Pelajar-pelajar yang tidak mengambil peperiksaan tersebut di Malaysia diwajibkan untuk mengambil peperiksaan itu di Mesir .
Mereka yang gagal didalam ujian tersebut akan menjalani Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.
Peperiksaan kelayakan ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar sebelum menerima sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar yang memerlukan kepada kefahaman bahasa Arab yang tinggi.
"Pihak PMRAM melalui Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa akan mengadakan beberapa program pendidikan bagi membantu meningkatkan taraf akademik pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan kelayakan di Mesir" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan.
Sumber: PMRAM
Pesanan:
Kepada semua pelajara yang bakal ke Mesir, sila ambil perhatian. Imtihan Qabul ini telah berjalan bermula pada hari ini dan akan berkahir pada 8 September 2011. Jadi kepada yang belum berdaftar dan menduduki imtihan qabul diharapkan dapat menghadikan diri ke The Royale Chulan, KL.. Dikabarkan bahawa rektor al-Azhar turut berada di sana. Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Kelayakan Universiti Al-Azhar di sini . Segala maklumat lanjut boleh la melayari laman web Yayasan Sofa.
Diharap semua pelajar dapat bersabar dan bertenang, Banyakkan lah berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Wassalam....
No comments:
Post a Comment