Monday, November 28, 2011

Bermulanya Intikhobat (pilihan raya) Mesir


          Hari ini bermulalah Pilihanraya Umum Mesir peringkat pertama untuk memlilh ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara yang baru kesan dari revolusi Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak. Pilihanraya yang mempunyai 6 peringkat dijangka tamat pada 21 januari 2012. Sembilan buah negeri termasuk Kaherah mendahului pemilihan peringkat pertama di Mesir yang melibatkan seramai 17.5 juta pengundi.

         Rakyat yang berusia 18 tahun keatas layak dan wajib membuang undi di hampir 3500 pusat penundian yang dibuka pada hari ini.Kegagalan mereka membuang undi akan dikenakan denda oleh pihak mahkamah sebanyak LE500.14 ribu orang jentera SPR telah bersedia bertugas dengan dibantu oleh ribuan tentera dan polis dalam menjaga keamanan sepanjang pilihanraya berlangsung.Sebanyak 553 buah ambulans juga telah disediakan untuk menghadapi sebarang kumingkinan.

       Pertama kali dalam sejarah Mesir setelah kejatuhan Mubarak, Rakyat Mesir di Luar negara dibenarkan mengundi untuk memilih pimpinan mereka.Dijangkakan lebih 8 juta rakyat Mesir di laur negara akan membuang undi mereka melalui konsul Mesir dan memalui sistem E-undi.Penggunaan dakwat kekal juga dikekalkan dalam memastikan ketelusan SPR dapat diyakini oleh rakyat.


               
      Di Kaherah menyaksikan pertandingan sengit diantara puluhan parti dan ribuan calon untuk merebut 54 kerusi parlimen. 1/3 dari kerusi tersebut atau sebanyak 18 kerusi akan dipilih melalui calon individu ( fardy ) dari 9 kawasan yang dipertandingkan. Manakala 2/3 kerusi @ 36 kerusi dipilih melalui calon berparti ( qoimah ) dari 4 zon besar.Ikhwan Muslimin dengan partinya Al hurriyah Wal adalah dijangka menang besar kali ini.

      Parti Huriyyah Wal Adalah berjaya bertahaluf dengan 10 parti lain yang dikenali tahaluf demokrasi.Pakatan ini adalah antara pakatan terkuat yang dilihat mempunyai harapan besar rakyat.Parti ini adalah parti teramai yang telah menempatkan calon mereka di seluruh Mesir.Seramai 40 ribu sukarelawan Ikhwan di Kaherah sedang bertugas membantu keselamatan di kawasan-kawasan pilihanraya dalam memastikan proses PRU tidak diganggu oleh fulul watany.Keputusan pilihanraya setiap peringkat akan diketahui selepas 12 jam setelah tamatnya pengundian setiap peringkat.





Kredit by: Mohd Firdaus Madzlan

28 November 2011
       

No comments:

Post a Comment