Monday, February 20, 2012

MAAROD KUTUB 2012


          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


            Bertemu lagi kita di ruang maya ini setelah sekian lame kita tidak bersua. Kesibukan diri dalam memenuhi waktu cuti musim sejuk ini membataskan diri saya untuk menaip atw meng "up date" blog ini. Bulan lepas sibuk dgn imtihan. Bulan Februari ni pula sibuk dgn pelbagai aktiviti2 yg telah dirancang sendiri dan aktiviti2 yg di adakan oleh persatuan pelajar di sini.

            Setelah selesainya imtihan fatrah pertama, saya bersama housemate telah bergerak ke Kaherah tuk menaghadiri Maarod Kutub (pameran buku: Cairo Internasional Book Fair)  yg telah dibuka pada 22 Januari sehingga 7 Fabruari 2012 bermula 10pagi - 7malam. Maarod Kutub ini kebiasaanya diadakan pada setiap awal tahun, namun ia tidak diadakan pada tahun lepas kerana berlaku revolusi Mesir yg telah menggulingkan rejim Mubarok. Maarod Kutub di Kaherah ini adalah yg ke-2 terbesar di dunia. Terdapat banyak buku2 di sini terutamanya buku2 mengenai agama. Keluasan tapak pameran ini sungguh besar. Orang kate "2-3 hari pergi pun tak habis round la".