Friday, August 12, 2011

Fatrah Ramadhan: Tafaquh Fiddin


            Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh kepada semua pembaca serta pelawat blog ini. RAMADHAN KAREEM. Semoga semunya dalam keadaan sihat di samping mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramdhan yang mulia ini. Semenjak kehadiran Ramdhan, diri ini tidak mempunyai masa untuk “meng-up date” blog ini (sempat up date kat status FB jer) di sebabkan sibuk mengikuti kelas Tafaquh Fiddin yang di ajar Shiek Nuruddin Marbawi al-Banjari al-Makki. Antara kitab-kitab yang di ajar ketika Tafaquh Fiddin ialah Manaqib Imam Syafie, Irsyaddul ‘Ibad, Tahzib Masyakat al-Masobih, al-I’tibar dan beberapa kitab kecil lain. Waktu kelas beliau dilakukan selepas solat asar dan selepas solat trawikh dan dilakukan di asrama pelajar-pelajar Kedah, Hayyu sabi’ Kaherah.

Wednesday, August 3, 2011

Fatrah Ramadhan: Jom Sahur..!



               Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Semoga  semua pembaca dalam keadaan sihat wal afiat serta sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Bersempena dgn Bulan Ramadhan yg mulia ini, saya hendak berkongsi dgn anda semua  info-info mengenai  ibadah puasa.  Ketika puasa ni, apakah perkara yang paling berat tuk kita selalu lakukan? Semestinyer bangun sahur. Terutama jenis orng2 yang susah bangun awal pagi. 

                Tahukah anda BERSAHUR tu adalah amalan penting pada orang yang berpuasa.  Bagi merekayang hanya mengkaji ilmu fekah akan  mengatakan “ Sahur  tu sunat jer..”. Andai hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari  betapa  pentingnya  sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Monday, August 1, 2011

Fatrah Ramadhan: Ahlan wa Sahlan

              

               Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh, semoga semuanya sihat sejahtera seadernyer... Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana kiter semuar diberi kesempatan untuk berada di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.  ....  Jadi Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN dan SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA. Semoga kita semua dapat memenfaatkan bulan yg mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah.

            Bile Ramadhan ni, nnti ramailah orang mengucapkan "Ramadhan Kareem".... jadi ape  yg perlu dijawab...? jawablah "Allahu Akram"... Dengan ini, saya ingin berkngsi satu lagu bersama anda semua sebagai tanda riangnyer di hati ini akan kehadiran bulan Ramadhan yg mulia ini. Terimalah dari saya " Ramadhan Tiba" nyanyian Opick....