Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh kepada semua pembaca serta pelawat blog saya ini dan salam Aidil Fitri. Rasanya suasana Aidil Fitri di Malaysia masih terasa begitu juga di Mesir tetapi suasana itu hanya dapat di rasai oleh rakyat Malaysia je. Rakyat Islam Mesir khususnya orang arab hanya berhari raya 2-3 hari sahaja. Jadi sekarang ni mereka telah meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Berbeza dengan rakyat Malaysia yang menyambut Aidil Fitri sebulan. Maklum la Puasa sebulan, raya pun kene sebulan jgak Orang cakap la, bukan saya cakap la.
Suasana Aidil Fitri di Mesir masih terasa sehingga sekarang. Open House boleh dikatekan masih ada dibuat oleh pelajar-peljar Malaysia di sini. Sekarang ini saya ingin menceritakan jaulah saya mengelilingi Mesir untuk melihat pelajar-pelajar Malaysia si sini menyambut Aidil Fitri. Apakah yang mereka buat untuk menyambut Aidil Fitri?
Pada raya pertama, kebanyak pelajar yang berada di Mesir termasuk lah saya akan berkumpul di pejabat kedutaan Malaysia atau nama lainnya Asrama Rumah Malayu Abasiah (ARMA) di Kaherah. Kebiasaannya ARMA akan mengadakan program sambutan Aidil Fitri buat pelajar-pelajar di pelembahan Nil ini. Masa ini lah hampir semua pelajar dari pelusuk Mesir datang berkumpul untuk menyambut Aidil Fitri. Memang meriah. Semua pelajar berpakaian Raya mengikut cara masing-masing. Kebanyakkan nya berpakain baju malayu lengkap bersamping dan ada juga yang menjadikan jubah sebagi baju raya seperti saya ni. Pelbagai hidangan disediakan di samping terdapatnya beberapa persembahan nasyid dari pelajar-pelajar Malaysia. Jamuan di ARMA special skit sebab dihidangkan Satay yang menjadi rebutan pelajar-pelajar di sini. Maklum la kat Mesir ini tak der orang jual satay. Jadi masa ini je lah kami dapat merasa satay ni.
Suasana raya di ARMA
Meriah sambutan raya di sini
Selain itu, pada raya pertama juga pelajar-pelajar Malaysia ada yang mengadakan Rumah Terbuka. Selepas saya dan rakan-rakan balik dari jamuan raya di ARMA, kami telah pergi ke rumah rakan-rakan yang mengadakan Open House. Ada antara mereka bergabung 4-5 buah rumah untuk mengadakan rumah terbuka. Ada juga yang membuat rumah terbuka sendirian seperti rumah mutazawijin(orang dah khawin). Pelbagai hidangan yang mereka sediakan. Antaranya nasi impit, nasi minyak, mee, kauh kacang, masak lodeh, rendang, roti jala, pegedil dan kueh serta biskut raya. Dari pagi hingga ke malam asyik makan jer. Sampai kembung la perut ni.
Open House di rumah kawan
Ukhwah terselah
Pada raya ke-2 bermulanya pula sambutan aidil fitri anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) iaitu sebuah persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir. Majlis berlansung sehingga raya ke-3. Banyak aktiviti terdapat ketika program berjalan. Antaranya pertandingan futsal, belon air, pertandingan nasyid, teke lirik dan sajak. Pada raya ke-3 tersebut diadakan rumah terbuka peringkat persatuan. Ramai yang hadir ketika rumah terbuka tersebut termasuk pelajar-pelajar dari negeri lain. Pada malamnya pula majlis penutup serta sedikit penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan. Ketika program sambutan raya ini, saya telah menyertai pertandinagn sajak. Memang malu la. Maklum la dah lama tak test power. Mase skolah menengah dulu ade jgak masuk pertandingan sajak stakat naib johan MASKAN Negeri Sembilan je. Walaupun kalah, namun saya berpuas hati sebab ramai yang menyukai persembahan saya. Sehinggakan masa majlis penutup saya diminta untuk membuat persembahan sajak atas permintaan ramai.
