Wednesday, May 23, 2012

Pilihan Raya Presiden Mesir Bermula

           
           Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

            Tanggal 23 Mei 2012, rakyat mesir telah keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggung jawab mereka sebagai rakyat Mesir. Pada hari ini mereka akan menetapkan sapa yang bakal dilantik sebagai presiden Mesir yang baru dan yang paling bersejarah. Ini adalah kerana, proses pembentukan Republik BARU setelah jatuhnya Republik Lama yang berumur 60 tahun pada bulan februari 2011 bermula dengan kejayaan pilihanraya presiden Mesir. 


            Pentingnya Presiden baru Mesir kerana ia bakal mencorakkan suasana baru politik bukan saja di Mesir bahkan di tanah Arab terutama isu Palestin. Rakyat Palestin cukup kecewa setelah lebih 30 tahun mereka berjiran dgn sebuah negara umat Islam yg gagal membantu mereka. Oleh kerana itu, kemarin ribuan rakyat Gaza menunaikan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar dikurniakan kpd Mesir seorang Presiden yg dapat menjaga mereka dan Al-Quds. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah sendiri mengimami solat hajat di salah sebuah masjid di Gaza dan pihak Hamas menyeru penduduk Gaza melakukan solat hajat serentak selepas Isyak semalam.

Monday, May 7, 2012

Update 4: Penjelasan Ikhwanul Muslimin

         
     Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Upadate kali ini pula saya menukilkan kenyataan dari Ikhwanul Muslimin mengenai Pertempuran Berdarah di Abbasiya (Upadate sebelum ni mengenai: Seruan Imam Masjid an-Nur)

Berkaitan rusuhan dan pertengkaran di Abbasiya Kaherah yang menyebabkan beberapa warga terbunuh, Ikhwanul Muslimin, sebagai kekuatan politik terbesar di Mesir menjelaskan kedudukan mereka dalam hal ini, ini kenyataan Ikhwan dalam masalah tersebut:

>Kesucian darah dalam Islam lebih besar dari kesucian Kaabah itu sendiri. Oleh kerana itu, kami mengutuk pembunuhan kejam puluhan syuhadat dan melukai ratusan penunjuk perasaan.

Update 3: Seruan Imam Masjid an-Nur



Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
           
            Baru-baru ni saya ada melporkan rusuhan yg berlaku di sekitar Abbasiyah (Rusuhan di Abbasiyah, Mesir /Update 2:Rusuhan di Abbasiyah, Mesir ), Mesir. Kali ini saya menukilkan kate2 Imam Masjid An-Nur yg terletak di Abbasiyah di mana berlakunya rusuhan tersebut. Imam Masjid “An-Nur” Mesir Menyeru supaya mengembalikan Khilafah Islam

Syaikh Muhammad Shalah al-Syarkawi, anggota Badan Syariah menyerukan untuk segera menegakkan kembali Khilafah Islam. Seruan tersebut disampaikan dalam khotbahnya di depan massa jamaah Masjid an-Nur di Abbassiya, Mesir.

Syarkawi menggambarkan bahwa apa yang terjadi di Mesir adalah konspirasi asing yang bertujuan untuk menjatuhkan dunia Islam, di mana Mesir sebagai pusatnya. Syarkawi juga menyerukan kembalinya Komite Rakyat untuk menjaga keamanan setelah maraknya aksi para preman.

Friday, May 4, 2012

Luahan anak Polis


         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Sekadar untuk dikongsi bersama...Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata

Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...
Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Update 2:Rusuhan di Abbasiyah, Mesir



         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

 Sambungan dri laporan lepas (Rusuhan di Abbasiyah, Mesir)





1.Beberapa pimpinan politik dgn diketuai oleh Ahli Parlimen Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dilihat menyertai perarakan dari Masjid Nur,Abbasiyah menuju ke dataran Abbasiyah dalam usaha menghentikan pertumpahan darah dan menyokong hak berhimpun spt yg dijamin dalam perlembagaan. Antara mereka ialah Dr.Muhammad El-Baltaji, Adil Hamid dan Ir.'Amru Zaki. Pemuda Ikhwan Muslimin juga turut mendirikan khemah sbg klinik utk merawat kumpulan rakyat yg cedera sejak bermula demonstrasi Sabtu lalu yg dikendalikan oleh MP FJP, Dr.Khalid Hanaafi yg juga pernah menyelia klinik awam di Tahrir sepanjang 18 hari kebangkitan rakyat tahun lalu.


Wednesday, May 2, 2012

Rusuhan di Abbasiyah, Mesir


         Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Kronologi Rusuhan di Abbasiah

Baru2 ni di Abbasiayah, salah satu kawasan yg terletak di Kaherah, mesir telah berlaku pertumpahan darah atau lebih tepat lagi adalah rusuhan yg dilakukan oleh rakyat atas sebab2 tertentu. Kepada mereka yg baru mengikuti "Peristiwa berdarah Abbasiyah", berikut saya ringkaskan kronologi peristiwa semoga dpt difahami:

Ia bermula selepas himpunan jutaan Jumaat 27 April lalu. Sehari sebelum itu, pihak SPR menolak 5 rayuan bg calon Presiden Mesir termasuk Khairat Shatir dan calon Salafi, Syeikh Hazim Abu Ismail. Parti2 politik menyeru semua rakyat di Tahrir agar kembali ke rumah masing2 dan himpunan telah tamat menjelang petang Jumaat tersebut.