Tuesday, July 2, 2013

Man Hua Wadi'un nahwi?


   
          Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

          Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang dikasihi dan disayangi sekalian. “Hidup segan mati tak mahu” begitulah boleh saya ibaratkan blog saya ini. Sudah lame sudah tidak meng”update” sehingga sudah bersawang dek labah-labah “cyber”. Kesuntukan masa kerana menghadapi imtihan dengan ditambah pula kemalasan memerah otak untuk  menaip menjadikan blog saya statik seperti ini. Insya’allah selepas ini saya akan mencube merajinkan diri untuk berkongsi ilmu atau pengalaman menarik sepanjang hidup saya sebagai seorang pelajar.



"إذا لم تكن حافظا واعيا  # #   فجمع للكتب لا ينفع"
           

Monday, February 4, 2013

Pesanan buat penuntut Ilmu Allah



Pada hari Khamis malam Jumaat yg lepas, saya dan beberapa sahabat telah berjumpa dgn Ustaz Abu Zaki . Beliau adalah seorang Imam Masjid di Singapore dan sekarang beliau menetap di  Tarim, Hadaramawt, Yaman. Saya mengenali beliau ketika saya menyerti  Daurah Safiah di Tarim. Apa yg boleh saya gambarkan beliau adalah seorang yg zuhud dan tawaduk. Percakapan nye yang lembut dan penuh hikmah. Apabila saya bersamanya tiada dari kalam2 nya yang keluar melainkan perkara yang bermanfaat. Saya ada terdengar dari pelajar-pelajar di Tarim bahawa Ustaz Abu Zaki boleh di golongkan dari salah seorang para Wali Allah

Tuesday, January 22, 2013

Kenangan 2012



Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaan Allah subhanawata’ala yang telah menghidupkan kita semua sehingga saat ini. Alhamdulillah jgak saya ucapkan kepada Allah subahnawata’ala kerana mempermudahkan segala urusan imtihan fatrah 1 ini yang telah berakhir semalam. Semoga segala usaha saya mendapat redho Allah dan diberkati. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan “Selamat Tahun Baru Masihi” kepada semua pembaca dan pelawat blog saya ini. Kepadatan waktu disebabkan imtihan yang bermula tahun lepas (akhir Disember 2012) menyebabkan saya ketiadaan waktu untuk mencoret sedikit qalam sempena penutup bagi tahun 2102.

Coretan saya kali ini adalah sebagai kodo’ coretan yang sepatutnya saya taip ketika diambang tahun baru 2013 sebagai penutup  tahun 2012.  Kebiasaannya apabila menjelma tahun baru pasti semua akan menceritakan mengenai azam takkira la dimana-mana pun sama ada di blog-blog, ruang social dan sebgainya. Tapi kali ini sya ingin mencoret sedikit kenangan suka dan duka sepanjang 2012 yang amat bermakna kepada saya sebagai seorang penuntut ilmu di perantauan orang.

Pengembaraan Ke Selatan Mesir
Tarikh: 4-9 Februari 2012
Tempat: Selatan Mesir