Thursday, June 30, 2011

Kisah Nabi Musa bertemu Jodoh di kota Madyan

          


            Assalammulaikum kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal afiat. Bersyukur kehadrat Allah keranaNya kita dapat bertemu di ruang maya ini lagi. Alhmadulillah tadi baru lepas imtihan madah Qosasul Quran. tinggal 1 madah lagi. Harap di mudahkan. Masa ulangkaji madah Qosasul Quran saya tertarik dengan 1 cerita dan teringin berkongsi dengan anda sekalian mengenai cerita Nabi Musa. Semoga kita mendapat ikhitibar serta pengajaran dari kisah ini.

Dengan berdoa kepada Allah: "Ya Tuhanku selamatkanlah aku dari segala tipu daya orang-orang yang zalim" keluarlah Nabi Musa dari kota Mesir seorang diri, tiada pembantu selain inayahnya Allah tiada kawan selain cahaya Allah dan tiada bekal kecuali bekal iman dan takwa kepada Allah. Penghibur satu-satunya bagi hatinya yang sedih karena meninggalkan tanahi airnya ialah bahwa ia telah diselamatkan oleh Allah dari buruan kaum fir'aun yang ganas dan kejam itu.

Wednesday, June 29, 2011

Fatrah Imtihan: Khouf wa Roja'

    

     Hidup ini memang menyulitkan. Setiap hari jiwa kita akan teruji dan perjalanan hidup terasa semakin hari semakin sukar. Inilah kehidupan, "Dialah (Allah) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya.".

     Ya, hidup ini adalah ujian. Menafikan hakikat ini akan menjadikan kita orang yang sentiasa kecewa dan putus asa. Menerima hakikat ini menggambarkan kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang menonjolkan kepimpinan dan ketokohan kita sebagai hamba Allah SWT.

Monday, June 27, 2011

Kepala Tersepit...

          
         Assalammualaikum kepada pengungjung blog Macam2ada ni. Semoga semuanyer dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada kehadrat Allah kerana dapat lagi kita bertemu di dalam ruang maya ini. Pagi tadi saya sedang saya tengok2 Facebook, terjumpe satu video ni. Video mengenai seorang pelajar sekolah rendah tersepit kepala di kerusi sekolah.

Sunday, June 26, 2011

Bara'a Gadis Yang Tabah

     Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat...... manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Thursday, June 23, 2011

KENAPA AKU 'WAJIB' BERTUDUNG?




(¯`´¯) ..•¨`* ܓ
´*.¸.•´ 8 SEBAB WANITA CANTIK BERTUDUNG!!
●/
/▌
/ \
...
(✿◠‿◠) Tuntutan agama

● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

Monday, June 20, 2011

RAHSIA NOMBOR KOD PADA LABEL BUAH-BUAHAN



PENDAHULUAN

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Baru-baru ini saya dapat satu maklumat dari seseorang. Dia menyatakan bahawa nombor yang ada pada label buah-buahan yang diimpot itu ada maknanya. Menurutnya lagi, jika penghujung nombor itu angka ganjil, maka buah itu manis rasanya. Saya pun melakukan kajian lanjut dan kongsikan di sini apa yang saya temui. Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

RAHSIA NOMBOR KOD PADA LABEL BUAH-BUAHAN

Saturday, June 18, 2011

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM Terhadap Karikatur Utusan ‘Kekeliruan Kes Rogol’


Merujuk karikatur yang dimuat di dalam dada akhbar Utusan bertarikh 15 Jun 2011, ia dilihat sebagai usaha mempersenda agama Islam. Konten karikatur tersebut menggambarkan bahawa Islam tidak sedikit pun membela hak dan maruah manusia. Di dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66, Allah telah mencela golongan yang mempersenda-senda agama Islam:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65)
لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ 66)

Sunday, June 12, 2011

Sape Kata Kami Gagal?

