Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian
tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat
junjungan mulia habibuna saidina
Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Adakah anda pernah
meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah
dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat
padanya? Adakah anda rasa bahawa ia
hanya untuk kitar semula? Jika anda
menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH!
Sebenarnya kegunaan
bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam
memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik
tersebut.
Kod nombor pada
simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas
tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer
iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).Ini bermakna bahan plastik yang
terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam
makanan/minuman tersebut.
Ia dikeluarkan oleh
The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod
ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali
jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh
dunia.
Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate
(PETE atau PET)
Simbol
ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air
mineral.
Penggunaannya
disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan
lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut
akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser.
Semasa
plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya
kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan.
Sekiranya
seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada
kulit dan saluran pernafasan akan berlaku.
Bagi wanita pula, ia
boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak
yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau
12 bulan.
Kod No. 2
– High Density Polyethylene (HDPE)
Lazimnya
kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan
salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah
tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang
diisi di dalamnya.
HDPE memiliki sifat
bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET,
ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan
meningkat dari masa ke semasa.
Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau
PVC)
Ia adalah
sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai
pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain.
Ia juga mengandungi
DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik
ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah.
Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya
boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.
Kod No. 4 – Low Density Polyethylene
(LDPE)
Sejenis plastik
berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia
dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat,
tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di
bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya
perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain
seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
Kod No. 5 – Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan
yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan,
minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan
daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang
tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga
pada bekas perubatan.
Kod no. 6 – Polystyrene (PS)
Kebiasaannya
digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai
buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada
makanan sekiranya ia bersentuhan.
Styrene ini juga
boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya
dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen
wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan
sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama
untuk memprosesnya.
Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene
acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)
Ia boleh
ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC
biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu
formula.
Bahan ini
boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada
makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari,
penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi.
SAN dan
ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu,
kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan.
SAN biasa
terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan,
penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan
dan paip.
SAN dan ABS
merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
Kesimpulan
Setelah
kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik
seperti yang telah diperbincangkan.
Saya
menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil
tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak
diingini kepada keluarga dan sanak saudara.
INGAT!
pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala
bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama.
Tetapi
PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik
berkod 3,6 dan 7.
Alternatif terbaik
dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas
yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat. Itu lebih baik untuk mengekalkan kesihatan yang baik buat diri kita dan juga keluarga kita. Moga artikel in bermanfaat untuk menjaga kesihatan anda. wassalam..
No comments:
Post a Comment