TAUSIYAH GURUKU YANG MULIA
HABIB UMAR AL-HAFIZ
Takut MISKIN…
Habib Umar membacakan
ayat ini dalam pengajian subuh bulan Ramadhan …
Allah Berfirman:
ٱلشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً وَٱللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan menjanjikan
(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan
(kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan
Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. [2:268]
Habib Umar kata…
Kata para ahli
Ma’arifatullah:
‘Kemiskinan yang Rasulullah minta perlindungan darinya adalah takut akan kemiskinan.’ Dan takut akan kefakiran adalah senjata paling besar yang digunakan oleh syaitan ke atas manusia. ‘Kalau kita ingin ke majlis ilmu dan zikr saja,kita akan dirisaukan akan rezki kita…’kalau engkau pergi itulah inilah..’Ini adalah kerana syaitan itu tugasnya untuk menakut-nakutkan diri kita akan kefakiran’.

Berbuka Puasa Bersama Habib Umar al-Hafiz
Memang benarlah kata2 itu… Biasanya,kita sering beri
alasan akan keuzuran kita untuk tidak dapat datang ke majlis ilmu dengan
alasan2 yang remeh.Diantaranya,kemiskin an. Alasan yang diberikan…’in budget’,'tak
boleh keluar selalu kerana perlukan kos yang banyak’.Akan tetapi,bila lihat
semula,jika perkara2 lain tidak mengapa pula berlebihan.Mana dengan
makanan,baju,kasut,beg,hp n etc yang melebihi dari keperluan.Sehingga berlaku
contradiction ‘kata susah tapi boleh pula beli macam-macam’.
Kalau untuk ilmu saja,kita berkira sangat akan duit yang
dikeluarkan tapi jika selain itu…keluarkan duit macam air.Apalah sangat wang
diinfaqkan untuk ilmu itu berbanding dengan ilmu yang kita perolehi?!Mahukan
mutiara tapi tidak sanggup korbankan jiwa dan harta.Dan sebenarnya kita tidak
adil dengan diri kita sendiri kerana terlalu melebihkan keperluan zahir
sehingga terlupa akan keperluan batin iaitu pengisian rohani kita dengan ilmu
dan zikir.
Hakikatnya,kita terlalu bergantung pada usaha kita sendiri
tanpa yakini dengan sebenar-benarnya bahawa DIA yang memberi rezki. Ya
Allah,tenangkan hati kami akan segala ketentuanMU…
No comments:
Post a Comment