Assalammualaikum
warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan
sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat
junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga
baginda dan para sahabat kesemuanya.
Malaysia dewasa kini makin maju dan terus maju.
Itulah yang saya lihat sejak pulang ke Malaysia. Namun begitu, kemajuan yang
dikecapi tidak membuat sebahgian umat Islam di Malaysia terus leka dan hanyut
dengan kemajuan yang terbentang di depan mata. Dengan kemajuan yang dikecapi
sekarang, mereka menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
RasulNya. Kita lihat sekarang rancangan-rancangan di television di Malaysia
telah banyak menyiarkan rancangan-rancangan agama untuk pengisian kepada para
penonton Islam Malaysia. Antara stesen penyiaran yang betul-betul memainkan
peranan tersebut ialah stesen penyiaran al-Hijrah.
Disamping itu, tidak dilupakan
kepada artis-artis Malaysia yang telah kembali ke jalan mengamalkan kehidupan
Islam yang sebenar.Antara paling ketara yang saya lihat adalah kumpulan
al-Mawlid yang dianggotai bekas penyanyi Malaysia iaitu Lah, Zaf (ex-VE), Amir,
Azan (ex-Ruffedge), dan Adib (ex-Fabulous Cat). Mereka begitu giat menyebarkan
rasa kecintaan kepada rasul kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wa Salam
melalui alunan selawat dan qasidah. Mereka mengeliling Malaysia untuk
menyebarkan rasa cinta tersebut melalui qasidah-qasidah dan mereka tidak
bergerak bersendirian malahan kumpulan nasyid yang terkenal Inteam turut
bersama mereka menjelajah Malaysia untuk menyebarkan rasa kasih dan saying
kepada Rasul kita.
Baru-baru ini, mereka membuat satu
majlis qasidah secara besar-besaran di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan
Melaka. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran habib Syech Assagaf dari
Indonesia yang menjadi ikon pembawa “Cinta Rasul” dengan alunan
qasidah-qasidahnya. Sebelum ini, saya menyangkakan bahawa al-habib adalah orang
arab, rupa-rupanya beliau adalah orang Indonesia. Namun begitu beliau adalah dari
keturunan arab Yaman yang mempunyai salah silah yang sampai kepada keturunan
Nabi Muahammad Salallahhu Alaihi Wa Sallam.
Dendangan qasidah oleh Habib Syech
Assagaf sungguh mengasyikkan dan membuat para hadirin yang dating begitu
teruja. Di sini saya sertakan gambar dan video ketika majlis berlansung:
Macam mane? Best tak…? Rugi la
kepada sesape yang berhampiran kawasan majlis tersebut tapi tidak turut serta
dalam majlis. Maaf la kualiti suara kurang memuaskan sbb rakam menggunakan
telefon bimbit. Lagi satu, sebenarnya tjuan asal posting kali ni tuk
menceritakan suasana majlis qasidah bersama Habib Syech, tapi disebabkan tak
tau nak tulis muqadimahnye (blur… sbb dah lame tak menulis) jadilah muqadimah
panjang menjela mcm kat atas tu… dah mcm artikel rasmi la plak.. Apa-apa pun
terima kasih kerana sudi mambaca posting saya kali ni… Semoga berjumpa lagi
diruang dan waktu maya yang lain… wassalam… Sollu alan nabi…
No comments:
Post a Comment