Saturday, November 26, 2011

Hijrah: Aku mushkil!


          Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad serta para sahabat kesemuanya. Menjelangnyer awal muharam, maka telah bermulanya satu lembaran baru bagi semua umat Islam seluruh dunia. Tahun 1432 hijrah telah menjadi sejarah manakala tahun 1433 hijrah menjadi satu muqadimah baru bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran (maklumla umat akhir zaman, mcm2 dugaan ade).

            Tahun baru hijrah kali ini, mesti terdapat pelbagai cara umat Islam menyambutnya. Ada yang membaca doa akhir dan awal tahun, ada yang membaca yasin 3 kali, ada yang membuat ceramah dan sebagainyer. Memang meriah tahun baru hijrah di Malaysia. Berbeza pula di Mesir, rakyat Mesir kelihatan biase sahaja dan hanya tempat tertentu sahaja yang mempunyai majlis2 menyambut awal tahun baru Hijrah. Mungkin diorg sibuk muzoharot kot, maklum la hari Juma’at.

                             Ceramah Sheikh Abdullah al-Syazuli Sempena Tahun Baru HIjrah

            Bermulanya taqwim baru dalam kalender hijrah kali ini, telah timbul beberapa kemushkilan mengenai “Hijrah” dalam diri ini. Antaranya ialah ade orang mengatakan bulan muharam bukan bulan Habibuna Saidina Muhammad berhijrah, kekliruan taqwim hijrah dan kemuskilan mengenai bilangan hari dalam bulan zulhijjah.

“Eh, Baginda bukan berhijrah pada bulan Muharam!”

            Ini lah reaksi awal saya bile mendapat tahu bahawa baginda bukan berhijrah pada bulan Muharam sepertimana yang diheboh-hebohkan oleh umat Islam di Malaysia. Untuk menghilangkan kemuskilan itu, saya bersama seorang kawan saya (house mate/ahli bait) telah membuat research mengenai peristiwa penghijrahan baginda. Berdasarkan kajian yang kami buat berpandukan kitab “fiqhhul siratul nabawiyah” karangan Sheikh Dr. Muhammad Ramadhan al-Buti serta kitab “al-rohiqul makhtum” karangan Sheikh Sofi al-Rahman al-Mubarakfuri menceritakan bahawa baginda berhijrah ke kota Madinah (yasrib: nama lame sblm hijrah nabi ) pada bulan Rabi’ul Awal. Mesti tak percayekan? tapi itu lah hakikatnyer.



            Saya akan menceritakan sedikit kronologi penghijrahan Habibuna Saidina Muhammad ke kota Madinah. Baginda telah meninggalkan rumah setelah mendapat wahyu dari malaikat Jibril a.s tentang rancangan pembunuhan puak2 quraish terhadap baginda. Pada tarikh 27 safr (kitab al-rohiqul makhtum) atau 2 rabiu’l awal (kitab fiqhhul siratul nabawiyah) telah keluarnyer baginda bersama Saidina Abu Bakar r.a dari Mekkah menuju ke gua untuk bersembunyi dari puak2 quraish. Baginda serta Abu bakar berada di gua tersebut selama 3 hari. Selepas itu, Baginda serta Abu Bakar menuju ke Madinah. Sebelum sampai ke Madinah, pada 8 rabiul awal (kitab al-rohiqul makhtum) Baginda serta Abu Bakar telah singgah ke Quba’  dan berada di sana selama 4 hari. Kemudian, Baginda meneruskan perjalanan menuju ke Kota Madinah dan sampai di Madinah pada 12 rabiu’ awal, hari Juma’at (kitab fiqhul siratul nabawiyah & al-rohiqul makhtum). Setibanya Baginda di kota Madinah, Baginda telah disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah dengan disertakan rangkap2 puisi tanda kegembiraan penduduk Madinah.

Kekeliruan: Bulan atau Tahun Hijrah

            Sebenarnye kita keliru dan silap bahawa bulan muharam itu bulan baginda berhijrah. Taqwim Hijrah diwujudkan di iktibarkan peristiwa hijrah baginda pada tahun penghijrahan baginda bukannya disebabkan iktibar dari bulan penghijrahan baginda. Sekali lagi, bukan “BULAN” tetapi “TAHUN” penghijrahan baginda ke Madinah.

