Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh kepada semua pembaca, pelawat serta kepada sahabat2 yang dikasihi sekalian. Besyukur kehadrat Allah subhanawata’ala kerana kita masih bernyawa dan dikurniakan nikmat Islam yang tidak semua dapat merasainya. Namun hidayah Islam Itu milik Allah dan DIA berhak memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya, tetapi kita masih boleh berusaha untuk mendapatkan hidayah dari Allah.
Posting kali ini ingin saya berkongsi kepada anda sekalian cerita seorang Mu’allaf dari kaum Cina yg baru tahun ni memeluk Islam ketika usia baru mencecah 18 tahun. Dia seorang perempuan yang bernama Jo Yee yang asalnya dulu seorang kristian.
Bagai Mana Jo Yee Memeluk Islam?
Dia telah didaftarkan sebagai seorang Islam pada sebulan yang lalu namun dia telah memeluk Islam lebih awal beberapa bulan yang lepas kerana pada ketika itu dia masih di bawah umur. Jadi pengistiharaan sebagai Islamnya dilewatkan sehingga dia cukup berumur 18 tahun pada tarikh 22 september. Dia tidak mengistiharkan dirinya Islam hingga cukup umur kerana mendapat tentangan dari pihak keluarga.
Buat pengetahuaan semua. Jo Yee adalah seorang yang kuat pegangan agama kristiannya dan bakal menjadi seorang paderi muda di sebuah gereja. Kehidupannya ramai dikelilingi dengan kawan2 beragama Islam dan dia berazam untuk memasukkan kawan2 Islamnya ke dalam kristian. Dia sering membuat kajian tentang Islam kerana ingin mencari kelemahan Islam untuk berdebat dengan rakan2 yg beragama Islam. Akhirnya disebabkan itu, tujuan dia mengkaji Islam untuk mencari kelemahan telah bertukar untuk mendalami Islam setelah dia berasa Bible yg menjadi pegangan hidupnya itu tidak betul.
Selain itu, ketika dia masih beragama kristian, dia pernah terkena penyakit kanser tairod (maaf klw salah eje). Sejak dari itu dia berasa putus asa untuk hidup dan hidupnya seperti sudah musnah. Dia menangis kerana dia berasa masih muda dan mahu untuk mengapai cita-citanya tapi mungkin semua itu akan musnah. Sehari sebelum membuat pemeriksaan, kawan2 Islamnya mencadangkan supaya dia berdoa kepada Allah dan meminta bantuan kapada Allah. Pada malam itu dengan sepenuh hati dia menadah tangan dan berdoa kepada Allah. Keesokan harinya ketika membuat pemeriksaan, doctor memberi tahu bahawa dia tidak terkena kenser. Apabila dia mendengar perkara tersebut, dia berasa satu keajaiban telah muncul kapadanya. Dari situ baru dia sedar bahawa Allah memilih dia untuk memeluk Islam dan pada hari itu juga dia mengucap 2 kalimah syahadah.
Cabaran Dan Halangan Seorang Mu’alaf
Ramai orang bertanya kenapa dia memeluk Islam ketika usia muda padahal pada usia muda adalah mase untuk enjoy. Jo Yee pun menjawab: “Saya telah mendapat hidayah. Jadi kenapa saya nak melepaskan peluang ni untuk memeluk Islam”. Kita dapat lihat disini bahawa Jo Yee tidak mengsia-siakan hidayah Allah yg telah dikurniakan kapdanya tetapi kebanyakan dari kita pula banyak mensia-siakan hidayah Allah.
Setelah memeluk Islam. Jo Yee banyak menerima dugaan terutamanya dari pihak keluarganya sendiri dan kawan2 cinanya telah memulaukannya. Keluarganya pula memaksa dia makan makanan haram. Pada masa itu dia terpaksa makan nasi putih sahaja.
Dia bersyukur kerana dia mempunyai keluarga angkat yang banyak membantu dia dalam menjalani kehidupan sabagai seorang Islam sehinggakan dia dapat mengerjakan ibadah puasa selama sebulan (malu la sesape yg ponteng puase mase ramadhan aitu). Dia berasa bersyukur sangat dapat juga merasai suasana hari raya bersama keluarga angkatnya.
Harapan
Harapannya bahawa dengan peluang yang dia ada akan berdakwah kepada remaja-remaja dangan cara dia sendiri. Berdakwah mengikut kemajuan zaman sekarang yang bersesuaian dengan remaja-remaja sekarang. Dia mengatakan dakwah seperti ustaz dan ustazah membosankan dan agak ketinggalan. Mungkin itu pendapat dia dan mungkin dia ada cara lain untuk berdakwah dizaman serba canggih ini. Kita hormati pandangan dia dan kita sebagai umat Islam mesti la menyokong gerak kerja dakwah yang bakal dilakukannya. Apa yang penting disini kerja dakwah perlu dijalankan walau berbeza cara. “Didiklah anak-anak kamu mengikut zamannya”.
Pada suatu ketika, dia pernah berasa begitu lemah untuk menempuh dugaan sebagai seorang saudara baru dalam Islam. Ada yang bertanya kenapa dia memilih jalan kehidupan yang sukar ini? Jo Yee menjawab: “ jika saya tidak memilih untuk mendapat bende2 macam ni, kalau saya tidak merasa kesakitan dan kepedihan dalam hidup saya tidak mungkin saya akan mengenali Islam. Kalau saya sentiasa mendapat kebahagiaan dan kesenangan dalam hidup saya seperti kawan2 saya tak mungkin saya mengenali Islam dan tak mungkin saya akan sentiasa mengejar cinta Allah. Di sebabkan saya banyak mendapat kesusahan dan kepedihan dalam hidup saya yang menguatkan iman saya dan membawa saya semakin dekat kepada Allah”. Disebabkan dia pernah merasai kesakitan dan kepahitan ini, sekiranya dia bertemu dengan seorang perempuan yang mengelami nasib seperti dirinya, dia akan membantu perempuan tersebut.
Begitulah kisah seorang suadara baru kita yang baru memeluk Islam. Begitu susah dia mendapatkan Islam berbanding kita yang sudah Islam semenjak lahir lagi namun bagaimanakah cinta kita kapada Allah dan bagaimanakah tahap iman kita? Adakah sehebat dan sekuat Jo Yee?
Apabila saya mendengar kisah Jo Yee ni, saya berasa bersyukur sangat kerana kita telah mendapat seorang lagi saudara baru walaupun saya tidak mengenali dirinya secara dekat namun hati saya tetap gembira. Ini menguatkan pendirian saya untuk memilih pengkhususan dakwah dalam fakulti Usuluddin dan Dakwah pada tahun 3 nanti. Saya berazam untuk mengislamkan sekurang-kurangnya seorang dalam hidup saya. Semoga ia menjadi kenyataan. Saya harap juga kepada anda sekalian setelah mendengar kisah Jo Yee ini dapat menimbulkan di dalam diri masing2 kepentingan berdakwah kerana kerja dakwah ini adalah satu tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Kalau bukan kita yang melakukan kerja dakwah ini sape lagi nak wat? Apa yang baik kita amik iktibar dan apa yang buruk kita nyahkan dari hidup kita ya. Semoga dapat berjumpa lagi dalam ruangan yang lain. Ialal liqa’. Wassalam…
ni lah sedikit sedutan video ketika Jo Yee menceritakan kisahnya memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment