Friday, December 12, 2014

Khutbah Jumaat: Bir Walidain



            Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


             Alhamdulillah selesai sudah solat jumaat di masjid berdekatan rumah di Cyber Bay, Tanta, Egypt. Selalu kalau saya kongsi isi khutbah di laman FB je. Tapi kali ni nak coretkan di ruang blog yg bersawang ni. Perkongsian khutbah kali ni sungguh bermakna buat perantauan mcm saya sbb tu perkongsian khutbah kali ni special skit. Tajuk khutbah kali ni adalah bertajuk “Bir Walidain”.

            Khutbah bermula dgn khatib membaca sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Annas Bin Malik, telah bersabda Rasulallah Sallahhu alaihi wassalam: Sesungguhnya Syurga itu dibawah tapak kaki seorang ibu. (tetibo teringat kat umi yg jauh di mato tu) Khatib berpesan kpd semua  jamaah bahawa harus lah seseorang itu mengutamakan ibu bapa nya dari org lain terutamanya orang lelaki. Orang lelaki mesti mengutamakan ibu bapa nya lebih dari isterinya kerana ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki. Berbeza dgn org perempuan yang tanggungjawabnya mentaati suaminya bkn ibu bapa nya selepas kahwin.




            Kemudian, khatib menceritakan sebuah kisah mengenai mustajabnya doa seorang ibu. Tidak berapa faham ceritanya secara terperinci tapi saya citer secara umum je la. Kisahnya ada seorang pemuda yg sudah berkahwin. Dan  dia menyihirkan ibunya. Tak pasti atas sebab apa. Ibu pemuda tersebut mengesyaki anaknya menyihir dia, maka dia berdoa,” Ya Allah, sekiranya anak ku itu benar menyihirku maka kau haramkan dia masuk ke dalam rumah ini”. Ketika pemuda tersebut dlm perjalanan pulang ke rumah, pemuda tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan dan mati. Maka termakbul la doa ibu pemuda tersebut. Sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijab dan cepat dimakbul Allah seperti mana terdapat dalam sebuah hadis yang diriwaytakan oleh  Abu Hurairah radiallahhu anhu bahawa Rasulallah Salallahhu Alalihi Wassalam telah bersabda: 3 doa yg mustajab iaitu doa orang yg dizalimi, doa orang yg sedang bermusafir, dan doa orang tua kpd anaknya.



            Pada khutbah ke-2 plak, khatib menceritkan sebuah kisah mengenai seorang doctor kafir di amarika. Doctor kafir tersebut dibesarkan dgn dikhabarkan bahawa Islam adalah agama yg suka berperang, agama yg suka keganasan dan sebagainya. Doctor kafir ini hanya mendengar kebeurukan mengenai agama Islam sahaja. Maka pada suatu hari, doctor tersebut terlihat seorang pemuda bersama isterinya dan seorang mayat perempuan tua. Pemuda tersebut sedang menangis teresak-esak yg teramat. Lalu doctor kafir tersebut bertanya kpd pemuda tersebut knp die menangis sehingga mcm tu sekali? Pemuda itu memberi tahu bahawa ibu kpd isterinya telah mati. Die dan isterinya dtg dari Negara jauh ke amarika untuk mengubat ibu isterinya, tapi tidak berjaya. Doctor tu pelik sbb yg mati bukan ibu pemuda tersebut tapi ibu isterinya. Maka pemuda tersebut mengatakan bahawa dlm agama yg dia anuti menyuruh untuk mengasihi ibu bapa dan meletakkan meraka dalam kelompok org yg patut dihormati dan dikasihi. Doctor kafir tersebut sungguh ta’jub dengan kenytaan pemuda tersebut kerana doctor itu sendiri tidak menziarahi ibu nya selama 4 bulan dan tidak terniat pun untuk melawat ibunya. Maka dokotr kafir tersebut bertanya agama apakah yg dianuti pemuda tersebut? Pemuda tersebut menjawab “ISLAM”. Selepas peristiwa tersebut, doctor kafir tersebut telah pergi ke markaz/pusat/persatuan orang2 Islam untuk memeluk Islam. “lihat! Org kafir memeluk Islam kerana agama Islam mengajar penganutnya berbuat baik dgn ibu bapa. Ini la agama Islam kita. Ini lah kehebatan Islam kita”. Kata khatib dgn penuh semangat.

            Pengakhiran khutbah, khatib berpesan kpd Jemaah sekalian untuk sentasa berbuat baik kpd ibu bapa ketika masih hidup. Kpd yg ibu bapa yg sudah mati banyakkan berdoa untuk mereka. Patuhilah mereka dan jgn sakiti hati mereka. Marilah kita mengubah diri kita menjadi baik. Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum tersebut sehingga kaum tersebut mengubahnya sendiri. Pesanan terkahir ni yg saya tak boleh tahan ni. Khatib bertanya,”adakah kamu sudah mencium kepala ibu kamu pagi tadi? Adakah kamu sudah mencium kepala ayah kamu pagi tadi? Adakah kamu sudah menciub tangan ibu kamu? Adakah kamu sudah mencium tangan ayah kamu?”. Sodih plak bile khatib persoal mcm tu. Macam mano tak sedih, umi jauh di mata manakala ayah sudah tiada di dunia ni.  

            Ketika solat jumaat, rakaan pertama lps bacaan surah al-fatihah, imam membaca petikan ayat quran ini:

                                                  (surah al-Isra', ayat: 23)
sodih bile dengar ayat quran ni sebab terasa diri ni masih belum betul2 berbakti kpd ke dua ibu bapa sendiri. Moge mereka diberkati Allah dan sentiasa dibawah jagaan Allah. kepada yg mempunyai ibu bapa berbuat baik la kpd mereka sementara mereka masih ade. walaupun kadang2 mereka menyakitkan hati kita, bersabar la. ingat pengorbanan mereka yg mengandungkan kita selama 9 tahun dan membesarkan kita sehingga dewasa ini. Mari kita bersama doa kan mereka:


ilal liqo'.... wassalam...

No comments:

Post a Comment