Tuesday, May 31, 2011

Fatrah Imtihan: Bekam Imtihan

         
                Assalammualaikum kepada semua pembaca yang di kasihi sekalian. Harap semuanya dalam sihat sejahtera kehendakNya.  Pada 28 Mie 2011 hari sabtu lepas, saya serta 2 orang ahli beit yang lain telah berBEKAM dengan seorang pelajar lama di sini. Seorang lagi ahli beit tidak mahu ikut berbekam kerana dia takut.  Jadi kami bertiga je la berbekam di rumah pelajar yang menyediakan rawatan bekam tu. Kami panggil pelajar tu dengan panggilan Ustaz Zaki.  Orang kata bekam boleh menyihatkan badan, tambahan fatrah imtihan makin dekat kesihatan kena jaga.


                Buat pengetahun semua, ini kali ke-2 kami berbekam. Walupun begitu, perasaan takut masih terdapat dalam diri ini.Kenapa perlu bekam? Kalu hendak tahu, bekam ini  adalah salah satu sunah yang dilakukan habibuna Rasulullah S.A.W. dan setiap sunah nabi kita terdapat kebaikannya termasuk lah bekam ini.
                                                          (gambar hiasan)
      

Bekam atau dalam bahasa arab dipanggil Al-Hijamah mungkin anda pernah mendengar tentangnya atau mungkin juga tidak. Bekam sudah diamalkan sejak zaman tamadun purba lagi mulai kerajaan Sumeria kemudian berkembang ke kerajaan Babylon, Mesir, Saba dan kerajaan Parsi (dah macam belajar mila wa nihal pula). Ini bermakna bekam sudah lama wujud sebelum diwahyukan kepada Rasulullah lagi. Tambahan terapi herba juga diwahyukan kepada Rasulullah dan ketika itu Rasulullah sangat menyukainya dan menganjurkan umatnya mengamalkan pemakanan dan perawatan yang ditinggalkannya.

Rasulullah menggunakan cawan kecil atau mangkuk tinggi dalam perawatan bekam. Begitulah sejarah bekam secara ringkas dan kini bekam telah menjalani revolusi dengan alat-alat yang telah dimodenkan dan sesuai dengan keadaan zaman dan kehendak pengguna.  Rawatan bekam ini banyak kebaikannya, antaranya :
·         sihat tubuh badan
·         mengimbangkan daya tahan badan
·         buang angin
·         menghilangkan keletihan dan penat badan
·         menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan
·         mengurangkan risiko sakit jantung & darah tinggi
·         meringankan ‘kerja’ hati, limpa dan buah pinggang
·         membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
·         mengurangkan risiko penyempitan salur darah
·         membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain
·      membuang darah bertoksik dan membuang segala gangguan makhluk  halus

Ustaz Zaki menceritakan kepada kami bahawa  terdapat 2 jenis bekam. Iaitu Bekam Darah dan Bekam Angin.

BEKAM DARAH

      Bekam Darah adalah rawatan bekam menggunakan pisau pakai buang (pisau cukur) atau pen bekam untuk menghiris sedikit kulit atau menyucuk di point-point tertentu (ni lah saat yang paling takut) dan kemudian cawan dilekapkan ke kawasan berkenaan untuk disedut darahnya menggunakan pam. Darah kotor akan keluar dan berkumpul di dalam cawan tersebut. Anda boleh lihat seperti gambar di bawah.

BEKAM ANGIN


             Manakala Bekam Angin pula adalah tidak menggunakan pisau cuma cawan itu ditekapkan di atas kulit. Tiada darah dikeluarkan tetapi kulit akan menjadi kemerahan. Masa itulah proses pengeluaran angin berlaku.

           Tambahan lagi, Ustaz Zaki mengatakan terdapat hadis yang mengatakan waktu yang sesuai untuk berbekam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah. Walau bagaimanapun bekam boleh sahaja diamalkan pada bila-bila masa sahaja cuma kajian para ulama seperti Ibnu Sina mengatakan darah kotor berkumpul di badan pada masa pertengahan bulan hijiriah. Jadi masa tersebut adalah masa yang sesuai untuk berbekam.  Ustaz Zaki memeberitahu tempoh yang digalakkan berbekam adalah sebulan sekali bagi bahagian badan dan 3 bulan sekali bagi bahagian kepala.

                Setelah hampir 2 jam rawatan bekam ke atas kami dilakukan, akhirnya tamat juga. Fuh lega rasanya bila tamat rawatan bekam kerana tidak berlaku apa-apa. Berbeza ketika saya berbekam pada tahun lepas. Selepas habis je rawatan bekam, mata saya tiba-tiba kabur dan semakin gelap. Saya hampir pitam. Tapi kali ini tidak lagi :) . Selepas menulis nama dibuku pendaftaran penerima rawatan kami pun memberi sedikit upah di atas rawatan tersebut mengikut keikhlasan masing-masing kerana Ustaz Zaki tidak menetapkan upah yang perlu dibayar. Baik Usatz Zaki ni. Terima kasih ye. Semoga dimurahkan rezeki. 

                                                      Alatan Bekam


                                                                        Set Perkakas Bekam


                 Ha……… macam mana kawan-kawan sekalian, siapa yang tidak pernah mencuba rawatan bekam ini boleh la cuba. Jangan takut la. Masa kena toreh tu rasa sakit sikit je macam kena gigit nyamuk. Lagi pun ia sunah nabi kita dan menyihatkan badan. Tambahan lagi fatrah imtihan makin hampir kesihatan kena jaga. O.k la…. Semoga berjumpa lagi di posting yang akan datang. Sayonara wa ilal liqa’. Assalammualaikum..

2 comments: