Tuesday, May 31, 2011

Fatrah Imtihan: Semangat bagi yang Futur

        Assalamualaikum kepada semua pembaca serta kawan-kawan seperjuangan sekalian. Harap semuanya dalam keadaan sihat. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi diruangan blog yang tak seberapa ini. Dan bersyukur juga kepada Allah kerana masih lagi memeberi kesempatan  kepada kita semua untuk menuntut ilmu sehingga saat ini. Bagai mana persediaan imtihan anda sekalian?

Fatrah Imtihan: Bekam Imtihan

         
                Assalammualaikum kepada semua pembaca yang di kasihi sekalian. Harap semuanya dalam sihat sejahtera kehendakNya.  Pada 28 Mie 2011 hari sabtu lepas, saya serta 2 orang ahli beit yang lain telah berBEKAM dengan seorang pelajar lama di sini. Seorang lagi ahli beit tidak mahu ikut berbekam kerana dia takut.  Jadi kami bertiga je la berbekam di rumah pelajar yang menyediakan rawatan bekam tu. Kami panggil pelajar tu dengan panggilan Ustaz Zaki.  Orang kata bekam boleh menyihatkan badan, tambahan fatrah imtihan makin dekat kesihatan kena jaga.

Thursday, May 26, 2011

Fatrah Imtihan: Kita Cuai!

             Assalammualaikum kepada semua pengungjung blog “Maca2ada” ini. Semoga semua sihat sejahtera  dan sentiasa dalam rahmatNya. IMTIHAN, EXAM, PEPERIKSAAN.. wow…. Gerun bile dengar kalimah-kalimah ini. Satu fatrah (tempoh masa) yang cukup menguji ketahanan fizikal, mental dan spiritual pelajar. Pelbagai macam ujian datang bertandang pada waktu ini- buku yang banyak nak dibaca, hak-hak dengan ahli beit yang tak tertunai, emosi yang tidak berapa stabil- kadang-kadang rasa penat menghadapi fatrah ni, tetapi inilah hadiah dari Allah buat kita, tidak lain sebagai menguji keimanan kita, kerana di hujungnya kita akan mendapat ganjaran hasil kesabaran dan penat lelah kita – kalau tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak.

Sunday, May 22, 2011

"Let's Get Married"


         Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog saya ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. Pejam celik.. pejam celik... dah nak ujung bulan 5. Student-student kat universiti Malaysia dengarnyer ade yang dah habis imtihan. Bagi student kat Mesir ni bulan depan baru nak start imtihan. Tekanan makin dirasai, jiwa tidak tentera mula mnyelubungi setiap student kat sini. Bile saya dah tension study saya pun buka la fb kejap. Saje nak tengok kalau ade komen-komen dari kawan-kawan ke. Tengah usha-usha tu saya jumpe satu video yang di post kat fb member. video tu bertajuk "Let Get Married".

Saturday, May 21, 2011

Jaulah Basol

     

   Assalamualaikum kepada semua pengungjung blog ini. Semoga semua sihat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada korang semue. Selalunya aktiviti di pagi jumaat ahli bait saya adalah ke pasar untuk membeli barang dapur. Tapi ade sorang ahli bait ni cadangkan untuk berjalan-jalan di sekitar kebun arab kat belakang rumah tu. Nak cari ketenangan katenyer sebeb tension study. Maklum la bulan depan imtihan.

Thursday, May 19, 2011

Adakah Islam menentang Jerman?

          Assalammualaikum kepada semua pelawat blog ini. Semoga semuanya sihat sentisa dan sentiasa dalam rahmat Allah. Posting kali ini saya ingin mengajak kalian semua supaya kita hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang isu semasa yang berkaitan dengan saudara seIslam kita. "Barang siapa yang tidak mengambil tahu mengenai saudara seagamanya, dia bukan dari kalangan kita". (saya lupa sama ada ini ayat al-Quran atau hadis) maksudnya, barang siapa yang tidak amik tahu tengtang saudara Muslimin yang lain, maka dia bukan orang Islam. Jadi mari lah kita menagambil berat tentang saudara muslim yang lain.

Monday, May 16, 2011

20 Fakta Menarik Mengenai Islam



1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.


Sejarah Freemason di Malaysia

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli.
Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978,

Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu

Demonstran cedera di hadapan kedutaan Israel

Pihak keamanan Mesir telah menumpaskan rempuhan para demonstran sempena memperingati Nakbah Palestin ke kedutaan Israel di Giza, selatan Kaherah semalam, lalu mengakibatkan puluhan dari demonstran cedera.

Berbalik kepada kejadian rempuhan, agensi berita REUTERS yang melaporkan dari saksi kejadian bahawa selepas beberapa jam perhimpunan diadakan hadapan bangunan yang terletaknya kedutaan Israel, polis Mesir melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas ribuan penunjuk perasaan(demonstran).

Saturday, May 14, 2011

Perang Dunia Ke 3 - WW III telah dirancang.



POLEMIK !     
Segalanya telah dirancang dengan rapi, beberapa siri penyebab (provokasi) pun telah diatur dengan jayanya.  Semua manusia terpaksa memikul beban yang dipaksakan ke atas mereka.  Memang benar, fitnah demi fitnah dibangunkan dengan sengaja untuk membolehkan mereka (THH) menguasai muka bumi ini. 


Bilakah ia akan dilaksanakan? Bila ia akan berlaku? Masanya tentu tidak terlalu jauh. Sudahkah kita bersedia? Siapa pula musuh kita ketika itu?  Singapura?  Indonesia? atau..... huruhara dalaman .. !

Thursday, May 12, 2011

Khutbah Syeikh Abdurrahman Sudais - Maulid Adalah Bid'ah Sesat




Khutbah Syeikh Abdurrahman as Sudais menghukum sesat (bid'ah bagi Wahhabi adalah sesat dan MASUK NERAKA) kepada Umat Islam yang menyambut Maulidul Rasul.

Ada yang bertanya apakah dalil dari al Quran dan Sunnah tentang sambutan maulidul Rasul.

Jawapan :

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahuakbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan




SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Tuesday, May 10, 2011

Meshaal: Pemuda revolusi kena hentikan fitnah di Mesir


           KAHERAH - Ketua Biro Politik gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية), Khaled Meshaal melahirkan rasa bimbang dan sedih tragedi yang menimpa di Imbaba, Giza Mesir, seraya menggesa pemuda revolusi Mesir bertindak bagi hentikan fitnah.