Assalammualaikum kepada semua pengungjung blog “Maca2ada” ini. Semoga semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmatNya. IMTIHAN, EXAM, PEPERIKSAAN.. wow…. Gerun bile dengar kalimah-kalimah ini. Satu fatrah (tempoh masa) yang cukup menguji ketahanan fizikal, mental dan spiritual pelajar. Pelbagai macam ujian datang bertandang pada waktu ini- buku yang banyak nak dibaca, hak-hak dengan ahli beit yang tak tertunai, emosi yang tidak berapa stabil- kadang-kadang rasa penat menghadapi fatrah ni, tetapi inilah hadiah dari Allah buat kita, tidak lain sebagai menguji keimanan kita, kerana di hujungnya kita akan mendapat ganjaran hasil kesabaran dan penat lelah kita – kalau tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak.
Bagi pelajar-pelajar Mesir, sekarang ini mereka sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Imtihan yang bakal menjelang. Bagaimanakah persiapan anda sekalian untuk menghadapinya? Adakah cukup sekadar mengulangkaji pelajaran dari kulit ke kulit? Berjaga lewat malam semata-mata untuk menghabisakan semua kitab? Jawapan saya TIDAK. Mungkin ada antara kita terlepas pandang factor utama kejayaan seseorang dalam imtihan. Saya pun bukanya berjaya sangat dalam pelajaran tapi sekadar peringatan kita bersama supaya kita dapat memperbaiki diri kita masing-masing.
Selain memperbetulkan niat berlajar Lillahhi ta-ala (kerana Allah) apa yang saya hendak tekan kan disini mengenai hablum minallah wa hablum minannas iaitu hubungan kita kepada Allah dan hubungan kita sesama manusia. Apa yang saya nampak, di sini lah kebanyakkan pelajar-pelajar tidak kira pengajian Islam atau perubatan mengambil mudah dan tiada ihtimam mengenai perkara ini. Ini lah menjadi punca utama kepada kegagalan kita dalam imtihan.
Hamblum Minallah
Hamblum minallah atau hubungan kita dengan Allah adalah aspek paling penting perlu dijaga sebagai hamba Allah. Apa yang dimaksudkan hubungan kita dengan Allah adalah mengenai tanggungjawab kita kepada Sang Pencipta seperti solat fardhu, puasa bulan ramadhan dan tangunggjawab lain yang kita sedia maklum sebagai Muslim. Tanggungjawab kita kepada Allah perlu dijaga bukan ketika imtihan sahaja malahan setiap masa. Apa yang saya lihat disini, kebanyakkan pelajar-pelajar disini tidak ihtimam mengenai ketepatan waktu solat. Allah befirman : ” إِن الصلوة كانت على المؤمنين كتبا موقتا” surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud “Sesungguhnya solat itu adalah satu kefardhuan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.
Maknanya disini sesiapa yang tidak ihtimam terhadap waktu solat dengan sengaja melewatkan waktu solat dia adalah kalangan orang-orang yang tidak beriman. Bila ada liqo’ bersama manusia waktu mesti tepat takut kena marah, tapi bila liqo’ dengan Sang Pencipta sengaja di lambat-lambatkan. Terutamanya bila masuk waktu solat subuh, masing-masing liat nak bangun sebab tidur lewat malam(bukan semua tapi segelintir pelajar). Dah tahu bangun lambat boleh lagi baring-baring. Tiada lansung perasaan takut dalam diri. Lepas itu, solat macam “ayam patuk tanah cari makan”. Tiada toma’ninah lansung dalam solat. “Biar betul pelajar Mesir solat macam ni. Malu lak ai”. Solat jema’ah jangan cakap la kalau ketepatan waktu solat pun huru-hara. Biah solehah yang cuba diterapkan dalam diri pelajar-pelajar disini seperti tidak berkesan. Bila keluar natijah imtihan yang tidak seberapa, merungut. “Macam mane bolah gagal ni? Aku bace semua kitab dari kulit ke kulit. Macam mana Allah nak bagi kejayaan kalau hubungan dengan Allah “teruk”. Natijah pun teruk la dapat.
Hablum Minannas
Hablum minannas atau hubungan sesame manusia adalah salah satu factor penting yang perlu dijaga. Hidup bermasyarakat perlu lah menjaga setiap aspek hubungan baik sesame manusia untuk mewujudkan satu kehidupan yang harmoni. Hubungan baik antara ibu bapa, kawan-kawan, ahli bait, pensyarah-pensyarah dan jiran-jiran perlu dijaga dengan sebaik munkin.
Saya kecil kan skop hablum minannas ini kepada kehidupan seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar, masa serta hubungan kita banyak dihabiskan bersama kawan-kawan serta shabat-sahabat sepengajian terutama yang merantau di luar negara. Apabila tinggal satu rumah bersama sahabt-sahabat yang lain, tanggungjawab serta hak mereka perlu ditunaikan seperti menjaga hati mereka, tidak membuat mereka marah atau kurang selesa dengan tingkah laku kita. Sebaik-baik manusia itu adalah memberi manfaat kepada manusia yang lain. Bukannya menyusahkan orang lain. Satu sikap yang pasti semua orang tidak suka apabila ada diantara sahabat kita mempunyai sikap malas yang agak melampau. Seperti malas untuk mengemas alatan dapur selepas menggunakannya. Lepas makan letak pinggan dengan cawan dalam singki tanpa membasuhnya. “ingat ada orang gaji ke nak basuh!”. Sampaikan ada di rumah sahabat-sahabat menampal nota ingatan dengan menggunakan ayat-ayat pedas antaranya “Kemas serta basuh alatan dapur setelah digunakan. Jangan tunggu sampai berkulat pula”, “Jangan lupa tuk basuh pinggan korang,. Takde orang gaji kat rumah ni nak basuh pinggang korang tu”.
Lagi satu, bila tinggal sebilik dengan sahabat lain, kebersiahan bilik kena lah dijaga. Takut apabila sahabat kita tension tengok bilik bersepah-sepah dengan pakaian kita, dia campak je kat luar rumah semua pakai yang bersepah tu. Selain itu, perasaan sahabat kita perlu dijaga dari segi kata-kata serta perbuatan kita. “Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan”. Hati manusia ini sungguh sensitive dan ia perlu dijaga. Tidak kira lelaki atau perempuan, apabila ada kata-kata yang membuat mereka kecil hati atau marah bolah mewujudkan satu hubungan yang tegang dan tidak tenteram. Terutamanya ketika fatrah imtihan ini, dengan tekanan imtihan serta ketidak stabilan mental menyebabkan sesorang itu mudah termakan hati dan marah. Sekiranya berlaku keadaan seperti ini, kita perlu memohon maaf kepada sahabat kita itu. Takut nanti dia doa bukan-bukan(gagal imtihan ke) kita yang merana.
Kesimpulannya Hablu minallah wa Hablu minannas perlu di ambil berat dan jangan di pandang remeh sepanjang hidup kita, bukan semasa imtihan sahaja. Cerita yang berkaitan di atas adalah realiti yang berlaku kepada segelintir pelajar-pelajar Mesir. Bukan tujuan saya untuk membuka aib tetapi sebagai muhsabah kepada kita bersama supaya apabila kita pulang ke Malaysia nanti tidak menjadi satu fitnah kepada kita. Saya mohon maaf di atas kesiliapan serta kekasaran dalan tulisan saya ini. Saya berdoa semuanya berjaya dangan cemerlangnyer didalam Imtihan masing-masing. Ilal liqa’ semoga berjumpa lagi di posting akan datang. Assalammualaikum…..
No comments:
Post a Comment