KAHERAH - Ketua Biro Politik gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية), Khaled Meshaal melahirkan rasa bimbang dan sedih tragedi yang menimpa di Imbaba, Giza Mesir, seraya menggesa pemuda revolusi Mesir bertindak bagi hentikan fitnah.
Menukil laporan dari surat akhbar Al-Ahram Mesir, bertajuk, '12 baki sisa Parti Kebangsaan Demokratik di sebalik fitnah Imbaba' bahawa 12 suspek tertuduh dari kalangan muslim dan masehi yang ditangkap didakwa mencetuskan provokasi dan fitnah di Imbaba. Kesemua mereka dipercayai dari bekas menganggotai Parti Kebangsaan Demokratik yang telah dibubarkan.
Berbalik rasa bimbang dan risau, Khaled Meshaal berkata sedemikian ketika dalam satu pertemuan antara delegasi HAMAS dengan delegasi yang mewakili anggota Jawatankuasa Penyelaras Revolusi, gabungan utama barisan revolusi Mesir, gabungan pemuda revolusi, pendokong revolusi Mesir dan Majlis Pengawasan Revolusi.
Ketua Biro Politik HAMAS turut mengungkapkan rasa gembira dapat bertemu dengan barisan pemuda revolusi dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam, malah terus-terang beliau berkata, merasai hari-hari yang penuh mendamaikan dalam hidupnya di Mesir.
Perbualan kedua-dua belah pihak berkisar revolusi 25 Januari dan mengenai peringkat(proses) perubahan yang dilalui Mesir. Juga menumpukan proses yang dilalui pemuda revolusi satu peringkat yang dipenuhi kesukaran, iaitu proses untuk 'membina'.

Beliau menegaskan bahawa HAMAS tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal mana-mana Negara Arab dan, beliau menyangkal desas-desus yang mengatakan sewaktu revolusi wujudnya penyokong-penyokong HAMAS di kalangan demonstran(penunjuk perasaan). Tegas lagi, HAMAS dan semua penduduk Palestin harap Mesir mencapai kemajuan serta kemakmuran.
Pemimpin tertinggi gerakan HAMAS juga menyebut antara sebab penting berlakunya perubahan yang drastik dalam usaha baik pulih dalaman Palestin, oleh itu, Palestin tidak boleh melupakan revolusi Mesir. Harapan yang beliau ungkapkan, Palestin amat berharap Mesir berperanan kembali di rantau ini dan semua Negara Arab wajar berdiri teguh di sisi Mesir sehinggalah keadaan betul-betul pulih. Sumber 10/05/2011, web berita safa.ps , suratkhabar Al-Ahram(Mesir) dan blog MAP 2 STREET.
No comments:
Post a Comment