Tuesday, May 31, 2011

Fatrah Imtihan: Semangat bagi yang Futur

        Assalamualaikum kepada semua pembaca serta kawan-kawan seperjuangan sekalian. Harap semuanya dalam keadaan sihat. Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi diruangan blog yang tak seberapa ini. Dan bersyukur juga kepada Allah kerana masih lagi memeberi kesempatan  kepada kita semua untuk menuntut ilmu sehingga saat ini. Bagai mana persediaan imtihan anda sekalian?

       Harap semunya masih kuat dan tidak futur (putus asa) untuk menempuh fatrah yang penuh mencabar ini. Apa-apa pun teruskan usaha sementara masih sempat. Dalam Islam  sendiri tidak menyukai orang-orang yang cepat berputu asa. " Allah menyukai orang-orang Islam yang kuat daripada orang-orang Islam yang lemah". (maaf lupa pula sama ada ini ayat quran atau hadis)  Dan kepada yang futur mari kita bangkit kembali. Perjuangan masih belum berakhir. Ingatlah ibu ayah kita di kampung halaman yang membanting tulang supaya kita dapat meneruskan pengajian di sini. Mari hargai pengorbanan mereka dengan berusaha sepenuh hati dan bersungguh untuk menempuh fatrah imtihan ini.  Di sini saya selitkan beberapa kata semangat buat pembakar diri:

  • Ya Allah, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikan kami dalam Islam
-al-A’raf:126-
  •  “kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak mengalah –uknow-
  • “Tanda orang yang bijak sana ialah hatinya sentiasa berniat suci, lidahnya sentiasa basah dengan zikurullah, matanya menangis keran penyesalan”. –uknow-
  • “ Andai air usaha itu bias kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakal bakal mendingin di ruang tekak”. –kata pujangga-
  • “Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian”. –kata pujangga-
  • “Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka”. –charles cahier-
  •   “Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia untuk kalah”. –jose Joaquin olmedo-
Resepi KEK KEJAYAAN:
v  Bahan-Bahannya:
·         250gm Daya Usaha,
·         100gm Kesabaran,
·         100gm Keimanan,
·         190gm Keinsafan,
·         150gm Pengorbanan,
·         150gm campuran Akhlak Mulia
(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
·         8 sudu teh Rasa Tanggungjawab
·         200gm Senyum secukup rasa,

v  Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


p/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

ni ada satu lagi pembakar semangat. jom layan nasyid ni.

Aku Merinduimu -Devotees-



                                                          
Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan

Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


              Sekian sahaja posting kali ini. Semoga dapat berjumpa di waktu yang lain. Semoga semua sahabat-sahabat seperjuangan terus gagah untuk menempuh fatrah imtihan ini.  wa ilal liqa'.... Assalamualaikum.
zaaaaaaasssss layaaaannn.........

1 comment: