Assalammualaikum
warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan
sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat
junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga
baginda dan para sahabat kesemuanya.
Alhamdulillah
syukur atas nikmat kurniaan Allah subhanawata’ala yang telah menghidupkan kita
semua sehingga saat ini. Alhamdulillah jgak saya ucapkan kepada Allah
subahnawata’ala kerana mempermudahkan segala urusan imtihan fatrah 1 ini yang
telah berakhir semalam. Semoga segala usaha saya mendapat redho Allah dan
diberkati. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan “Selamat Tahun Baru Masihi”
kepada semua pembaca dan pelawat blog saya ini. Kepadatan waktu disebabkan
imtihan yang bermula tahun lepas (akhir Disember 2012) menyebabkan saya
ketiadaan waktu untuk mencoret sedikit qalam sempena penutup bagi tahun 2102.
Coretan
saya kali ini adalah sebagai kodo’ coretan yang sepatutnya saya taip ketika
diambang tahun baru 2013 sebagai penutup
tahun 2012. Kebiasaannya apabila
menjelma tahun baru pasti semua akan menceritakan mengenai azam takkira la
dimana-mana pun sama ada di blog-blog, ruang social dan sebgainya. Tapi kali
ini sya ingin mencoret sedikit kenangan suka dan duka sepanjang 2012 yang amat
bermakna kepada saya sebagai seorang penuntut ilmu di perantauan orang.
Pengembaraan Ke
Selatan Mesir
Tarikh: 4-9 Februari 2012
Tempat: Selatan Mesir
Pada bulan Febuari adalah “winter
holiday” bagi pelajar-pelajar Mesir setelah berkerja keras mentelaah
kitab-kitab untuk menhadapi imtihan fatrah 1. Ketika ini lah pelajar-pelajar di
sini akan melakukan aktiviti-aktiviti tertentu untuk mengisi waktu cuti ini dan
saya bersama beberapa orang yang lain telah mengikuti trip ke Selatan Mesir. Trip
ke selatan Mesir ini amat jarang sekali pelajar2 Malaysia pergi sebab jarak nye
terlalu jauh yang mencecah ratusan kilometer(mangambil masa 6jam) utuk sampai
ke kawsan pelancongan di selatan Mesir. Apa yang menarik disana adalah
peningalan kuil2 lama era pemerintahan firaun yang sering menjadi tapak2
lakonan cerita “The Mummy”.
Keunikan seni bina kuil tersebut memang hebat
sebab manusia zaman dulu mampu membina binaan sekukuh itu yang mampu bertahan
berkurun lamanya tanpa kecanggihan teknologi seperti sekarang. Pemandu
pelancong di sana menceritakan sejarah
kuil2 yang kami lawatan dengan penuh terperincin disamping itu die menerangkan
sdikit mengenai simbul2 ukiran di dinding binaan kuil tersebut..Selepas habis trip ke selatan Mesir tersebut saya
dapat banyak ilmu tentang sejarah hidup raja2 firaun disambil menikmati
keindahan kawasan tersebut.
FiESTA 12
Tarikh: 20-21 Februari
2012
Tempat: Raksu
Bar,Dumyat, Mesir
FIESTA 12 adalah aktiviti sambutan
hari keluarga anjuran Badan Kebajikan Aanak Selangor Mesir (BKASM) khas untuk
pelajar negeri Selangor yang berada di pelambahan Nil ini. Pada tahun
sebelumnya kami membuat “family day” ni di Kaherah sahaja, tapi pada tahun
lepas BKASM membuat kelainan dengan menagadakan hari keluarga di luar Kaherah
iaitu di Raksu Bar, Dumyat kawsan pantai Mesir.
AKtiviti
FIESTA 12 sungguh menyeronokkan tambahan ia dibuat di kawsan pantai Kawasan
pantai tersebut sungguh cantik tapi kami tidak mandi sebab suasana yg teramat
la sejuk. Sekadar berjalan dan melakukan aktiviti di tepi pantai sahaja.. Antara
aktivi yang kami lakukan adalah seperti axplorace, bakar2 ayam dan malam
persembahan yg menyeronokkan. Bermacam-macam ragam dan persembahan yang
menghiburkan ketika aktiviti malam terakhir itu dilakukan. Dengan berbungkuskan
kain2 selimut (tiupan angina terlalu kuat dan amat la sejuk) peserta2 kusyuk
menyaksikan pesembahan yang menghiburkan dari setiap kumpulan. Selepas itu,
penutupan dengan hidangan ayam panggang yang amat sedap. Harap aktiviti seperti
ini dapat diteruskan lagi pada waktu yang akan datang. “Ukhwah Digarap,
Pengorbanan Diterap”.
