Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.
Syeikh
Ibnu Taimiyyah telah membicarakan permasalahan ini dengan baik dan bernas,
ketajaman pandangannya dan keseimbangan pertimbangannya. Sekali pun beliau
pernah menafikan kewujudan hadis yang berkaitan dengan tawasul Nabi Adam Alaihi
salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. mengikut perhitungan ilmunya pada masa
tersebut, tetapi beliau kemudiannya menukar fikirannya dan kembali mendukung
makna hadis tawasul Nabi Adam Aalaihi salam
serta mentafsirkannya dengan pentafsiranyang boleh diterima akal.
Ibnu
Taimiyyah telah meriwayatkan dua hadis dan mengetengahkan kedua-dua hadis
tersebut sebagai hadis tawassul Nabi Adam Alaihi salam. Belai berkata:
Telah
meriwayatkan Abu al-Faraj Ibnual-Jauzi dengan sanadnya kepada Maisarah, beliau
berkata:
قلت: يا رسول الله! متى
كنت نبيا؟ قال: لما خلق الله الأرض واستواى إلى السماء فسواهن سموات, وخلق العرش, كتب
على ساق العرش: محمد رسول الله خاتم الأنبياء, وخلق الله الجنة التي أسكنها ادم
وحواء فكتب اسمي على الأبواب والأوراق والقباب والخيام, وادم بين الروح والجسد,
فلما أحياه الله تعالى نظر إلى العرش فرأى اسمي فأخبره الله: أنه سيد ولدك, فلما
غرهما الشيطان تابا واستشفعا باسمي إليه.
Aku berkata,
“wahai Rasulullah! Bilakah kamu dijadikan sebagai Nabi? Jawab bagin Alaihi
salam, “Setelah Allah menjadikan bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya
ke arah (bahan-bahan) langit, lalu diciptakan tujuh langit dengan sempurna.
Setelah itu, Allah menjadikan ‘Arasy , ditulis di atas kaki Arasy: محمد رسول الله
خاتم الأنبياء (Muhammad pesuruh
Allah dan penutup segala nabi). Setelah Allah menjadikan syurga yang didiami
oleh Nabi Adam Alaihi salam dan Hawa, maka Allah menulis namaku di pintu-pintu
syurga, di daun-daun pokoknya, di kubah-kubahnya dan khemah-khemahnya. Ketika
itu, Adam Alaihi salam masih lagi (dalam proses kejadian) di antara roh dan
jasad. Setelah die dihidupkan oleh Allah, die memandang kepada ‘Arasy, dia
melihat namaku. Maka Allah memberitahunya, “bahawa sesungguhnya dia adalah
penghulu anak-anak engkau. “Ketika Nabi Adam Alaihi salam dan Hawa diperdayakan
oleh syaitan, maka kedua-duanya bertaubat serta memohon syafa’at dengan namaku
kepada Allah.”
Telah meriwayatkan Abu Nu’aim
al-Hafiz di dalam kitab Dalail al-Nubuwwah dan dari jalan Syeikh Abu al-Faraj.
Telah menyampaikan kepada kami Sulaiman ibn Ahmad, telah menyampaikan kepada
kami Ahmad ibn Rasyidin, telah menyampaikan kepada kami Ahmad ibn Sa’id
al-Fihri, telah menyampaikan kepada kami Abdullah ibn Ismail al-medani daripada
Abdur Rahman ibn Zaid ibn Aslam daripada ayahnya daripada Umar ibn al-Khattab
R.A berkata: sabda rasulullah S.A.W:
لما اصاب ادم الخطيئة
رفع رأسه, فقال: يا رب! بحق محمد إلا غفرت
لي, فأوحى إليه: وما محمد ومن محمد؟ فقال: يا رب! إنك لما أتممت خلقي رفعت رأسي
إلى عرشك, فإذا عليه مكتوب: لا إله إلا الله مجمد رسول الله, فعلمت أنه أكرم خلقك
عليك إذ قرنت اسمه مع اسمك, فقال: نعم, قد غفرت لك, وهو اخر النبياء من ذريتك,
ولولاه ما خلقتك.
“Setelah Nabi
Adam Alaihi salam melakukan kesalahan (memakan buah khuldi), dia mengangkat
kepalanya, lantas berkata, “wahai Tuhan! Demi hak Muhammad S.A.W, apakah
kiranya Engkau mengampunkan daku.” Maka diwahyukan kepadanya, “Apakah Muhammad
dan siapakah Muhammad? “Maka Adam Alaihi salam bersabda, “Wahai Tuhan! Setelah
Engkau menyempurnakan kejadianku, aku mengangkat kepalaku ke ‘Arasy, tiba-tiba
di atasnya tertulis: لا إله إلا الله مجمد رسول الله, maka familah aku
bahawa dia adalah semulia-mulia makhluk padamMu kerana Engkau telah
menggandingkan namanya dengan namaMu. Allah berfirman, “ya! Sesungguhnya Aku
telah mengampunkan kamu dan dia adalah Nabi yang terakhir daripada zuriatmu.
Sekiranya tidak kerananya, nescaya Aku tidak menjadikan kamu.” (Abu al-Faraj
Ibnu Jauzi, al-wafa bi Ahwal al-Mustofa H:26)
Hadis ini menguatkan hadis
sebelumnya dan kedua-dua hadis ini seperti pentafsiran bagi hadis-hadis yang
sohih. (Fatawa Ibni Taimiyyah, Jld 2, H: 150)
Saya (Sayyid Muhammad Ibn ‘Alawi
al-Maliki R.A) berkata: “Ini menunjukkan bahawa, di sisi Ibnu Taimiyyah hadis
tawassaul Nabi Adam Alaihi salam boleh didukung atau disokong. Ini menandakan
bahawa ia bukanlah hadis Maudu’, kerana di sisi ahli hadis, hadis maudu’ atau
batil tidak boleh didukung dengan hadis-hadis lain. Kamu sendiri telah lihat
bahawa Syeikh Ibnu Taimiyyah telah mendatangkan hadis-hadis yang mendukung
hadis mengenai tawassul Nabi Adam Alaihi salam. Wallahhu a’lam.
Sumber : Mafahimu Yajibu An Tusahhah
(مفاهم يجب ان تصحح)
Karangan: Al-‘Alamah
Al-Muhaddis Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn ‘Alawi Al-Malik Hasani (Al-Khadim
Ilmu di Tanah Haram)
No comments:
Post a Comment