Tuesday, December 30, 2014

CUBAAN MENG-ISLAM-KAN BABI

       Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Baca-baca. Yang haram tetap haram!
Ikhlas Dari Ana Untuk Sahabat Semua Bacalah , insyaALLAH ada manfaat darinya .


       Kisahnya mengenai 3 org . Syafiq , Safura dan Muhammad . Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh . Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura . Matanya mengalahkan Zinnirah . Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan . Pergh ! Cantik sangatlah jika nak diceritakan . Tetapi , Syafiq cuba tahan . Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah .

Friday, December 12, 2014

Khutbah Jumaat: Bir Walidain



            Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


             Alhamdulillah selesai sudah solat jumaat di masjid berdekatan rumah di Cyber Bay, Tanta, Egypt. Selalu kalau saya kongsi isi khutbah di laman FB je. Tapi kali ni nak coretkan di ruang blog yg bersawang ni. Perkongsian khutbah kali ni sungguh bermakna buat perantauan mcm saya sbb tu perkongsian khutbah kali ni special skit. Tajuk khutbah kali ni adalah bertajuk “Bir Walidain”.

            Khutbah bermula dgn khatib membaca sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Annas Bin Malik, telah bersabda Rasulallah Sallahhu alaihi wassalam: Sesungguhnya Syurga itu dibawah tapak kaki seorang ibu. (tetibo teringat kat umi yg jauh di mato tu) Khatib berpesan kpd semua  jamaah bahawa harus lah seseorang itu mengutamakan ibu bapa nya dari org lain terutamanya orang lelaki. Orang lelaki mesti mengutamakan ibu bapa nya lebih dari isterinya kerana ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki. Berbeza dgn org perempuan yang tanggungjawabnya mentaati suaminya bkn ibu bapa nya selepas kahwin.