Pemergian Ayahanda
Tarikh: 1 Jun 2012
Tempat: Hospital Besar
Klang, Salngor
Pada hari penuh bersejarah ini, saya
mendapat kabar berita sedih tersebut ketika sedang menelaah kitab untuk
menghadapi imtihan pada esok harinya. Saya mendapat panggilan dari umi
(panggilan tuk ibu saya) pada waktu petang yang sunyi sepi (sbb masing2 sdang
kusyuk study), menyatakan kabar pemergian ayah tercinta dari bumi yang sementar
ini. Waktu Malaysia pada masa itu kire2 10 malam. Umi mengkabarkan bahawa ayah
telah tiada pada tgh hari sebelum solat jumaat kerana sesak nafas.
Mendengar pengkabaran tersebut, saya
bagaikan tidak percaya dan “blur” skejap. Ummi menasihati saya supaya tidak
terlalu sedih dan terus focus untuk menghadapi peperiksaan yg sdang berlansung.
Saya mengiakan sahaj kata2 ummi supaya ummi tidak risau mengenai saya. Selepas
itu, saya terus membungkuskan diri saya dgn selimut lalu menagis sepuas hati.
Hal ini tidak disedari seorang pun rakan2 di rumah saya. Maklum la malu nak
nangis depan orang lain. Setiap kali fatrah imtihan menjelma, saya akan
teringat perkara ini. Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlam
kalangan orang2 beriman. Al-Fatihah.
Daurah Saufiah
Tarikh: 10 Julai- 26
Ogos 2012
Tempat: Dar Mustafa,
Tarim, Hadramawt, Yaman.
Setelah selesai imtihan fatrah 2
pada akhir Jun, maka bermula la “Summer Holiday”. Sepatutnya saya pulang ke
Malaysia atas sebab pemergian arwah ayah pada awal bulan jun tetapi disebabkan tiket untuk ke Yaman telah
di beli maka diteruskan perancangan asal ke Yaman untuk menyertai Daurah
Saufiah. Daurah di sana berlansung
selama 40 hari tetapi saya dan rakan2 telah menetap di sana hampir 2 bulan.
Suasana sungguh menyeornokkan kerana di sana penduduknya hidup dgn cara Islam
yg sebenar. Sungguh berbeza dgn suasana di Mesir apetah lagi amat la jauh dgn
suasana di Malaysia. Terasa seperti hidup di zaman Nabi plak.
Selain suasana yg menyeronokkan,
keramaah arab Yaman amat menyenangkan kerana mereka lembut dan tidak kasar
seperti sesetengah arab di Mesir. Kehidupan Dar Mustafha yg dikelola oleh Habib
Umar al-Hafiz penuh dgn zikir2 dan majlis ilmu. Ia membuatkan saya tersa
tenang. Mana tidaknya, selesai sahaja solat fardhu, pasti ade zikir2 dan aurad
yg dibaca dan selepas itu, pasti ade seseorg yg akan memberi tazkirah. Manakala
kelas Habib Umar selalunya selepas solat subuh, asar dan selepas Isya’. Ketika
di sana saya telah mengenali ramai para habaib yg hebat2 ilmunya. Seperti Habib
Salim assyatiri, Habib Ali Jufree, habib Ali Mahsyur (abag kpd Habib Umar
al-Hafiz) dll. Paling menyeronokkan saya ialah usaha saya dgn sorg rakan saya
untuk bertemu Habib Umar secara individu telah tercapai setelah 7 hari
“bertapa” di ruang menunggu pejabat Habib Umar. Ketika pertemuan tersebut, kami
telah meminta ijazah amah dan ijazah serban serta sedikit nasih dan doa buat
kami. Dan tidak dilupankan jugak suasana puasa ramadhan dan sambutan aidil adha
yg amat la berbeza dengan suasana di tempat lain kerana mereka di sini amat2 la
mengikut sunnah nabi. Semoga saya dapat kembali lagi ke sana untuk berdamping
dgn para habaib dan mendapat sedikit dari berkat bumi Hadramawt
Pulang ke Malayasia
Tarikh: 27 September-
6 November 2012
Tempat: Malaysia
Beberapa minggu sampai di Mesir
setelah pulang dari Daurah Saufiah di Yaman, ummi telah menelefon saya dan
menyuruh saya pulang ke Malaysia. Katanya ada masalah akaun bank saya. Asalnya
agak berat hendak pulang ke Malaysia sbb tidak mahu ketinggalan kelas bersama
Sheikh Mahmud Sayid Mamduh tambahan pula waktu cuti tinggal sedikit je (maknenye
balik kejap je la.. mane puas L) tapi apakah daya terpaksa
la balik jgak.
