menikmati udara pagi yang sungguh nyaman. Tepat pada pikul 10.00 pagi kitorng semua “check out” dri rumah sewa dan balik semula ke Tanta.
Main bola di Pantai
selepas mandi mande
aktiviti memanggang ayam
Inilah juadah makan malam kitorang....
Dah nak balik...
selepas mandi mande
aktiviti memanggang ayam
Inilah juadah makan malam kitorang....
Berbasikal bersiar-siar di tepi pantai
Besiar di tepi pantai waktu pagi
Menikmati suasana matahari terbit
Dah nak balik...
Alhamdulillah, kitorng rase bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk berjalan di bumi Mesir ini sambil mengeratkan ukhuwah serta melihat keindahan alam ini. Semoga perjalanan ini diredhoi Allah. Amin.Selepas ini tumpuan dan focus kepada Ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat menggunakan sebaik-baiknyer kelebihan Ramadhan ini dan diharap semua amalan kita diterima Allah. Salam Ramadhan buat semua… Ramadhan Karim..
Xdo la ngaja dowh..nangkap udang sendiri2 yo..hehe
ReplyDeletehahaha..... mane la den tau... den suruh bdk2 ni ajak saper2 yg nak dtg.... tak po la sheik... nnti lps rayer dtg la.... udang ade lagi tu...
ReplyDelete