Thursday, November 3, 2011

Kutub Sittah


      Assalammulaikum warahmatullahhi wabarokatuh kepada semua rakan-rakan serta pembaca yang dihormati sekalian. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah subahanwata’allah kerana kita masih lagi dapat merasai nikmat Islam dan Iman. Dah lama rasenye sy tidak mencoret kat blog “Macam2ada” (tapi kawan2 panggil “untamesir” kenapenyer?) ni. Sejak akhir2 ni sibuk sgt dgn aktiviti persatuan (sibuk la sgt). Maklum la cuti musim panas ni banyak la programnyer. Tapi banyak2 program terdetik dalam hati sy untuk menulis mengenai program mega plajar Mesir anjuran PMRAM ni. Iaitu “Majlis Pembacaan Kutub Sittah” yg tlah di buat pada 29-31 oktober yg lepas. Ha…. Tau tak program apo tu..? orang Malaysia mesti tak tau kan…



            Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini adalah majlis pembacaan kitab2 hadis yang utama yang bermula pembacaannya dari kitab Sahih Bukhari (kitab utama rujukan hadis di antara 5 kitab hadis yg lain). Ape yg menariknye ialah hadis2 ni dibacakan oleh masyaikh Universiti al-Azhar. Susah nak dapat ni. Antara masyaiekh yg terlibat dlam majlis ni ialah Sheikh Jamal Faruk, Sheikh Ibrahim al-Katani (ade org mengtakan beliau sudah mencapai tahap sebagai seorang Muhaddis), Sheikh Usamah Syaid al-Azhari, Sheikh Yusri Rasyid al-Syaid Jabar dan banyak lagi (kang tulis somuo namo sheikh2 takut prenggan ni penuh dgn namo sheikh jo). Majlis berjalan selama 3 hari 3 malam bermula seawal 8pagi hingga la 9malam (penat tu sehari suntuk duduk je). 




            Majlis ni telah dihadiri seramai 1000 orang pelajar Malaysia yg blajar kat Mesir ni. Kebanyakkan dari perserta adalah dari kuliah pengajian Islam dan tidak ketinggalan jgak pelajar2 dari kuliah medic yg turut serta dalam majlis ni. Bukan stakat plajar Malaysia je yg mengikuti majlis ni, ade jgak dari negare lain antaranya Brunie, Indonesia dan Singapura. 


            Sepanjang majlis berlansung, mashaiekh tlah mambaca 1000 lebih hadis kepada semua plajar. Pembacaan hadis sahih bukhari kali ni adalah sambungan bacaan sahih bukhari pada Majlis Kutub Sittah siri 2 yg tlah dbuat pada tahun lepas. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar skali. Kemuncak bagi Majlis Bacaan Kutub Sittah ni adalah pada majlis penutupnyer. Mase tu ramai masyaiekh al-Azhar datang termasuk la Mufti Mesir Sheik Ali Juma’ah. Majlis penutup diserikan dengan ucapan serta nasihat2 dri mashaeikh yg hadir mase tu. Akhir ucapan adalah apabila Sheikh Ali Jmua’ah mengijazahkan sanad sahih bukhari kepada semua peserta yg hadir.Selepas itu penyampain sijil serta sanad kepada peserta2 Majlis Bacaan Kutub Sittah siri 3 ni.

Ketika Majlis Penutup:


                                                        Sheikh Ibrahim al-Katani

                                                       Sheikh Usamah al-Azhari





                                   Sheikh Ali Juma'ah sdang mengijazahkan sanah

            Sungguh sronoknyer hati ni bile dapat bersama mashaiekh al-Azhar. Alangkah seronoknyer jika program seperti ni dapat dilakukan kerap kali. Secara tidak lansung dapat merapatkan pelajar di sini dgn para mashaiekh seterusnya berterusan mengutip mutiara-mutiara ilmu dari ulama’ Ahli Sunah wal Jama’ah terutamanya bagi golongan akhawat yg terbatas pergerakan mreke berbanding ikhwah. Dengan program sperti ni jelah akhawat dapat berjumpe para mashaikeh dan ulama’ yg ada di bumi Mosir ni. Klw ikhwah bebas tuk berjumpe dgn para mashaiekh dan ulama’ kerana kitorg boleh gi jauh2 pada bile2 mase. Ape2 pun tahniah dan syabas kepada PMRAM kerana telah berjaya menganjurkan program seperti ni. Diharap program seperti ini dapat diteruskan dan diperbanyakkan lagi bagi membuka peluang pelajar2 di sini tuk kerap bersama para ulama’ ketika berada di Mosir ni. Kat sni je dapat rase suasana bersama ulama’. Nnti dah balik Malaysia dah tak dapek nak raso suasane mcm ni. Nyosal plak nnti kang(maaf terkluar plak loghat nogogi). Ilal liqa’… Assalammualaikum…  

Gambar sepanjang Kutub Sittah:

                                                 ad-hoc teknikal majlis


                                              ad-hoc bahagian pendaftaran
          
                                               jualan2 yg terdapat ketika majlis


                   peserta kusyu' mendengar para mashaiekh membacakan hadis


                                            terdapat jgak orang arab yg join skali

                                antara cedremata yg dikluarkan sempena kutub sittah


                                     majlis penutup ditayangkan secara live di internet


                                  penyampaian hadiah kpd Sheikh Ali Juma'ah


                                   para mashaeikh sedang mmbacakan hadis


                                                 Kusyu'nyer mereke

                                    kebanjiran peserta kutub sittah


                                   Sheikh Usamah sdang membacakan hadis
                                             
maklumat lanjut sila layari blog Majlis Kutub Sittah.

1 comment:

  1. moga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan Allah... insyaAllah... :-)

    ReplyDelete