Tuesday, March 15, 2016

SIMBOL DI BEKAS PLASTIK



           Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya?  Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula?  Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH!

Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut.

Monday, March 14, 2016

Adab Berhadapan Dengan Guru ketika Bertalaqi Ilmu



Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Bagi yang sudah biasa ataupun juga yang pernah mengikuti, berada di dalam pengajian ilmu, majlis ilmu bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafidzohullah pasti sudah maklum mengenai adab-adab yang diterapkan oleh Tuan Guru Syeikh sepanjang majlis pengajiannya.

Antara adab ketika kita berada di dalam majlis ilmu. Pastikan kita memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kita ketika Guru menyampaikan ilmu, mengajarkan ilmu. Janganlah kita mencemarkan sesaat kita berada di Rumah Allah dengan kita melakukan perkara-perkara yang melibatkan urusan duniawi kita. Seperti  di dalam majlis Tuan Guru Syeikh sangat menitikberatkan adab-adab ketika berada di Rumah Allah Jalla Wa'ala.

Thursday, March 10, 2016

CARI 'soft spot' SUAMI


           Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.

Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.

Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher.

Wednesday, March 9, 2016

Pergaulan Wanita Ketika Bekerja



Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Sedikit Perkongsian Daripada kuliah khas muslimat bersama - Habib Umar ben Hafizd di Masjid Al Falah , USJ 9

S: Bagaimana batas pergaulan wanita dengan lelaki di tempat kerja?

J: Ambil iktibar daripada sikap puteri Nabi Syuaib A. ketika bercakap dengan Nabi Musa A.S. Didalam Al-Quranul Kareem , Allah S.W.T menceritakan tentang anak perempuan Nabi Syuaib a.s yang melihat lelaki di perigi, mereka mengasingkan diri daripada bercampur dengan kumpulan lelaki tersebut, dan akhirnya mereka dibantu oleh Nabi Musa.

Tuesday, March 8, 2016

MoU antara al-Azhar dengan KUIPSAS


Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Universiti Al Azhar telah ditandatangani pada 6 Mac 2016 di Kaherah, Mesir.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato' Haji Yahya Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS dan Prof. Dr. Ibrahim Solah Sayyid Sulaiman al Hudhud, Rektor Universiti Al Azhar, disaksikan oleh YM TYT Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Mesir.

GERHANA MATAHARI


Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Gerhana matahari terjadi ketika posisi bulan terletak di antara Bumi dan Matahari, sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu melindungi cahaya Matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer.

Selamat Hari Wanita



Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Jom bace sedikit perkongsian mngenai beberapa orang tokoh wanita-wanita Islam.

Mereka merupakan ibunda para ulama, pemimpin Islam dan juga pelopor kebaikan.

Semoga bermanfaat..

    
Selamat Hari Wanita..

..WANITA HEBAT..

.. Wanita hebat bukan karena dia cantik
.. Wanita hebat bukan karena dia kaya
.. Wanita hebat bukan karena dia pintar
.. Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
    

Saturday, March 5, 2016

SEJARAH PERMUSUHAN MANCHESTER UNITED DENGAN LIVERPOOL



Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

            Alhamdulillah kita bertemu lagi di ruang ini sekali lagi. Kali ini saya mahu berkongsi satu artikel mengenai bola sepak. Rasanya sebelum ni belum pernah saya coretkan atau siarkan carita-cerita mengenai bola sepak.

Buat pengetahuan semua, saya ni peminat pasukan bola sepak Liverpool dulu kini dan selamanya. Saya berminat dengan pasukan Liverpool kerana sejak kecil lagi saya telah dimomok kan mengenai kegemilangan Liverpool yang menjadi kuasa besar bola sepak Eropah. Sehinggakan kedai gunting rambut yang selalu saya kunjung ketika kecik dulu dihiasi frame2 kejayaan pasukan Liverpool bersama piala-piala yang dimenanginya. Ditambah lagi makcik saya telah menhadiahkan saya bag duit yang terdapat logo Liverpool. Sejak itu lah pasukan Liverpool ini bertahta di dalam hati saya.

Thursday, March 3, 2016

JODOH: Bisikan Syaitan


        Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Telah termaktub dalam kitab suci al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang paling utama. Episod permusuhan antara syaitan dan manusia bermula ketika mana Allah memerintahkan seluruh malaikat dan jin untuk sujud kepada makhluk yang baru dicipta dari bebrapa jenis tanah. Kesemuanya taat menurut perintah Allah kecuali Iblis yang angkuh telah mengingkari perintah tersebut. Iblis telah mempersoalkan perintah sujud kepada manusia yang dicipta dari tanah sedangkan dirinya yang diciptakan dari api lebih mulia dari tanah. Keangkuhannya makin menebal dengan jawatan yang dipikulnya sebagai penghulu para malaikat. Disebabkan keingkaran iblis terhadap perintah tersebut, maka Allah telah murka terhadapnya  dan telah melucutkan jawatannya kemudian telah menghalaunya dari kerajaan langit.