Thursday, March 3, 2016

JODOH: Bisikan Syaitan


        Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Telah termaktub dalam kitab suci al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang paling utama. Episod permusuhan antara syaitan dan manusia bermula ketika mana Allah memerintahkan seluruh malaikat dan jin untuk sujud kepada makhluk yang baru dicipta dari bebrapa jenis tanah. Kesemuanya taat menurut perintah Allah kecuali Iblis yang angkuh telah mengingkari perintah tersebut. Iblis telah mempersoalkan perintah sujud kepada manusia yang dicipta dari tanah sedangkan dirinya yang diciptakan dari api lebih mulia dari tanah. Keangkuhannya makin menebal dengan jawatan yang dipikulnya sebagai penghulu para malaikat. Disebabkan keingkaran iblis terhadap perintah tersebut, maka Allah telah murka terhadapnya  dan telah melucutkan jawatannya kemudian telah menghalaunya dari kerajaan langit.




 Sebelum Iblis dihalau turun ke bumi, Iblis telah membuat permintaan supaya usianya dipanjangkan hingga ke hari kiamat supaya dia dapat menghasut dan menggoda umat manusia turut sama tergelincir sepertinya. Maka Allah memperkenankan permintaan Iblis tersebut. Pada saat itu lah bermulanya permusuhan antara manusia dan syaitan yang telah diketuai oleh Iblis. Dendam kesumat mereka tidak berakhir melainkan datangnya kiamat. Berhati-hatilah manusia.

           
            Begitulah mendalam dendam si Iblis terhadap umat manusia, maka dikerahkannya tentera-tentera bawahannya dari kalangan syaitan-syaitan untuk menghasut dan menggoda manusia. Terpisahnya Adam dan Hawa ke bumi berpunca dari bisikan syaitan. Berlakunya pertelingikahan pertama manusia antara Habil dan Qabil berpunca dari hasutan syaitan juga. Pantang Iblis melihat umat manusia ini hidup aman damai akan dikerahnya syaitan-syaitan untuk merosakkan keharmonian dan kedamaian tersebut.

            Apabila bertemu 2 hati yang ikhlas untuk mendirikan bahtera rumahtangga dengan ikatan yang sah, Iblis akan resah gelisah. Akan dikerahkan syaitan-syaitan untuk merosakkan niat suci tersebut. Sebab apa si Iblis dan kuncu-kuncunya resah gelisah? Kerana apabila bersatunye 2 jiwa terutamanya remaja melalui ikatan yang sah iaitu ikatan pernikahan, maka tertutup la separuh pintu-pintu kemaksiatan dan terpeliharalan kehormatan antara mereka berdua. Berbeza sekali dengan hubungan 2 jiwa yang tidak sah (couple) akan dibantu syaitan-syaitan supaya mereka terus hanyut dalam melakukan dosa-dosa tersebut. Ketika itu si Iblis dan kuncu-kuncunya berparti meraikan kejayaan mereka itu.



            Allah telah berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud “dan janganlah kamu menghammpiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan  satu jalan yang jahat (membawa kerosakan). Melalui perkahwinan maka terhindar la 2 insan yang berkasih dari menghampiri perbuatan zina. Iblis dan syaitan tidak mahu ini berlaku maka dihasut, digoda dan mendatangkan keraguan terhadap pasangan masing-masing Iblis dan Syaitan akan berusaha sebaik mungkin 24 jam non stop untuk merosakkan ikatan suci yang bakal terbina.
            Namun begitu, ada ikatan suci tersebut berjaya dipertahankan sehingga ke hari 2 jiwa disatukan dengan ikatan akad nikah yang sah. Maka bersedih dan berduka la Iblis dan syaitan-syaitan kerana gagal menghalang hubungan suci tersebut dari berlaku. Manakala ada juga ikatan suci yang bakal terbina terputus dipertengahan jalan disebabkan berjayanya si iblis dan kuncu-kuncunya menghasut dan mendatangkan keraguan terhadap pasangan masaing-masing.

