Sunday, June 12, 2011

Sape Kata Kami Gagal?

           Assalammualaikum kepada semua pembaca serta kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian. Semoga semuanya sihat sejahtera serta sentiasa dalam mardhotillah. Pada minggu lepas telah keluar satu kenyataan di akhbar tempatan( Malaysia) mengenai “Kegagalan Pelajar Malaysia di Al-Azhar”. Apabila saya membaca artikal ini, saya berasa sedikit marah serta tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan artikel tersebut yang menyatakan punca kegagalan pelajar Malaysia di al-Azhar adalah kelemahan dalam menguasai bahasa arab. Walaupun kami hanya berdiam diri dengan kenyataan artikel tersebut, ini tak bermakna kami setuju.


             Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir ada menulis mengenai perkara ini. Beliau menyatakan: Diam bukan bermakna setuju..itu hanya utk anak dara dalam masalah perkahwinan..tapi diam adalah cara paling bijak diajarkan oleh para ulama ketika berhadapan dgn org yg bodoh sombong..Al-Imam al-Syafie rahimahullah mengatakan :" Aku akan menang jika berhujah dgn org yg cerdik, tapi aku kalah kalau berhujah dgn org yg bodoh"..Ulama Amilin tidak meletakkan bodoh atau cerdik pada pencapaian akademik tetapi pd pegamalan ilmu tersebut.Jgn tertipu dgn sogokan barat yg meletakkan had2 masa tertentu pada menuntut ilmu. al-Imam al-Syafie sendiri mengatakan bahawa syarat menuntut ilmu itu ada 6 perkara yg antaranya adalah panjang masa..Bukannya diletakkan mesti 4 tahun, 5 tahun, 7 tahun dan lain-lain..



            Saya mengikuti kelas pengajian bersama Syaikhuna al-Imam al-Akbar Dr Ahmad Tayyib hafizahullah, beliau menyebutkan bahawa " Ilmu sebenar kamu adalah di sini ( merujuk kepada Masjid al-Azhar) kamu tidak akan pulang sebagai seorang alim jika tidak menuntut di sini selama kurang lebih 6 tahun..Kuliah adalah sebagai pintu sahaja, tetapi gudangnya di sini, ditempat saya belajar dahulu ( di Masjid al-Azhar )" .


            Saya punya hadaf saya sendiri dlm menuntut ilmu,  demi Allah saya merasakan keberkatannya berkat doa ibu ayah dan para ulama al-azhar yg tercinta..Cuma sedih masih ada yg berfikiran " exam oriented" menganggap ilmu dan kehebatan seseorang berdasarkan pencapaian..Pencapaian itu wasilah bukannya hadaf( matlamat) , lebih memilukan, para pelajar al-Azhar sendiri menganggap bahawa pencapaian itu sebagai hadaf utama..Hadaf utama pengajian adalah utk mendapat redha Allah taala..


            Benarlah kata Syaikhuna al-Allamah Abu al-Huda al-Ya'qubi hafizahullah " Jgn memandang dgn kesenangan dan kemudahan yg kita perolehi sebagai tanda redha Allah taala kepada kita, satu perspektif yg sgt dangkal jika menganggap jika mendapat kebaikan itu bermaksud Allah taala redha kepadanya" .. Belajarlah utk kita lebih takutkan Allah taala dan lebih memandang akhirat ..


            Kesan pengajian yg benar adalah TAKUTKAN ALLAH TAALA & MELAKSANAKAN PERINTAHNYA, bukan utk mengumpul HARTA DUNIA & MENGAMPU MAKHLUK CIPTAANNYA..Fikirlah sebagai seorang yg matang dlm ilmu bukan dgn nafsu yg melulu..Wallahu a'lam
             
p/s : Saya tidak menafikan pentingnya sijil dlm pengajian kerana itu adalah keperluan sekarang, saya juga berusaha ke arah itu, tapi perlu dilihat dan dinilai tujuan pengajian itu sendiri sebenarnya..adakah utk sijil semata2 bagi mendapat pangkat tertentu atau utk membantu agama Allah dengan erti kata yg sebenar??? sumber penulisan Ustaz Nazrul


            Ini lah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pelajar tahun akhir kuliyyah usuluddin, jurusan tafsir tersebut. Saya menyokong dan bersetuju dengan tulisan beliau. Kita lihat begaimana ulama’ Islam dulu mengambil masa yang lama menuntut ilmu untuk menjadi alim dan fakih dalam ilmu Islam. Menuntut ilmu selama 5-6 tahun perkara biasa bagi pelajar di sini kerana kami belajar ilmu agama memerlukan pemahaman yang cukup mendalam dan mengambil masa yang lama. Kami bukannya belajar mengenai ilmu-ilmu akademik lain yang hanya memerlukan masa yang singkat. Ilmu agam ini perlukan pemahaman yang mendalam suapaya kami dapat sampaikan kepada masyarakat dengan betul apabila pulang ke tanah air nanti. Bukan seperti ilmu akademik yang hanya untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Bukan niat saya untuk memperkecilkan penuntut-penuntut ilmu yang lain, Cuma saya mahu memberi kefahaman kepada anda keadaan pelajar disini.

            Kanyataan di akhbar tersebut menyatakan kami tidak mengamalkan “4M” iaitu mendengar, membaca, mengucap dan menulis. Saya tidak bersetuju dengan tuduhan ini kerana kami disini 100% mempraktikannya. Kebanyakan pelajar disini mengikuti kelas-kelas talaqi di tempat-tempat tertentu yang disampaikan oleh masyaikh yang berada di Mesir. Kebanyakan mereka berbangsa arab dan sudah pasti “4M” tersebut di praktikkan setiap hari. Tambahan lagi muamalat kami bersama bangsa arab di sisni dalam mempraktikkan mendengar dan mengucap sentiasa berlaku dalam rutin seharian ketika hendak membeli barang-barang dapur. Membaca dan menulis dalam bahasa arab selalu kami praktikkan ketika membaca kitab-kitab kuliah dan kitab-kitab lain. Semua kitab tersebut di tulis di dalam bahasa arab. Tmbahan lagi ada dari kalangan pelajar di sini telah menulis kitab dalam bahasa arab. Jadi mustahil kami tidak mempraktikan “4m” tersebut. Cuma apabila kami berkomunikasi sesama pelajar Malaysia, bahasa ibunda digunakan. Rasanya ini bukan maslahnya.

            Semoga dengan kenyataan dan penerangan mengenai salah faham ini dapat difahami oleh semua pembaca terutamanya kepada rakyat Malaysia sekalian. Kami bukannya gagal, tetapi cuba yang terbaik untuk mebawa amanah kalian semua. Saya akhiri dengan menaqolkan syair Imam Ali bin Abi Tolib karamullahhu wajhah, di dalam kitab “Ta’limu al-muta’alimi, Tariqu al-ta’alum” iaitu: “Tidak tercapai ilmu itu melainkan dengan 6 perkara: Kepandaiaan, tamakkan ilmu, perbelanjaan yang cukup, pentunjuk dari guru dan panjang waktu menuntut ilmu”. Wallahu a’lam.


No comments:

Post a Comment