Sunday, October 9, 2011

Mesir kembali "Gawat"



KAHERAH-  Baru-baru ini keadaan Mesir tidak beberapa stabil. Ini disebabkan terdapat beberapa demotrasi serta perbalahan anatara tentera bersama rakyat mesir. Keadaan semakin teruk apabila tarikh pilihan raya pusingan pertama semakin hampir. Beberpa hari yang lepas sebuah jalan di Romsis, Kaherah ditutup oleh pihak tentera kerana berlakunya demotrasi kecil-kecilan. Semalam pula, berlaku pertempuran ganas yang menyebabkan berpuluh kematian dan kecederaan antara poils, tentera dengan rakyat Mesir yang beragama Kristian di Masberon, Kaherah.


            Dengan itu, pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan perintah berkurung dari pukul 2.00 pagi hingga pukul 7.00 pagi. Pelajar Malaysia di Mesir perlulah berhati-hati dan mematuhi semua arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan Mesir untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

            Pada hari semalam juga, dikhabarkan terdapat beberapa orang pelajar ditahan oleh pihak berkuasa kerana tidak membawa pasport bersama dan ia berlaku di 2 buah tempat yang berbeza. Sebelum ini, pelajar-pelajar Malaysia bebas untuk keluar ke kawasan berdekatan tanpa membawa pasport.



            Bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini terjamin, pihak PMRAM telah mengeluarkan surat pekeliling keselamatan.
  •         Pastikan visa hidup 
  •   Keluar rumah membawa passport dan kad PMRAM (bagi ahli sahaja) 
  • Pastikan membawa lesen bersama ketika membawa kenderaan 
  • Tidak mendekati dan terlibat dalam demotrasi yang berlaku terutamanya di Tahrir 
  • Tidak keluar rumah selepas Jam 12.00 malam hingga 7.00 pagi. 
  • Tidak memberi sebarabang dokumen penting kepada warga asing atau tempatan.
           
           Sekiranyan berlaku sebarang masalah, sila laporkan kepada pihak Kedutaan Malaysia atau pihak PMRAM. Kerjasama anda amat dihargai.

No comments:

Post a Comment