Friday, October 19, 2012

Nasihat dan Pengajaran Buat Penuntut Ilmu & Kaum Wanita

          Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.


Sheikh Dr Yusri -hafizahullah-
memesan beberapa perkara penting dalam majlis bacaan kitab Soheh Al Bukhary semalam: 




a)Kepada yang mengambil gambar,jangan mengambil foto kaum wanita tanpa sebarang hajat atau keperluan untuk melakukan demikian dan mestilah meminta izin terlebih dahulu.

b)Saya menasihati kalian jangan hanya mementingkan riwayat, pentingkan dirayah dan amalkannya, zaman sekarang zaman dirayah, kurun sebelum kurun ke-5, ulama dah berusaha mengumpulkan riwayat, jazahumullah kheran, maka pentingkanlah dirayah.


Dua nasihat yang saya petik yang saya kira sangat berharga, mungkin remeh pada sebahagian orang tetapi mesej yang sangat penting kepada yang memahami. Sheikh banyak kali mengulang nasihat yang sama semasa penganugerahan sanad, kerana majlis penganugerahan sanad sangat ramai kehadiran berebut2 nak amek kertas ada senarai sanad atau seumpamanya, tetapi kefahaman kurang dan tidak diambil berat.

Sheikh nak kita hadir dan faham malah boleh mengajar semula pada masa akan datang. Bukan sekadar hadir kemudian tak ulangkaji semula, tak baca kitab di rumah, tak kuasai ilmu alat dan segala ilmu keperluan untuk menguasai ilmu ini dan sebagainya yang menjadikan maqasid menuntut ilmu itu seolah2 tidak ada.

Kepada photographer program atau majlis, hati2lah mengambil gambar kaum wanita dalam suatu majlis, kerana sebahagian mereka tidak suka untuk diambil gambar malah tak mengizinkan. Adab ini adalah penting untuk memelihara kehormatan mereka. Kadang2 mereka sedang melakukan sesuatu dan waktu tersebut tidak sesuai untuk diambil gambar spt aurat terbuka, dan seumpamanya.

Kisah benar berkenaan ''Photography''



Pernah terjadi suatu majlis (tak perlu sebut di mana) seorang photographer dengan berani ''zoom'' dari jauh gambar seorang akhawat/muslimah yang 'lawa' pada pandangannya, dan mengambil gambarnya tanpa izin dan menyimpannya dalam leptopnya. Selepas beberapa minggu kuasa Allah, gambar itu dilihat oleh rakannya dan terus diberitahu kepada pihak tertentu dan photographer tersebut ditegur dan disuruh buang gambar tersebut dan'muslimah' tersebut sangat kecewa dengan perbuatannya.

Pengajaran

Maka kepada kaum hawa, hati2lah dalam majlis, tak kira di mana pun kerana zaman sekarang zaman fitnah, sangat dahsyat fitnah seperti yang dikhabarkan baginda SAW tentang umat akhir zaman. Tak semua 'photographer' itu tahu hukum hakam, dan tak semua mereka itu belajar hukum hakam. Photogaraphy menjadi suatu trend zaman sekarang untuk menyimpan pelbagai koleksi gambar dan bersaing menjadi photographer terbaik. Ada sebahagian nak mengambil kesempatan dengan menyimpan banyak koleksi gambar2 muslimah/perempuan untuk diedit dan menjadi tatapan diri, ada yang lebih dahsyat meng'edit' sehingga bertukar menjadi gambar tak senonoh, ada yang bertujuan untuk dijaja dengan kawan2 lelakinya, dan sebagainya contoh terdekat ialah gambar2 skandal, mana  datangnya gambar2 ni? Jom muhasabah.



Pakaian anda, gerak geri anda, senyuman atau ketawa anda, berjalan atau lari, semuanya boleh menjadi sebab berlakunya fitnah dan menjadi tatapan sebahagian kaum lelaki yang kurang iman untuk  mengambil kesempatan. Hati2lah wahai kaum muslimah. Diri anda sungguh berharga, peliharalah ia sebaik-baiknya.

Sampaikanlah kepada sesiapa yang perlu. '' Agama itu nasihat ''.

Wallahu a'lam. (betulkanlah saya jika saya salah)

from: Muhammad Hafeez Al Habshi

1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik, bukan khusus untuk kaum adam tapi hawa juga.
    :)

    ReplyDelete