            Pada zaman Saidina Umar menjadi Khalifah ar-Rashidin, timbul satu maslah tarikh pada surat2 yang telah diutus oleh Saidina Umar kepada gabenor2 di wilayah Islam. Maslah yang timbul disebabkan pada ketika itu masih tiada pengiraan tahun, yang ada hanyalah perkiraan bulan2 yang telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam. Contohnya surat yang ditulis bertarikh 2 muharam tahun tak tau. Maknanya semenjak baginda masih hidup sehingglah sampai Saidina Umar menjadi kahlifah tiada perkiraan tahun dalam taqwim Islam. Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut, Saidina Umar  bermesyuarat untuk memilih tahun bila untuk memulakan taqwim dalam Islam. Perhatian ye, bukan pemilihan bulan sebagai permulaan taqwim Islam.  Hasil mesyuarat tersebut bersepakat untuk memilih tahun penghijrahan baginda sebagai tahun permulaan perkiraan taqwim Islam kerana tahun tersebut adalah tahun paling bersejarah dalam perkembangan Islam. Dengan itu, taqwim Islam dikenali sebagai “Hijrah” di ambil sempena tahun bermulanya Hijrah baginda.



Bagaimana pula atau soalan yang lebih tepat adalah kenapa bulan Muharam ditetapkan sebagai bulan pertama dalam taqwim Islam? Hasil reserch kami di internat mengenai penetapan bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam taqwim Islam kebanyakan tidak memuaskan hati kami. Maklumat yang kami dapat mengatakan bahawa pemilihan bulan Muaharam sbagai bulan pertama adalah disebabkan ia adalah salah satu dari bulan2 tahrim seperti mana yang telah termaktub di dalam al-Quran. Sekiranya begitu, kenapa tidak pilih bulan2 tahrim yang lain sebagai permulan bulan dalam taqwim Islam? Jadi di situ, kami membuat kesimpulan bahawa penetapan bulan Muharam sebagai permulaan bagi taqwim Islam telah ditetapkan sebelum kedatangan Islam seperti mana telah wujudnyer bulan2 tersebut. Jadi Saidina Umar hanya perlu menetapkan tahun permulaan kiraan taqwim Islam dan mengikut kiraan bulan yang telah wujud sejak dulu lagi. Wallahhu a’lam. (Sekiranya sahabat2 mempunyai maklumat yang lebih tepat meneganai penetapan bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam taqwim Islam, sila sampaikan di ruangkan komen blog ni)


Berapa Hari dalam Bulan Zulhijjah?

            Pada hari yang bertarikh 25 November 2011 yang lepas, saya telah membuat satu ucapan di status fb sebagai pengakhiran tahun 1432 hijrah. Tidak lame lps itu, ade orang komen mengatkan bahawa luse barulah masauk bulan Muharam kerana pada hari itu adalah 29 Zulhijjah. Jadi saya pun semak la kat kelender Hijri yang tertempal kat dalam bilik. Sah kelender tu menunjukkan bulan Zulhijjah ade 29 hari je. Saya semak pula melalui internet dan ia menunjukkan bahawa 26 November 2011 adalah bersamaan 1 Muaharam 1433 hijrah. Pada malam tu, saya bersama kawan telah solat di masjid Said Ahmad Badawi. Selepas solat Isya’ terdapat sedikit ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Abdullah al-Syazuli sempena tahun baru Hijrah. Dari situ saya pasti bahawa Zulhijjah mempunyai 29 hari sahaja. Tetapi bagaimana pula di Malaysia menyambut Awal Muharam pada 27 November 2011? Maknanya bulan Zulhijjah di Malaysia mempunyai 30 hari. Kesimpulannya, di Mesir bulan Zulhijjah ade 29 hari manakala di Malaysia bulan Zulhijjah mempunyai 30 hari. Macam mane boleh tak same plak..? Pelik betul. Macam mane plak agak eh bulan Zulhijjah di negare lain ye..

                         Ini bukti 26 November 2011 =1 Muharam 1433 Hijrah

            Akhir kalam, marilah sama2 kita hayati detik2 penghinjrahan Habibuna Saidina Muhammad yang telah bersusah payah untuk menyabarkan Islam disamping itu, kita juga perlu ber”hijrah” untuk memperbaiki diri kita masing2 (terumtama diri ini) supaya kita lebih baik dri tahun sebelumnyer. Di ingatkan kan juga bahawa bertambahnya tahun bermakna semakin dekatnya diri kita dengan kematian, jadi adakah cukup bekalan kita sebelum sampainya saat kematian? Bersama-sama lah kita renungkan… Salam Ma’al Hijjah.. Ilal liqa’… Assalammulaikum…

jom layan lagu Hijrah ni.. best.. lagu ni dari filem "Utusan Terakhir".

No comments:

Post a Comment