Wednesday, March 9, 2016

Pergaulan Wanita Ketika Bekerja



Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Sedikit Perkongsian Daripada kuliah khas muslimat bersama - Habib Umar ben Hafizd di Masjid Al Falah , USJ 9

S: Bagaimana batas pergaulan wanita dengan lelaki di tempat kerja?

J: Ambil iktibar daripada sikap puteri Nabi Syuaib A. ketika bercakap dengan Nabi Musa A.S. Didalam Al-Quranul Kareem , Allah S.W.T menceritakan tentang anak perempuan Nabi Syuaib a.s yang melihat lelaki di perigi, mereka mengasingkan diri daripada bercampur dengan kumpulan lelaki tersebut, dan akhirnya mereka dibantu oleh Nabi Musa.


Nabi Syuaib memerintahkan salah seorang anaknya untuk memanggil Nabi Musa untuk diberi upah dan hadiah, maka digambarkan cerita anak perempuan Nabi Syuaib itu datang dalam keadaan tersipu malu.

Allah sebutkan cerita itu untuk memuliakan anak Nabi Syuaib, dan memuji sifat malu yang ada padanya.



Bila ada orang ajak anda semua wahai wanita yang bekerja untuk bersikap 'open-minded’ dan bergaul bebas, hendaklah anda bijak memilih antara ajaran Allah dalam Al-Quran atau ajakan orang lain untuk bersikap tanpa sempadan.

Kalau anda kaum wanita memilih apa yang Allah ajarkan, anda akan diberi ganjaran, pahala, kebahagiaan dan akan dimasukkan ke syurga oleh Allah S.W.T sebagai Pencipta anda.

Tetapi kalau anda mengikut kepada ajakan selain daripada itu , maka orang yang mengajak anda itu takkan dapat mendatangkan manfaat atau apa-apa mudarat.

S: Bagaimana jika lelaki mengabaikan tanggungjawab kepada isteri?

J: Bila isteri tak tunaikan tanggungjawab, maka suami perlu berlemah-lembut dan dengan hikmah memperbetulkannya.

Begitu JUGA dengan isteri kepada suami.

Bila suami tak tunaikan tanggungjawab maka isteri perlu berlemah-lembut dan dengan hikmah memperbetulkannya.



Jangan jadikan perceraian sebagai pilihan pertama kerana walaupun halal, perkara itu sangat dibenci Allah S.W.T

- Daripada kuliah khas muslimat bersama - Habib Umar dan terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid


 08.03.2016

No comments:

Post a Comment