Assalammualaikum warohmatullahhi wabarokatuh. Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat wal afiat serta sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Bersempena dgn Bulan Ramadhan yg mulia ini, saya hendak berkongsi dgn anda semua info-info mengenai ibadah puasa. Ketika puasa ni, apakah perkara yang paling berat tuk kita selalu lakukan? Semestinyer bangun sahur. Terutama jenis orng2 yang susah bangun awal pagi.
Tahukah anda BERSAHUR tu adalah amalan penting pada orang yang berpuasa. Bagi merekayang hanya mengkaji ilmu fekah akan mengatakan “ Sahur tu sunat jer..”. Andai hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
Dari Anas R.A, Rasulullah S.A.W bersada yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat”. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim,Ahmad,Tirmidzi, Nasai, dan Ibnu Majah)
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Illahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dan puasa orang Yahudi dan Nasrani(ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
بن العس قل قل رسول االه صلى الله عليه وسلم إن فصل بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكله السحور عن عمرو.
Dari Amru bin al-‘as berkata, sabda Rasulullahhisalallahhu alaihi wasallam: Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab (yahudi dan nasrani) ialah adanya makan sahur. (Hadis riwayat Nasaie)
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umatIslam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat dalaM hadis Nabi yang bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air”. (hadis riwayat ibnu hibban)
Hadis ini menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit sahaja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredhoan) ka atas orang yang bersahur”. (Hadis riwayat at-tabrani)
Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh. Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata”Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh) dan kadarnya(di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sebenarnyer sahur ni mudah jer. Rasulullah S.A.W makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh . Baginda melebihkan makanan berasaskan bijiran dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kopleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut pyramid makanan, kita disarankan mengmabil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijiran dan ubi dalam sehari. Ini bermakna Rasulullah mengamalkan system pemakanan yang seimbang untuk diikuti.
Hmm..Begitulah pentingnya amalan bersahur ni. Macam maner pembaca-pembaca sekalian? Berdasarkan hadis-hadis di atas telah terbukti bahawa bersahur itu amat lah dituntut dan digalakkan kepada umat Islam yang berpuasa. Jadi saya seru kepada pembaca semua supaya rajin2 lah bangun sahur kerana dalam sahur ade kerberkatannyer. Kalau malas sangat nak sahur tu cukup lah sekadar segelas air kerana ia adalah amalan sahur Nabi Muhammad S.A.W. Mudah kan sahur sebenarnyer. Tak yah bersusah payah untuk masak sedap-sedap. Cukup sekadar air Kosong(klw malas sgt). Selamat beramal dan semoga dipermudahkan dalam mengerja ibdah puasa ini. Ilal liqa’.. Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.
No comments:
Post a Comment