Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Bertemu lagi kita di ruang maya ini setelah sekian lame kita tidak bersua. Kesibukan diri dalam memenuhi waktu cuti musim sejuk ini membataskan diri saya untuk menaip atw meng "up date" blog ini. Bulan lepas sibuk dgn imtihan. Bulan Februari ni pula sibuk dgn pelbagai aktiviti2 yg telah dirancang sendiri dan aktiviti2 yg di adakan oleh persatuan pelajar di sini.
Setelah selesainya imtihan fatrah pertama, saya bersama housemate telah bergerak ke Kaherah tuk menaghadiri Maarod Kutub (pameran buku: Cairo Internasional Book Fair) yg telah dibuka pada 22 Januari sehingga 7 Fabruari 2012 bermula 10pagi - 7malam. Maarod Kutub ini kebiasaanya diadakan pada setiap awal tahun, namun ia tidak diadakan pada tahun lepas kerana berlaku revolusi Mesir yg telah menggulingkan rejim Mubarok. Maarod Kutub di Kaherah ini adalah yg ke-2 terbesar di dunia. Terdapat banyak buku2 di sini terutamanya buku2 mengenai agama. Keluasan tapak pameran ini sungguh besar. Orang kate "2-3 hari pergi pun tak habis round la".
Setiap pelajar2 di sini yg pergi ke Maarod Kutub ini mempunyai terget yg tersendiri dalam membeli buku2. Seperti saya, target tuk membeli kitab2 yg susah tuk dapat di Mesir seperti kitab karangan Ulama'2 Mekah dan Yaman. Di samping itu, membeli kitab2 yg biase di pakai oleh pelajar2 di sini dgn harge yg lebih murah. Waktu Maarod Kutub ni la pelajar2 di sini akan memborong habis-habisan kerana harganya lebih murah dari harga biasa. Sampaikan ada yg membawa bag kargo yg beroda tuk memudahkan membawa kitab2 yg dibeli (bukan saya tau..) dan pelbagai ragam dan gaya boleh dilihat di Maarod Kutub ni.
Terdapat banyak kedai2 buku yg menyertai Maarod Kutub kali ini dari syarikat buku yg terkenal sehingga la syarikat buku yg tak pernah dgr sebelum ni. Syarikat buku ini datang dari merata negare terutamanya negara2 arab seperti Arab Saudi, Jordan. Yaman dan lain2. Ketika Maarod Kutub hari tu, saya suka buku atw kitab2 terbitan syarikat Darul Minhaj kerana kitab2nya sungguh berkualiti walaupun harganya mahal sedikit tetapi ia bersesuaian dgn kualitinya dan syarikat buku ini tidak terdapat di Mesir kerana ia berasal dri Arab Saudi.
Ketika Maarod Kutub berlansung, persatuan di sini telah mengeluarkan senarai kitab2 mengikut peringkat seperti permulaan, pertengahan dan peringkat tinggi. Selain itu, pelajar2 lama di sini memberi kami beberapa tip tuk membeli kitab2 yg betul. Ditakuti terbeli kitab yg telah bercampur dgn fahaman Wahabi. Contohnya seperti kitab "Fathul Bari"(syarah kitab Sahih Bukhari). Puas saya dgn haousemate pusing2 semua kedai mencari kitab ni yg tiada fahaman wahabi. Hampir semua syarikat yg mencetak kitab ni yg telah bercampur dgn fahaman wahabi dan akhirnya kami jumpe jgak kitab yg dikenal pasti tidak mempunyai tahqiq dari ulama' wahabi seperti Al-Bani dan Baz.
Jumlah pengunjung yg datang sungguh ramai. Bukan setakat rakyat Mesir serta pelajar yg berada di Mesir sahaja, malahan ada yg datang dari merata negare. Ada juga pelajar Malaysia yg belajar di Jordan dan Morocco datang tuk membeli kitab2 di sini.
Gambar suasana Maarod Kutub:
O.k la.. sampai di sini saje coretan saya kali ini. Nnti kan selepas ni coretan saya menegenai akitviti2 semasa cuti musim sejuk kali ini. Ialal Liqa’.. wassalam.
No comments:
Post a Comment