Thursday, November 17, 2011

Muzoharot: AWAS! semua di Mesir




Assalammulaikum warahmatullahhi wabarokatuh…. Semoga semua sahabat dalam keadaan sihat sejahtera. Musim sejuk atw org putih cakap winter dah mai. Sejuk bukan kepalang terutama di kawasan kampong ni. Tapi bahang kehangatan parti2 Mesir terus membara terutama ni apabila semakin hampir dgn tarikh pilihan raya Mesir.


            Oleh kerana itu, pihak KBMK telah mengedarkan Pekeliling Canseri Bil. 10 Thn. 2011 mengenai Garis Panduan Keselamatan Bil. 2 Tahun 2011 melalui emel kepada semua HBS dan LRS KBMK/Agensi-Agensi Kerajaan Malaysia di Republik Arab Mesir pada hari ini 17 November 2011. Dikhabarkan beberapa kumpulan dan parti politik akan mengadakan protes secara besar-besaran di seluruh Mesir pada 18.11.2011 (Jumaat). Antara kumpulan yang akan terlibat adalah Salafi, Gamaah Islamiyah dan beberapa pergerakan pemuda seperti 6 April Youth Movement.

                                          Gambar HIasan

           Pada esok hari (18.9.2011) dijangkakan muzoharot akan berlaku dan kemungkinan perkara2 seperti ini berlaku:
1.    kawasan tumpuan utama di Kaherah adalah Dataran Tahrir dan beberapa tempat di bandar utama lain seperti Iskandariah, Suez dan Mansurah.
2.    Protes aman boleh bertukar menjadi ganas sekiranya berlaku provokasi dan kegagalan pihak berkuasa mengawal keadaan.
3.    Mungkin akan berlarutan sehingga 19.11.2011 (Sabtu).


Nasihat:
1.    Sila hindari atau jauhi diri anda dari kawasan tumpuan seperti Tahrir dan kawasn yg berisiko tinggi.
2.    Bagi mengelak sebarang perkara yg tidak di ingini sila had/kurangkan aktiviti di luar kediaman
3.    Sekiranya dogir jgak nak kluar, sila lalu dijalan yg selamat atw tidak memasuki kawsan2 yg terlibat dgn muzoharot.



              Tambahan maklumat, pada 25.11.2011 dijangka bakal berlaku muzaharot besar-besaran. Kemudian pada 28.11.2011 serta pada 14.12.2011 akan diadakan pilihan raya Mesir. Walaupun masih belum jelas sebesar mana protes ini akan diadakan, kita haruslah sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada supaya tidak berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Diharapkan kepada semua mahasiswa/wi yg berada di Mesir untuk menjaga keselamatan masing-masing dan mengikut etika keselamatan yang telah dikeluarkan oleh EM dan PMRAM. Segala permasalahan sila rujuk kepada pegawai negeri masing2 atw ketua persatuan2 pelajar di Mesir. 


Sumber: FB Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir & FB BKASM

No comments:

Post a Comment