           Assalammualaikum kepada semua pembaca serta kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian. Semoga semuanya sihat sejahtera serta sentiasa dalam mardhotillah. Pada minggu lepas telah keluar satu kenyataan di akhbar tempatan( Malaysia) mengenai “Kegagalan Pelajar Malaysia di Al-Azhar”. Apabila saya membaca artikal ini, saya berasa sedikit marah serta tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan artikel tersebut yang menyatakan punca kegagalan pelajar Malaysia di al-Azhar adalah kelemahan dalam menguasai bahasa arab. Walaupun kami hanya berdiam diri dengan kenyataan artikel tersebut, ini tak bermakna kami setuju.

Friday, June 10, 2011

Fatrah Imtihan: Ahlan Ya Ustazuna



          Assalammualaikum kepada semua pembaca serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat bertemu lagi dalam ruangan yang tak seberapa ini. Apa khabar semua? Harap sihat-sihat belaka. Pelajar-pelajar di Malaysia sekarang ni tengah “honey Moon” nampaknya semoga kalian semua menggunakan masa cuti dengan sebaiknya. Kepada sahabat-sahabat seprerjuangan pula diucapkan selamat menghadapi imtihan bagi sesiapa yang sudah mula imtihannya. Semoga Allah permudahkan untuk kita semua menghadapinya. Amin.

Tuesday, June 7, 2011

Fatrah Imtihan: “Rejab” Apa Masalahnyer?

               
          Assalammualaikum kepada semua pembaca serta kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog ini.  Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera terutama sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir yang tengah” memulun” pelajaran masing-masing sempena fatrah imntihan kali ini. Akhirnya dapat saya mencuri sedikit waktu study saya untuk meng”up date” blog ini. Sekarang sudah masuknya bulan Rejab mengikut kelender Islam, tapi sejak akhir-akhir ini banyak entri blog serta posting-posting di laman social  membicarakan tentang kewajaran berpuasa di bulan rejab. Pening saya baca semua tu. Apa masalahnya?

Saturday, June 4, 2011

Umat Islam Ditipu: Salah Fakta

            Assalammualaikum kepada semua pembaca blog “macam2ada” ini dan kepada semua sahabat yang dikasihi sekalian. Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kepada robbula alamin kerana kita masih dapat bernafas dan meneruskan hidup hingga sekarang. Semunya atas kekuasaan yang Maha Esa. Posting kali ini saya ingin mendedahkan beberapa penyelewengan fakta pemakanan yang tidak kita ketahui. Ramai antara kita tidak sedar bahawa kita telah lama di tipu oleh musuh-musuh Islam mengenai khasiat sesuatu pemakanan yang telah mereka selewengkan seperti mana mereka selewengkan kitab samawi mereka.

Sumber ini diambil dari facebook. Yang mungkin boleh dijadikan manfaat untuk dibaca sebagai Umat Islam....

     

Thursday, June 2, 2011

Fatrah Imtihan: Bantulah Aku Melawan Nafsu

                Assalammualikum kepada semua pengungjung blog serta kepada semua sahabat-sahabat yang tengah bertungkus lumus untuk menghadapi Imtihan yang bakal tibe tidak lama lagi  sekaligus menjadikannya medan peperangan yang harus ditempuhi oleh semua mahasiswa yang menununtut di Mesir.   Marilah sama- sama kita berusaha beriltizam dengan bersungguh-sungguh serta jangan lupa kita berdoa kepada Allah S.W.T dan bertawakkal kepada NYA. InsyaAllah dengan izin-NYA , segala usaha kita akan mendapat hasil yang mengembirakan kita semua. Walaubagaimanapun usaha perlu ditingkatkan dan melawan semua hawa nafsu yang datang menggoda kita. Kuat kan semangat.... sempena dengan imtihan ni, saya nak mainkan satu lagu tuk sahabat-sahabt sekalian. dengarkan lah:

Bantulah Aku Melawan Nafsu
Mawaddah