Saturday, September 17, 2011

Syawal: Puasa Enam



           Assalammulaikum warahmatullahhi wabarokatuh kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam rahmat Allah. Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu di ruang maya ini lagi. Sedar tidak sedar, rupa-rupanya kita semakin hampir ke penghujung Syawal. Sudah anda melakukan “Puasa Enam”? Puasa enam hari dalam bulan syawal amat dikenali sebagai “Puasa Enam” dalam kalangan orang Islam Malaysia. Puasa enam digalakkan kepada umat Islam untuk dilakukan kerana terdapat banyak kelebihannya.

Kelebihan Berpuasa Enam

1.    Ketahuilah bahawa berpuasa sunat enam hari di bulan syawal selepas berpuasa fardhu di bulan ramadhan diumpamakan seperti berpuasa setahun penuh.         قال الرسول الله صلى الله عليه وسلم: صيام رمضان بعشرة اشهر, وصيام ستة ايام بشهرين, فذلك صيام سنة.
Maksudnya: Puasa ramadhan sperti berpuasa selama 10 bulan, dan puasa 6 hari (iaitu Syawal) seperti berpuasa 2 bulan, maka demikian seprti berpuasa setahun.


2.    Puasa enam adalah sebagai tanda puasa fardhu kita di bulan ramadhan diterima Allah S.W.T. kerana apabila Allah menerima amalan seseorang itu Dia akan membantu dan permudahkan untuk melaukan amalan dan ibadah yang lain. Contohnya solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu serta puasa sunat selepas melakukan puasa fardhu.

3.    Puasa enam ini juga adalah bukti dan tanda syukur kita kepada Allah kerana kerana telah diberi taufiq dan hidayah untuk melakukan puasa penuh fardhu ramadhan serta tanda syukur kita  kerana telah diampunkan dosa-dosa(dosa kecil) kita yang lepas. Begitu juga Rasulullah S.A.W walaupun telah diampun dosanya yang lalu dan akan datang tetapi tetap bersungguh untuk melakukan ibadah sebagai tanda syukurnya sehingga bengkak kaki baginda. 


4.    Puasa enam ini juga melambangkan kita suka kepada kehadiran bulan ramadhan dan kefardhuan berpuasa. Kebiasaannya ramai umat Islam Malaysia gembira apabila berakhirnya ramadhan kerana tidak perlu lagi untuk menahan diri dari makan dan minum. Orang yang berpuasa enam membuktikan bahawa dia suka berpuasa dan kefardhuan berpuasa adalah bukan satu beban bahkan ia satu nikmat yang tidak dapat dirasai oleh orang lain.

            Konklusinya, pada bulan syawal ini marilah kita merebut kelebihan-kelebihan yang ada pada puasa enam. Mari kita tunjukkan rasa terima kasih kita kepada Allah di atas taufiq yang telah diberi kepada diri kita. Kita lihat bagaimana Habibina Muhammad S.A.W bersungguh menyatakan syukurnya kepada Allah. Bagai mana pula dengan kita? Malu rasanya diri kita ini jika kita tidak mempunyai kesungguhan seperti habibuna Muhammad S.A.W. yang telah dijamin ke syurga sedangkan kita setiap saat melakukan dosa. Jadi marilah kita berpuasa enam sebelum berakhirnya bulan syawal ini. Wallahu a’lam. Assalammualaikum waraohmatullahi wabarokatuh. 


No comments:

Post a Comment