Tuesday, September 6, 2011

Salam Adil Fitri dari Mesir


                Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh keapda semua pemabaca serta pelawat blog saya ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada anda semua. Rasanya belum terlambat kan untuk saya postingkan suasana 1 Syawal di Mesir ini. Kesibukan pada diri ini meghadkan waktu saya untuk meluangkan masa meng”update” blog ini. Harap maaf kepada semua pembaca yer



             Pejam celik… pejam celik…. Rupa-rupanya sudah masuk bulan Syawal kan. Begitu cepat masa berlalu. Sehingga kan pada hari terakhir bulan Ramadhan saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa esok adalah Hari Raya. Mana tak nya, baru 29 hari puasa esok Raya plak. Sepatutnya 30 hari puasa. Namun apakah daya, kuasa tuhan itu tidak sapa yang boleh melawan. Jadi saya pun redho walaupun berat hati untuk meninggalakan bula Ramadhan tersebut.

                                                        Masak Nasi Impit

                Malam raya semua sibuk membuat persiapan raya termasuk lah saya. Mula-mula kami bergotong royong mengemas rumah. Lepas itu, bergotong-royong masak juadah raya untuk esok hari seperti nasi impit dan kuah kacang. Itu jelah yang mampu kami sediakan. Maklumlah orang bujang. Selepas masak masing-masing mempersiapkan pakaian masin-masing. Ada jugak yang ke cc untuk menelefon keluarga di Malaysia. Saya pula mempersiapkan Jubah Raya yang baru di beli. Kene dipendekkan sikit sebab terlalu labuh. Baju melayu raya saya takder. Jadi dah tinggalkan kat negare arab ni, pakai jubah la nampak nyer. Ketika menjahit jubah, teringat adik prempuan saya yang satu sekolah dengan saya tu. Bab jahit-menjahit ni saya serahkan kat adik saya tu. Maklum la abang die ni tak brape pandai nak menjahit. Saya menjahit sampaikan masuk waktu subuh. Memang tak tido lansung malam tu.

              Selepas solat subuh saya bersiap-siap untuk solat Aidil Fitri. Saya dan beberapa kawan saya yang lain bercadang untuk solat raya bersama Saidina Hussein di masjid Saidina Hussuein yang terletak berhamprin dengan Masjid Azhar. Maksud saya yang sebenar solat raya bersama Saidina Hussein adalah solat Aidil Fitri berhampiran dengan makam Saidina Hussien. Maklum la nak solat raya di Masjid Nabawi terlalu jauh sangat. Dapat solat raya di makam cucu baginda pun jadilah. Yang penting Ahli Bait Nabi. Sengaja kitorng tukar angin solat di Masjid Saidina Hussein. Sebelum ni solat raya bersama pelajar-pelajar Malaysia di Masjid Musa. Solat raya macam ni kat Malaysia pun boleh rasa. Alang-alang kite berada kat Mosir ni, ape salahnyer kiter solat raya bersama orang arab. Tapi terpulang la kepadpa diri masing-masing.

                                                          Di Masjid Hussein

               Solat raya di Masjid Hussein memang satu pengalaman baru bagi saya dan kawan-kawan. Orang arab nyer takbir tak sama macam orang Malaysia nyer takbir. Orang nye takbir raya tidak berlagu. Keadaan di dalam masjid terlalu sesak. Bukan setakat orang arab je, bermacam-macam bangsa ada kat dalam masjid ni. Antara yang saya Nampak Pakistan, Indonesia, Tahiland, Negro, dan lain-lain. Semuanya berpakaian raya mengikut negara masing-masing. Bile lihat orang arab plak, pelbagai fesion ada. Ada yang pakai jubah, t-shirt, kemeje dan ada jgak yang gaya mcm takder ape-ape yang berlaku. Doirang tak raye ke…?