Pada raya ke-5 pula, seawal 7pagi, saya bersama beberapa orang rakan telah bergerak menuju ke muhafazah Zagazig yang terletak kira-kira 2jam perjalanan dari Kaherah. Setibanya kami di Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) sedang mengadakan sambutan Aidil Fitri. Terdapat banyak aktiviti dijalankan antaranya persembahan nasyid, pentomen, dan yang paling menarik perhatian saya adalah persembahan bacaan madeh atau burdah dari kumpulan yang diketuai Sheikh Hussni Genting. Memang seronok. Sungguh merdu alunan madeh yang didendangkan mereka. Selepas itu majlis diteruskan dengan sedikit ucapan dari Doktor kuliah perubatan Universiti Zagazig yang turut hadir ketika itu. Akhir sekali program berakhir dengan jamuan raya pada 12.00 tgh hari.
Kumpulan Sheikh Husni membuat persembahan Madeh
Ni lah antara hidangan raya di sini
Selepas solat asar, kami bergegas menuju ka muhafazah Tanta untuk menghadiri program sambutan raya yang diadakan pada sebelah malamnya. Program sambutan raya di sini pula telah dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Dikahabarkan majlis sambutan raya di sini telah di support oleh orang arab. Program bermula selepas Isya’. Dari mula program hingga la ke akhir program tidak putus-putus kami dihidangkan pelbagai juadah. Terdapat banyak aktiviti ketika majlis berlansung antaranya persembahan lakonan dari seorang pelajar, persembahan nasyid dari pelajar pengajian islam dan pelajar perubatan serta cabutan no bertuah serta permainan kotak beracun. Majlis berakhir kira-kira pukul 11.00 malam. Selepas itu saya membawa rakan-rakan saya ke rumah saya yang terletak tidak jauh dari tempat majlis tersebut. Buat pengetahuan semua saya sebenarnya tinggal di Tanta dan kuliah saya pun di Tanta. Cume waktu cuti ni lepak kat Kaherah.
2 orang pengacara majlis yang memeriahkan suasana
Bergambar bersama rakan-rakan ketika Majlis raya di DPM Tanta
Pada raya ke-6, pada mulanya kami merancang untuk menghadiri majlis sambutan raya di muhafazah Iskandariah atau nama lainnya Alexandarian. Namun hasrat tersebut dibatalkan kerana terdapat beberpa mushkilah. Jadi untuk mengisi masa lapang yang ada, saya membawa mereka mealwat Masjid Sayid Ahmad Badawi yang terletak di pekan Tanta. Selepas Zohor, kami pun bertolak ke muhafazah Mansurah pula dengan menaiki kereta api untuk menghadiri majlis sambutan Aidil Fitri di sana yang bermula selepas isya’. Perjalan ke Mansurah mengambil masa 1.30jam.
Di dalam kereta api
luar buruk dalam lawa tau, sejuk lagi tu
Kami tiba di muhafazah Mansurah ketika waktu asar. Di sana, kami telah dismabut oleh pelajar Selangor yang belajar di sana. Mereka telah membawa kami berehat di rumah mereka. Pada sebelah malamnya, kami telah menyertai majlis sambutan hari raya di markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah (DPMM). Markaz DPMM sesak dipenuhi pelajar darai Mansurah dan juga dari muhafazah lain. Sehinggakan ada yang duduk di luar markaz. Terdapat pelbagai acara telah di aturkan untuk memeriahkan majlis pada malam itu. Antaranya persembahan nasyid, cabutan no bertuah, sesi ta’ruf pelajar-pelajar luar dari Mansurah. Jamuan pun boleh tahan juga. Nasi Minyak lauk ayam. Selepas itu, kami semua pulang ke Kaherah dengan menaiki 2 buah van yang disewa pada pukul 12.00 tgh malam.
Ketika majlis sambutan raya di DPM Mansurah
Bergambar bersama di akhir majlis Aidil Fitri
Begitu lah jaulah raya saya bersama kawan-kawan di sekitar Mesir. Memang raya sakan saya tahun ni. Kalau di Malaysia mesti minggu pertama ni jalan beraya ke rumah saudara mara tapi kami di sini berjalan raya ke muhafazah(negeri) yang berada di Mesir untuk beraya bersama pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Mesir. Begitu lah cara kami menyambut Aidil Fitri dengan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan ukhwah sesame kami. Secara tidak lansung, kerinduan beraya bersama keluarga dapat di ubati disebabkan ukhwah yang terjalin antara kami. Rakan-rakan lah menjadi peganti keluarga yang tiada di sisi. Semoga ukhwah kami berkekalan selamanya. Salam Aidil Fitri. Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.
No comments:
Post a Comment