Tuesday, September 6, 2011

Kelas Tamat

              
               Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh. Semoga semua pembaca dan pelawat blog ini dalam keadaan sihat wal afiat. Bersykur kita kehadrat Allah kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di muka bumi ini. Sedar atau tidak kita telah sampai ke pertengahan Ramadhan yang mulia ini. Begitu pantas masa berlalu. Rasanya seperti baru sahaja semalam memulakan ibadah puasa. Namun apakah daya begitulah peredaran masa. Masa akan terus berlalu tanpa kita sedar jadi kita lah sepatutnya yang mengejar masa. Jangan sampai ia terlepas dari genggaman kita. 

          
           Begitu juga perjalanan kelas Tafaquh Fiddin oleh Sheikh Nuruddin yang telah tamat pada 14 Ramadhan yang lepas. Begitu cepat kelas Tafaquh Fiddin kali ini tamat. Tidak seperti tahun sebelum ini, kelas Tafaquh Fiddin berjalan sehingga hujung Ramadhan. Dikhabarkan bahawa pada pertengahan Ramadhan Sheikh Nuruddin ada jemputan ke Malaysia, jadi kelas Tafaquh Fiddin kali boleh dilakukan sehingga pertengan Ramadhan sahaja. Rasa tidak puas pula. 

        
            
                 Namun begitu, kelas tafaquh ini sungguh bermanfaat kepada kami di sini kerana banyak ilmu yang boleh kami pelajari. Dari segi tasawuf, fiqh, kisah auliya’ullah, dan di samping itu mengkaitkan dengan isu-isu semasa. Secara tidak lansung ia dapat menambah pengetahuan semasa dunia kepada kami.

               
            Perjalanan kelas tafquh berjalan dengan lancar. Kelas tafaquh yang dilakukan pada waktu petang dan malam menguji kesungguhhan kami dalam menuntut ilmu terutma kelas pada waktu petang. Dengan pancaran terik matahari di bulan puasa ini sungguh menguji semangat kami untuk menghadiri kelas tafaquh. Tidak semua yang mampu untuk ke kelas tafaquh pada waktu petang. Tetapi saya paksakan diri untuk menghadiri kelas pada waktu petang kerana kitab yang di ajar terdapat pada waktu petang dan malam. Kadang-kadang sheikh akan mengajar lebih masa dengan membuka kitab yang tidak dijadualkan pada waktu itu. Rugi la kalau tertinggal pengajian.

            
                
            Ketika kelas berjalan, Sheikh Nuruddin sangat mementingkan adab berguru. Pantang larang ketika berada di kelasnyer mesti di patuhi. Antaranya sheikh tidak suka sebarang gangguan ketika kelasnya berjalan. Sebelum memulakan kelas semua pelajar di minta mematikan handphone masing-masing supaya tidak mengganggu perjalanan kelas. Selain itu, sheikh tidak suka pelajar-pelajarnyer banyak menggerakkan kaki kerana ia boleh menganggu perjalanan kelas sheikh. Pada kelas tafaquh tahun lepas pernah seorang pelajar di halau dari kelas. Saya tidak pasti sebabnya mungkin pelajar tersebut membuatkan sheikh tidak senang dan meganggu pengajian. Sebab itu saya sering duduk jauh dari sheikh untuk mengelak kemarahan sheikh sebab kaki saya jenis yang tidak boleh duduk diam. Maklumla kaki sukan. Mana boleh duduk diam.

            Kelas tafaquh Sheikh Nuruddin mamang seronok. Cara penyampaian dan pengajarannya menyebabkan pelajar-pelajar tidak cepat bosan. Di samping menyampaikan ilmu, sheikh ada juga menyelitkan lawak jenaka untuk menjadikan kelas ceria. Saya masih teringat antara usikan yang pernah di sebut sheikh ketika mengajar kitab Manaqib Imam Syafie yang berbunyi: Mesir ni bagus untuk orang lelaki. Imam Syafie tidak mempunyai keinginan kepada perempuan sebelum sampai ke Mesir. Tetapi selepas beliau berada di Mesir, keinginan tersebut telah wujud sehinggakan beliau mendapat 2 orang anak dengan seorang hamba. Tu baru hamba, kalau hurriyah(perempuan yg bebas) lagi la plak. Jadi saya pesan kepada orang lelaki kalau nak balik Malaysia tu bawak la balik ole-ole dari Mesir. Orang prempuan jangan cemburu tau. Kalau orang prempuan cemburu, lelaki boleh la sekali 2 orang… apa salahnyer….tergelak semua pelajar mendengarnya. Faham tak..? kalau tak faham wat2 faham la yer…

              
           
             Hmm… tu la di antara lawak jenaka sheikh yang saya ingat ketika mengikuti kelas tafaquh. Tetapi, bila sheikh bercakap mengenai adab, riak mukanya akan berubah menjadi serius, kerana sheikh sangat menitik beratkan adab ketika menuntut ilmu. Pernah tahun lepas Sheikh Nuruddin ketika pengajian tafaquh Sheikh pernah menghalau seorang pelajar. Tak tau la sbb apa. Mungkin berkaitan dengan adab kot. Tu sebab bile kelas berjalan saya takut untuk duduk berdekatan dengan Sheikh Nuruddin. Takut nanti menimbulkan kemarahan sheikh sebab kaki saya ni tak boleh duduk diam maklumlah kaki saya ni kaki sukan tak boleh duduk diam.

         
        Pada tarikh 14 Ogos 2011, Sheikh Nuruddin di jadualkan pulang ke Indonesia selepas zohor. Tetapi sebelum sheikh pulang, sheikh sempat mengadakan kelas sebentar untuk memberi kalam-kalam terakhir sebelum sheikh pulang. Ketika sheikh hendak ke airport, ramai yang berkerumun untuk bersalam dengan sheikh. Saya pun trurut berkerumun tapi tak dapat menyalamnya sebab terlalu ramai orang. Apa-apa pun saya doakan perjalanan sheikh berjalan dengan lancar dan selamat sampai destinasi yang di tuju. 

       
         
           O.k la sampai sini saje coretan saya kali ini. Semoga kita dapat berjumpa di lain waktu ye. Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

No comments:

Post a Comment