                                                   Bersama dengan adik Medic
               

               Selepas solat raya selesai, imam pun menyampaikan khutbah raya. Khutbah di sampaikan dalam bahasa arab. Ada yang mendengar, ada yang terus keluar. Saya pula pikir nak tido je. Maklum la malam tadi tak tido. Saya pun lelap dalam alunan suara khatib yang menyampaikan khutbah(teruk lak ai saya ni). Sedar-sedar je kahtib dah lame habis baca khutbah. Kelihatan orang ramai berebut-rebut memasuki makam Saidina Hussein. Saya dan kawan-kawan saya turut sama ke sana untuk melihat apa yang dibuat oleh arang arab. Dari jauh saya terdengar alunan madeh atau burdah di alunkan di dalam kawasan makam tersebut. Ia membuatkan saya teruja untuk masuk ke kawasan makam tersebut. Sungguh indah alunan burdah yang di alunkan oleh orang-orang arab walaupun saya tidak pernah mendengarnya. Semua orang bersemangat mengalunkan burdah demi burdah seperti meraikan Aidil Fitri ini bersama cucu baginda Saidina Hussein. Sehinggalah alunan burdah terkahir, baru saya dapat “zuk” tambahan kerana burdah ni saya pernah dengar. Memang seronok. Satu pengalaman baru kepada saya dan kawan-kawan beraya “bersama” cucu baginda Saidina Hussein.

                                                 Suasana Masjid Saidina Hussein

                                           Berhampiran Makam Saidina Hussein



                                            Bacaan Madeh di Dalam Kawasan Makam

                  Selepas itu, saya dan kawan-kawan bergerak ke pejabat kedutaan Malaysia atau nama lain nye Asrama Rumah Melayu Abasiah(ARMA). Setiap tahun ARMA akan membuat sambutan raya di sana. Hampir semua pelajar-pelajar Malaysia tidak kira dari bidang pengajian Islam atau Perubatan akan hadir ke ARMA untuk menyambut Aidil Fitri bersama. Walaupun berbeza fikrah namun itu bukan jadi penghalang untuk pelajar-pelajar Malaysia bersama menyambut Aidil Fitri. Apa yang special kat jamuan di ARMA ni adalah terdapatnya SATAY yang sangat dinanti-nantikan. Maklumla la kat Mesir ni mane ade orang jual satay. Jadi bile beraya di ARMA target utama adalah satay. Mase ni lah semua akan memenuhkan perut masing-masing. Selain itu, hidangan lain nya seperti biasa makanan raya serta kueh raya. Cuma lemang je tak der. Maklum la kat Mosir ni tak der buluh dan beras pulut pun tak der jgak.

                                                    Suasana  Raya di ARMA

                                                      Kenangan beraya di ARMA

              Balik dari jamuan raya di ARMA, kitorang pergi ke rumah kawan-kawan yang mengadakan rumah terbuka. Ade yang 5 buah rumah bergabung wat Open House. Ada juga yang wat Open House mnengikut rumah masing-masing. Memang meriah. Sampai ke malam ada jemputan Open House. Naik kembung perut ni.

                                                  Open House di rumah kawan

                                       Makan dalam dulang, Ukhwah kami...

                                          Open House di Rumah Mutazawijin

                Begini lah beraya di perantauan. Tidak sama suasananya di Malaysia. Namun tetap meriah walaupun tiada kehadiran keluarga di sisi kami. Hanya kawan-kawan sahaja lah peganti keluarga yang berada jauh di mata. Kami semua seperti satu keluarga. Pada hari Raya ini kami semua bermaaf-maafan seperti kami pernah lakukan ketika beraya bersama keluarga di Malaysia. Ziarah-menziarahi ketika rumah terbuka menjadikan Aidil Fitri di sini meriah sangat seperti Aidil Fitri Di Malaysia. Disamping itu, ukhwah sesame kawan-kawan dapat di eratkan lagi. Boleh dikatakan rindu Aidil Fitri bersama keluarga tidak terasa sangat kerana kehadiran kawan-kawan di sekeliling. Tapi ada juga yang bersedih di pagi raya kerana teringat keluarga di Malaysia. Biase la tu… o.k lah sampai di sini lah coretan Aidil Fitri saya. Insya’allah kita berjumpa di lain waktu. Selamat Hari Raya dan Salam Aidil Fitri.


No comments:

Post a Comment