Sunday, October 26, 2014

Renungan: Bidadari Syurgaku


        Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

         Assalammualaikum kpd pembaca semua... posting kali ni nak kongsi satu syair yg telah di karang oleh seorang ustaz Tersohor dari seberang laut ia iatu Ustaz Jeffry Al-Bukhori. Ini adalah salah satu syair yg terdapat dalam albumnya yg bertajuk "Shalawat Cinta". Syair ini sesuai tuk didengar oleh pasangan suami isteri kerana ia mengandungi nasihat buat suami isteri. Dan sesuai jgak tuk remaja2 yg berhajat tuk mendirikan rumahtangga.  saya pun malas tuk celoteh panjang. Kita sama2 hayati syairnya..

Friday, October 3, 2014

TPPA penjajah alaf baru


Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Salam Kemerdekaan yang ke-57 kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun sambutan kemerdekaan tahun ini tidak semeriah tahun sebelumnya disebabkan tragedi MH17, namun semangat kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Ogos perlu sentiasa diingati supaya rakyat Malaysia tahu bahawa Negara kita ini pernah dijajah satu masa dahulu. Namun begitu, penjajahan berbentuk ekonomi bakal berlaku sekiranya  Negara kita bersetuju menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Setelah lebih tiga tahun menelusuri proses rundingan (semenjak 2010) TPPA dikhabarkan akan dimeterai juga tidak beberapa lama lagi oleh kesemua 12 negara anggota. Amat  wajar untuk kita memahami objektif sebenar TPPA yang digembar gemburkan “hebat’, ia tetap akan menjadi sebahagian daripada agenda rekolonisasi barat. Oleh itu, risiko menandatangani TPPA amat berat dan tidak tertanggung oleh rakyat Malaysia.