Pada hari
Khamis malam Jumaat yg lepas, saya dan beberapa sahabat telah berjumpa dgn
Ustaz Abu Zaki . Beliau adalah seorang Imam Masjid di Singapore dan sekarang
beliau menetap di Tarim, Hadaramawt,
Yaman. Saya mengenali beliau ketika saya menyerti Daurah Safiah di Tarim. Apa yg boleh saya
gambarkan beliau adalah seorang yg zuhud dan tawaduk. Percakapan nye yang
lembut dan penuh hikmah. Apabila saya bersamanya tiada dari kalam2 nya yang
keluar melainkan perkara yang bermanfaat. Saya ada terdengar dari
pelajar-pelajar di Tarim bahawa Ustaz Abu Zaki boleh di golongkan dari salah
seorang para Wali Allah
Pada
malam perjumpaan tersebut, saya merasa kagum dengan sifat tawaduk yang di
pamerkan oleh Ustaz Abu zaki. Kami terjumpa Ustaz Abu Zaki sdang mengangkat
barang berhampiran rumahnya. Salah seorang dari kami meminta untuk
mengangkatkan barang tersebut tetapi Ustaz Abu Zaki menolak pelawaan tersebut.
Selepas 2-3 minit saya pula meminta untuk mengangkat kan barang tersebut dan
jawapannya tetap sama. Ustaz Abu Zaki membawa barang tersebut sehingga sampai
kerumahnya.
Perjumpaan
yang singkat tersebut, Ustaz Abu Zaki ada berpesan kepada kami sebagai penuntut
ilmu di Bumi Mesir ini:
1.
Betul kan niat dan kutip manfaat-manfaat yang terdapat di sini
2.
Penuhkan waktu selepas kuliah dan masa lapang dengan bertalaki
dengan ulama’-ulama’ disini. Jangan jadikan “PENAT” sebagai alasan untuk
berehat sahaja. Adakah antum datang beribu-ribu batu hanya untuk berejahat
sahaja? Adakah duit zakat yang diberi untuk berejat sahaja? Duit zakat itu amanah
masyarakat untuk antum belajar bukan berehat sahaja. Belajar la sehingga penat.
Insya’allah tak mati tapi klw mati pun bagus sbb mati dalam menuntut ilmu. Kurangkan
ber “facebook” dan banyakkan “feqehbook”, “tasawufbook”,”hadisbook” dan “tafsirbook”.
3.
Silibus pelajaran di sini tidak menekankan ilmu tasawuf, jadi
perbanyakkan mempelajari ilmu tasawuf sebagai peninding diri.
4.
Antum semua sudah besar dan cukup dewasa untuk memimpin diri
sendiri dalam melazimi kehidupan sebagai penuntut ilmu. Sepatutnya peringkat
antum ni sudah mengamalkan ilmu yang telah dipalajari. Tidak perlu disuruh
solat Jemaah, solat sunat, bangun subuh, berzikir dll seperti budak-budak
sekolah. Tapi berlaku sebaliknya pula bila tiada siapa yang menyuruh melakukan
perkara-perkara tersebut. tidak disuruh tidak bermakna dilarang sbb antum sudah
cukup dewasa untuk melakukannya sendiri.
5. Belajar
di mana-mana pun ada buruk dan baiknya, yang penting amik kebaikan dari tempat
tersebut terutama di bumi mesir ini. Amik semua kebaikan dari semua
tempat-tempat yang telah kita kunjungi. Contoh,
seperti suasana persekitaran tarim yang sangat la panas membahang bila musim
panas, dan tersangatla sejuk bila musim sejuk tetapi disebaliknya terdapat
kilauan permata bernilai yang terpancar dari habaib di sana. Begitu juga di Mesir, walaupun Mesir mempunyai suasana kehidupan arab yang teruk, tetapi
disebaliknya terdapat sinaran mutiara-mutiara yang beharga untuk dikutip dari ulama’-ulama’ di sini.
Selepas itu, Ustaz
Abu Zaki mempelawa kami makan apabila beliau melihat hidangan yang disediakan
tidak terusik. Mana tidaknya, kami
terlalu kusuyuk mendengar nasihat daripada beliau sehinga terlupa dengan
hidangan yang telah disediakan. Kemudian beliau menyambung dengan memberi
nasihat kepada kami sebagai penuntut ilmu:
1.
Mesti tamak untuk
menuntut ilmu, yang dikejar mesti dapat.
2.
Pandai dalam
menuntut ilmu. Orang bodoh tidak boleh menuntut ilmu tapi kita tahu tak
kita ini pandai atau pun tidak? Mungkin kegagalan ketika imtihan tidak bermakna
kita bodoh, tapi Allah belum buka pintu kepandaian dalam diri kita. Orang yang
pandai pun boleh menjadi sebaliknya sekiranya tidak menjaga diri dari melihat
bende yng tidak elok, tidak menjaga makan, tidak menjaga kata-kata dan tidak
tertib dalam kehiudpan seharian. Semua ini boleh mengarat dan menumpulakn
kepandaian diri kita secra tidak lansung turut menjejas akal dan rohani kita.
3.
Banyakkan bersabar. Bersabar dengan jiwa yang sering memberontak menginginkan sesuatu yang
tidak ada disini. Bersabar dengan kesukaran menuntut ilmu di sini.
4. Panjang waktu belajar. Tidak cukup hanya belajar
4-8 tahun disini, sambung belajar bersama ulama’-ualam’ tanah air apabila
pulang ke sana. Tidak tamat waktu belajar kita sehingga tamatnya riawayat hidup
kita.
5.
Mesti mempunyai
wang. Bekorban wang ringgit untuk menuntut ilmu.
6.
Mesti belajar
dari guru-guru. Antum di sini ramai ulam’ jadi tuntut ilmu dari mereke.
Selesai sahaja Ustaz Abu Zaki memberi nasihat,
saya meminta beliau untuk mendoakan keselamatan dan semoga diberkati umrah saya
dan sahabat-sahabat lain yang bakal mengerjakan ibadah umrah minggu depan. Kemudian
beliau membacakan satu hadis kepada saya yang berbunyi:
"Dari Anas b. Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: kelak pada akhir zaman terdapat 4 golongan yang mengerjakan ibadah haji:
1. para pemimpin mengerjakan haji untuk melancong.
2. orang kaya pergi haji untuk berniaga.
3. ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis (berhajatkan sesuatu)
4. Ahli qira'at (pembaca al-quran) mengerjakan ibadah haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan (ahli agama yang mengharapkan kemasyuran).
Kira-kira jam
11.15malam, memandangkan malam sudah lewat, kami pun meminta diri untuk pulang.
Sebelum pulang, kami bergambar bersama sebagai kenangan. Teringat plak kali
pertama bergambar bersama Ustaz Abu zaki di pagi aidil adha ketika di Tarim
dahulu. Semoga dapat berjumpa Ustaz Abu Zaki lagi di masa hadapan. Kirim kan
salam kami kepada habaib di sana.
Diharap
perkongsian ini boleh diambil iktibar dan ibrah buat diri kita yang menuntut
ilmu Allah. Wallau a’alam.
No comments:
Post a Comment