Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Assalammualaikum warahmatullahi
wabarokatuh dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang dikasihi dan
disayangi sekalian. “Hidup segan mati tak mahu” begitulah boleh saya ibaratkan
blog saya ini. Sudah lame sudah tidak meng”update” sehingga sudah bersawang dek
labah-labah “cyber”. Kesuntukan masa kerana menghadapi imtihan dengan ditambah
pula kemalasan memerah otak untuk menaip menjadikan blog saya statik seperti ini.
Insya’allah selepas ini saya akan mencube merajinkan diri untuk berkongsi ilmu
atau pengalaman menarik sepanjang hidup saya sebagai seorang pelajar.
"إذا لم تكن حافظا
واعيا # # فجمع للكتب لا ينفع"