Tuesday, March 8, 2016

MoU antara al-Azhar dengan KUIPSAS


Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Universiti Al Azhar telah ditandatangani pada 6 Mac 2016 di Kaherah, Mesir.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato' Haji Yahya Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS dan Prof. Dr. Ibrahim Solah Sayyid Sulaiman al Hudhud, Rektor Universiti Al Azhar, disaksikan oleh YM TYT Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Mesir.


Antara lain, MoU tersebut mengariskan persetujuan kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan, penganjuran program dan seminar, pengiktirafan persijilan serta pertukaran pensyarah.











No comments:

Post a Comment