Selalunya hati-hati wanita yang mudah terhasut dengan keraguan yang iblis dan syaitan datangkan terhadap pasangannya. Mereka suka berfikir kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan. Namun cara berfikir masa hadapan mereka kebiasaannya negative (pikir perkara yang buruk). Berbeza cara berfikir kaum lelaki yang lebih positif untuk masa hadapan. Apabila kaum wanita tidak dapat melihat masa depan yang pasti terhadap hubungan mereka, ketika itu iblis dan syaitan membisik  dan mendatangkan keraguan terhadap hubungan mereka.



“Dia ni baru habis belajar. Tengah cari keje. Boleh ke die nak tanggung aku?”, “die ade moto je. Kewangan die pun tak stabil. Boleh ke die nak sara aku?”, “sara hidup sekarang makin tinggi. Gaji die kecik. Boleh ke kitorang hidup bahgia ni?”. Hasutan-hasutan seperti ini akhirnya telah menutup dan membutakan pandangan si wanita terhadap ciri beragama yang ada pada lelaki tersebut. Ciri utama yang menjadi penyebab si wanita memilih lelaki tersebut sebagai bakal imam terhadap bahtera rumahtangga yang bakal dibina. Akhirnya si wanita membuat keputusan memutuskan hubungan dengan si lelaki   dan kemudian mencari pasangan yang lebih cerah masa depannya (orang yang berhata). Maka terputus la hubungan suci yang bakal terbina.

Tidak dinafikan juga bahwa terputus sebuah  hubungan suci yang bakal terbina berpunca dari si lelaki. Kita lihat perempuan mudah tergoda dengan harta benda manakal lelaki mudah tergoda dengan wanita. Seperti mana baginda Rasulallah salallahhu alaihi wasalam telah bersabda yang bermaksud, “aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih bahaya ke atas lelaki selain fitnah wanita” (HR Bukhori no. 9056).



Godaan wanita terhadap seorang lelaki yang sudah bertunang adalah mereka terlihat ada wanita yang lebih baik dari tunangnya. Tidak kira kelebihan tersebut dari segi apa, sama ada dari segi kecantikannya atau peribadinya. Peluang itu tidak akan dipersiakan oleh iblis dan syaitan untuk menghasut dan menggoda lelaki tersebut sehingga la lelaki tersebut membuat keputusan untuk memutuskan tunang dan memilih wanita yang disangka lebih baik dari tunangnya. Ini juga berlaku terhadap lelaki yang sudah  berkahwin. Maka timbul la kes kahwin satu lagi tanpa pengetahuan bini pertama atau jadikan wanita tersebut perempuan simpanan.

Perkara ini akan berulang dan terus berulang sehingga terhasilnya satu kesan buruk terhadap sebahagian dari kita. Mungkin ada yang tidak percaya kepada orang lain atau mungkin ada antara kita menyimpan dendam, kebencian sehingga boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan. Tidak kurang juga ada yang tertekan malu sehingga mengambil tindakan bunuh diri. Ini reality yang berlaku dalam masyarakat kita. Keadaan seperti ini lah yang sangat digemari oleh iblis dan syaitan. Melihat manusia berkelahi dan bermusuh adalah salah satu kejayaan buat mereka. Akhirnya iblis dan syaitan tidak bersendirian ke neraka kerana mereka ditemani manusia yang tewas dengan hasutan dan goadaan mereka.

Coretan di  atas ini adalah salah satu sudut di mana syaitan dan iblis cuba untuk merosakkan keharmonian manusia di muka bumi ini sehingga menimbulkan kemurkaan Allah. Terdapat banyak sudut lain lagi yang menjadi lubang dan punca kemurkaan Allah. Maka berhati-hati lah dalam setiap perlakuan dan keputusan kita supaya tidak termakan dengan hasutan iblis dan syitan. Selalu la berdoa kepada Allah agar dilindungi dari godaan dan hasutan iblis syaitan yang durjana seperti mana berdoanya isteri Imran kepada Allah terhadap anaknya, Mariyam dan keturunanya tidak diganggu iblis syaitan.



Maaf skiranya terdapat kesilapan dalan penulisan saya. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya insan yang lemah. Semoga berjumpa lagi di ruang dan masa yang akan datang… wassalam.

No comments:

Post a Comment