Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian
tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat
junjungan mulia habibuna saidina
Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata:
Pelega hati.
Semalam saya ada
terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu
point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.
Ustaz tu cakap,
orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala
masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni
mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher.
Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4
benda je.
Contohnya,
1. Ada suami nak isteri teman sebelah
setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu
rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun
jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.
2. Ada juga suami yang qurratu ain dia
adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi
panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.
Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan
suami ke dapur sendiri buat air.
3. Boleh jadi juga qurratu ain suami
adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman
suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita
juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan.
Ini contoh jeee, bergantung pada suami.
Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting.
SITUASI.
Ustaz cerita, pernah
dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai,
tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak
mengamuk. Rileks.
Semestinya itu bukan
perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak
memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain
suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain
dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.
Alangkah indah kalau
isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara
besar dalam rumahtangga.
Masalahnya,
kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang
kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati,
mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar.
Apa pun, ini sahaja
belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat
menghormati, percaya, amanah dan lain-lain.
Peace! Nak share takyah minta izin.
Ruqayyah Farhani,
#MaryamAnakSyurga
sumber: FB Ruqayyah Farhani
No comments:
Post a Comment