Setibanya di Malaysia saya di telah
dijemput kawan karib saya, amirul yg sama pengajian semenjak di Maahad Ahmadi
sehingga la di Mesir dan saya dibawa tuk bermalam di rumah sewe adiknya di
USIM. Kelihatan Malaysia tidak banyak berubah. Tempat pertama saya pergi adalah
melawat kubur arwah Ayah saya. Selepas itu saya melawat sekolah yg tercinta
Maahad Aahmadi, Gemencheh, N9. Berjumpa dan bertanya kabar ustaz2 dan guru yg
pernah mengajar saya dahulu dan mereke masih mengenali saya lagi. Sambutan raya
Aidil Adha saya sekeluarga amat la sederhana sekadar melawat sedare mara
terdekat sahaja. Esoknya sedara mara dari Seremban melawat kami sekeluarga dan
kami semua berjalan di sekitar Shah Alam. Minggu depannya saya bersama saudara
di Tampin ke kampung kami di Batu Kikir. Lama betul saya tak pulang ke kampung
ni. Masa itulah pertama kali saya menjejak kaki di rumah kampung yg baru siap
tahun lepas. Siap ade Tv plasma yg besar serta set home teater. Terbaik la.
Rindu plak nak beraya bersama saudara mara. Insya’allah kl wade rezeki kite
semua akan beraya bersama. Pada minggi akhir di Malaysia, terase berat plak nak
tinggalkan kluarga terutama ummi yg berkeseorangan di rumah sbb adik2 lain
tinggal di asrama. Semoga ummi sihat selalu dan doakan anak mu diberkati dan
dimudahkan urusan dunia akhirat.
Jejak Maqam Imam
Syazuli
Tarikh: 30 November- 2
Disember 2012
Tempat: sekitar Aswan
dan Luxor
Maqam Imam Abu Hasan Asyazuli r.a.
yg terletak agak jauh di pedalaman Aswan. Sebelum ini saya tidak pernah sampai
di maqam pengasas tariqat Sayzuliah tersebut. Namun begitu, akhirnya saya dapat
menjejak kaki di sana apabila Ustaz Nasir (ustaz sekolah saya ketika di maahad
dulu) bersama 2 orang rakannya telah datang dari Malaysia dan mengajak saya dan
kawan2 saya untuk melawat maqam Imam Abu
Hasan Assyazuli. Perjalanan di sana memakan masa 6jam perjalanan dengan menaiki
van sewe. Setibanya di sana kami telah diberikan tempat tinggal. Selepas
selesainya solat Jumaat, kami telah dikerumun oleh penduduk di sana yg masing2
ingin mengajak kami makan tengah hari sampai mereke hampir berganduh. Sungguh
baik penduduk di sana. Begitu juga pada malam hari, kami telah dipelawa oleh
penduduk sana untuk menjamu makan malam. pada ke esokan harinya selepas ziarah
maqam wat kali terakhir, kami pun bertolak ke tempat khalifah Tariqat Ahmadiah
skg iaitu Said Idris.
Setibanya kami di Sahah Ahmadiah,
kami telah bertemu dengan Said Idris di kediamannya . Said Idris dan Ustaz
nasir telah berborak-borak panjang. Saya bersama yg lain2 hanya memerhati
sahaja kerana takut untuk bersuara. Selepas itu, kami dijamu dengan hidangan yg
amat banyak dan sedap belaka. Pada malam itu kami telah bermalam di sana. Pad esok
harinya, kami telah di jamu dengan sarapan pagi dan sebelum bertolak pergi,
kami memintak ijazah amah dan sedikit doa dari Said Idris. Selepas itu kami ke Luxor untuk melawat Bandar
Luxor yg sering menjadi tumpuan pelancong asing datang melancong. Selepas itu
kami pun pulang dan sampai kira2 1pagi di Kaherah.
Inilah antara akjtiviti dan
peristiwa yg mewarnai kelendar hidup saya sepanjang tahun 2012. Dan tahun 2012
la tahun yg paling bermakna buat saya dan limpahan rezeki yg tidak terkira
telah Allah berikan kpd saya. Bersyukur sangat atas nikmat tersebut. rezeki
saya melihat keindahan bumi Mesir, bertemu dgn para habaib di Yaman, dapat
bertemu keluarga di Malaysia dan mungkin ada hikmah di atas permergian arwah
ayah yg tercinta. Dan saya sangat berterima kasih kepada makcik dan pakcik saya
yg memberi sumbangan untuk saya ke Yaman tahun lepas. Dan saya berterima kasih
juga kpd cik jah sekeluarga kerana memberi “sponser” untuk saya menunaikan
ibadah umrah pada bulan depan. Semoga semua urusan dipermudahkan. Rezeki Allah
sungguh luas dan kadang2 ia datang dari arah yg tidak kita jangka. Perbanyakkan
berdoa dan amalan sunat terutama solat sunat dhuha jgn tinggal kerana ia adalah
kunci rezeki. Semoga dengan nikmat yg Allah telah berikan akan mendekatkan diri
saya dan anda semua kpd Allah. Ilal liqa’… wassalam…
No comments:
Post a Comment