Monday, November 28, 2011

Bermulanya Intikhobat (pilihan raya) Mesir


          Hari ini bermulalah Pilihanraya Umum Mesir peringkat pertama untuk memlilh ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara yang baru kesan dari revolusi Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak. Pilihanraya yang mempunyai 6 peringkat dijangka tamat pada 21 januari 2012. Sembilan buah negeri termasuk Kaherah mendahului pemilihan peringkat pertama di Mesir yang melibatkan seramai 17.5 juta pengundi.

Saturday, November 26, 2011

Hijrah: Aku mushkil!


          Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad serta para sahabat kesemuanya. Menjelangnyer awal muharam, maka telah bermulanya satu lembaran baru bagi semua umat Islam seluruh dunia. Tahun 1432 hijrah telah menjadi sejarah manakala tahun 1433 hijrah menjadi satu muqadimah baru bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran (maklumla umat akhir zaman, mcm2 dugaan ade).

            Tahun baru hijrah kali ini, mesti terdapat pelbagai cara umat Islam menyambutnya. Ada yang membaca doa akhir dan awal tahun, ada yang membaca yasin 3 kali, ada yang membuat ceramah dan sebagainyer. Memang meriah tahun baru hijrah di Malaysia. Berbeza pula di Mesir, rakyat Mesir kelihatan biase sahaja dan hanya tempat tertentu sahaja yang mempunyai majlis2 menyambut awal tahun baru Hijrah. Mungkin diorg sibuk muzoharot kot, maklum la hari Juma’at.

Thursday, November 17, 2011

Muzoharot: AWAS! semua di Mesir




Assalammulaikum warahmatullahhi wabarokatuh…. Semoga semua sahabat dalam keadaan sihat sejahtera. Musim sejuk atw org putih cakap winter dah mai. Sejuk bukan kepalang terutama di kawasan kampong ni. Tapi bahang kehangatan parti2 Mesir terus membara terutama ni apabila semakin hampir dgn tarikh pilihan raya Mesir.

Wednesday, November 16, 2011

Rasulullah Tak Pernah Sakit Perut




Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan"

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya:

Tuesday, November 15, 2011

Makkah: Pembagunan Pesat, Sejarah Islam Musnah


         
SEJAK 10 tahun lalu, kota paling suci Islam ini mengalami transformasi besar, sekali gus mencetuskan perbezaan pendapat di kalangan umat di seluruh dunia. Makkah yang suatu ketika dulu dipenuhi debu padang pasir dan terpaksa bergelut untuk menangani pertambahan jumlah jemaah haji dari semasa ke semasa, kini berkembang dengan deretan pencakar langit, kompleks beli-belah dan hotel mewah. Untuk keluarga diraja al-Saud, Makkah adalah wawasan masa depan mereka yang diharap dapat dibangunkan sebagai metropolis gah melambangkan kehebatan negara berkenaan.

Sunday, November 13, 2011

"Laukana Bainanal Habib"

[882441859.jpg]

        Assalammulaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Salam ceria dari saya khas wat semua pembaca dan sahabat2 sekalian. Tadi saya menonton rancangan “Laukana Biananal Habib” kat Tv Hijrah (wacht on9). Sblm tu saya tulis la kat status FB saya yg saya tgh tgk rancangan ni. Lps tu ade la yg mengomen tanyer mengenai maksud “Laukana Bainanl Habib” tu. Jadi dari situ terdetikla saya nak tulis skit mengenai program ni.

Thursday, November 3, 2011

Kutub Sittah


      Assalammulaikum warahmatullahhi wabarokatuh kepada semua rakan-rakan serta pembaca yang dihormati sekalian. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah subahanwata’allah kerana kita masih lagi dapat merasai nikmat Islam dan Iman. Dah lama rasenye sy tidak mencoret kat blog “Macam2ada” (tapi kawan2 panggil “untamesir” kenapenyer?) ni. Sejak akhir2 ni sibuk sgt dgn aktiviti persatuan (sibuk la sgt). Maklum la cuti musim panas ni banyak la programnyer. Tapi banyak2 program terdetik dalam hati sy untuk menulis mengenai program mega plajar Mesir anjuran PMRAM ni. Iaitu “Majlis Pembacaan Kutub Sittah” yg tlah di buat pada 29-31 oktober yg lepas. Ha…. Tau tak program apo tu..? orang Malaysia mesti tak tau kan…