Assalammualaikum
warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan
sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat
junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga
baginda dan para sahabat kesemuanya.
Alhamdulillah
syukur atas nikmat kurniaan Allah subhanawata’ala yang telah menghidupkan kita
semua sehingga saat ini. Alhamdulillah jgak saya ucapkan kepada Allah
subahnawata’ala kerana mempermudahkan segala urusan imtihan fatrah 1 ini yang
telah berakhir semalam. Semoga segala usaha saya mendapat redho Allah dan
diberkati. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan “Selamat Tahun Baru Masihi”
kepada semua pembaca dan pelawat blog saya ini. Kepadatan waktu disebabkan
imtihan yang bermula tahun lepas (akhir Disember 2012) menyebabkan saya
ketiadaan waktu untuk mencoret sedikit qalam sempena penutup bagi tahun 2102.
Coretan
saya kali ini adalah sebagai kodo’ coretan yang sepatutnya saya taip ketika
diambang tahun baru 2013 sebagai penutup
tahun 2012. Kebiasaannya apabila
menjelma tahun baru pasti semua akan menceritakan mengenai azam takkira la
dimana-mana pun sama ada di blog-blog, ruang social dan sebgainya. Tapi kali
ini sya ingin mencoret sedikit kenangan suka dan duka sepanjang 2012 yang amat
bermakna kepada saya sebagai seorang penuntut ilmu di perantauan orang.
Pengembaraan Ke
Selatan Mesir
Tarikh: 4-9 Februari 2012
Tempat: Selatan Mesir