Wednesday, November 19, 2014

Ragam Tahun 4 Hadis

               
             Alhamdulillah syukur kita di atas kurnian tuhan sekalian alam atas nikmat Iman dan Islam , selawat dan salam juga buat junjungan mulia  habibuna saidina Muhammad S.A.W serta ahli2 keluarga baginda dan para sahabat kesemuanya.

     Hari ini dalam jadual ada 2 madah (matapelajaran) tapi kawan arab bagi tau jadual bertukar bahawa hari ini ade 3 madah dan madah terakhir adalah madah Mukhtalif Hadis. Nampaknye dari pagi sampai asar la kelas aku hari ini. Habis je waktu madah ke-2, aku terus bergegas ke musolla (surau) kuliah Usuluddin yg berada di sudut bangunan. Memandangkan aku sudah berwuduk dari rumah maka aku terus la solat zohor berimamkan pelajar arab yg solat jama’ kasar. Mungkin die ni tinggal jauh dari sini sehingga dia boleh solat jama’ kasar. Tinggi mujahadah diorg tuk dtg belajar. Malu klw kite yg tinggal dekat tak dtg kuliah. Lagi malu kite dgn doktor(pensyarah) yg dtg mengajar kebanyakan dtg jauh2 tapi kite ponteng kuliah.


            Setelah selesai solat zohor, aku bergegas terus ke dewan kuliah takut terlambat masuk plak. Segan klw masuk bile doktor sedang mengajar sebab aku sorg je pelajar Malaysia dalam kelas tu. Nnti semua tengok aku masuk. Mcm artis la plak Hehehehe… Nasib baik doctor tak sampai lagi. Aku pun skodeng2 la dlm kelas tu tuk melihat sape yg ade. Nampaknya sudah ramai yg balik. Yang tinggal hanya ketua kelas   sebilangan kecil pelajar sahaja yg rata-rata boleh diketogerikan sebagai pelajar yg rajin2. Maklum la masa ke-3 ni dah petang. Ramai la yg lari balik sbb tak tahan duduk lame2 dalam kelas tu.


            Sedang asyik aku mengintai dalam kelas tiba2 kawan arab panggil masuk. Aku pun masuk la ke dewan kuliah. Lepas tu ade sorg pelajar berdiri dihadapan dengan lagak seorg M.C mepersilakan salah seorang pelajar untuk berkhutbah dihadapan. Pelajar pertama berkhutbah mengenai bulan2 haram dalm Islam. Dengan penuh semangat berkhutbah bagaikan seorang doktor yg sedang menagajar pelajar2nya. Sebab dinamakan, kelebihan dan dalil dalam quran dan hadis mengenai bulan2 haram tersebut. Bagus huraiannya. Kadang2  ade yg mengacau dgn bertanya soalan2 dan tidak kurang yg gelak2.

            Selepas habis nya pelajar pertama berkhutbah, M.C mempersilakan pengkhutbah ke-2 ke hadapan. Pelajar kali ini berkhutbah mengenai Taubat. Muqadimah khutbah yg sungguh sedap didengar dan jelas sebutan kalimah menjadikan semua kusyuk mendengarnya termasuk aku. Antara  nasihat yg diberi dalam muqadimah ialah “pilih la kawan sebagai sahabat kita yg boleh membawa kita keluar dari kegelapan (maksiat)”. Apa yg saya ingat dalam khutbahnya menyuruh kita untuk sentiasa bertaubat kerana kita seringkali melaukan dosa. Jgn sesekali menangguh taubat sbb mati dtg tidak kira tua muda.

 Dalam khutbanya, dia ada menyebut satu hadis yg bermaksud “akan datang waktunya umatku mencintai 5 perkara dan melupakan 5 perkara yg lain iaitu: cintakan dunia lupakan akhirat, cintakan harta lupakan hisab (perkiraan dosa pahala), cinta makhluk lupa Allah, cinta dosa lupa taubat, cinta gedung2 mewah lupa kubur.” Permula khutbahnya sehingga pertengahan khutbahnya cantik sbb die berkhutbah dlam bhs arab fushah (baku) tapi pada akhir khutbah telah bertukar ke bhs arab ammiah (pasar). Hilang sudah kekunsyukan ku mendengarnya.


            Selesai pengkhutbah ke-2 memberi khutbah, M.C mempersilakan pengkhutbah ke-3 ke hadapan. Tapi tiada yg tampil ke hadapan tuk berkhutbah. Maka berlaku adegan pujuk memujuk tuk memberi khutbah. Merek berpakat dgn mengelilingi tuk memujuk seorg pelajar yg duduk disebelah aku tuk berkhutbah. “ya Abdul rahman, fa tuqoddam lil khutbah.” Abdul Rahman yg berkopiah serta berjubah kelabu  menolak pelwaan tersebut. Mungkin malu kot.  Tetibo plak ado yg jual namo den. “ya Qusyairi fa taqoddam lil khutbah. Nahnu nurid an nasma’ khutbah min malizi”. Aku dongan tersenyum lebar menolat pelwaan tersebut “la.. la…”, sambil menekup muka di atas meja. Hati kecil ku berkate, “tak dapek do den nak khutbah kat dopan tu. apo den nak cegabih nnti”.

            Tibe-tibe salah seorang dari kami ke hadapan dengan membawa senaskah quran. Rupanya dia hendak bertilawah. Maka bermula la bacaannya dgn kalimah “a’uzubillahhi minassyaitonnir rojim..” dengan begitu kuat seperti seorang qari sedang mepersembahkan bacaan quraanya  di hadapan jutaan pendengar  yg hadir pada pertandingan  tilawah al-quran peringkat antarabangsa. Sedang kusyuk si “ qori” melagukan bacaan qurannya, tetiba ada seroang “pendengar” yg membuat kacau sehingga lari bacaan “qori” tersebut. Maka tertawa la semua “pendengar” apabila mendengar bacaan yg sumbang tersebut. Hahaha…. Macam2 la diorg ni.. Lepas tu doktor pun sampai. Bermula la pembelajaran Mukhtalif Hadis.

            Walaupun kadang2 aku sorg je pelajar Malaysia dlm kelas, tapi aku tak terasa terasing sbb mereka semua baik dgn aku. Kadang2 kalau aku tak paham apa yg dokotor tulis di whiteboard, ade yg menawarkan diri tuk tuliskan untuk aku. Nota2 yg doctor baca selalunya aku tak sempat tulis sbb doctor baca laju sgt. Nasib baik ketua  kelas aku baik. Setiap nota2 akan di tulis balik pada kertas kajang dan di Photostat. Kemudian die beri kpd aku atau kpd org lain. Nak ikutkan aku tak la kuat mane lagi2 bile sorg demi sorg sudah pergi meninggalkan ku di bumi Tanta. Pergi balik kuliah sorg2. Huhuhuhu.. nak wat mcm mane, redah je la… berlakon mcm tak de ape2.. buat2 kuat walaupun diri ku tak kuat mane nak hadapinye.. ini la dugaan penuntut ilmu di bumi org. moge Allah permudahkan pembelajaran aku di tahun akhir ni dan juga kawan2 ku yg lain. Semoga berjumpa lagi… wassalam.

ni rakaman pengkhutbah pertama:

No comments:

Post a Comment