Assalammualaikum kepada semua pembaca serta kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog ini. Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera terutama sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir yang tengah” memulun” pelajaran masing-masing sempena fatrah imntihan kali ini. Akhirnya dapat saya mencuri sedikit waktu study saya untuk meng”up date” blog ini. Sekarang sudah masuknya bulan Rejab mengikut kelender Islam, tapi sejak akhir-akhir ini banyak entri blog serta posting-posting di laman social membicarakan tentang kewajaran berpuasa di bulan rejab. Pening saya baca semua tu. Apa masalahnya?
Semuanya timbul disebabkan ada sesetengah pihak megembar-gemburkan hukum puasa bulan rejab adalah HARAM. Ini telah banyak menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai terutamanya bagi mereka yang kurang ilmu agamanya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadis-hadis yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’.
Semuanya timbul disebabkan ada sesetengah pihak megembar-gemburkan hukum puasa bulan rejab adalah HARAM. Ini telah banyak menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai terutamanya bagi mereka yang kurang ilmu agamanya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadis-hadis yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’.
Apakah maksud sebenar mereka ini? Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif haditsnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rejab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rejab, maka ianya sudah termasuk dalam kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadhilat berpuasa dibulan Rejab itu yang bersalah, tetapi mereka yang sepatutnya ditegah daripada menyebarluaskan fahaman songsang tersebut.
Habib Munzir al-Musawa menulis di dalam webnya bahawa : tak satupun dalil dari hadits Rasul saw yg melarang Puasa Rajab, bahkan para sahabat sebagian melakukannya, sebagaimana diriwayatkan dalam shahih Muslim hadits no.1157, bahwa Utsman bin Hakim Al Anshariy bertanya pada said bin Jubair mengenai Puasa Rajab, maka ia menjawab bahwa Ibn Abbas ra berkata bahwa Rasul saw bila berpuasa maka terus puasa, dan bila tak puasa maka terus tak puasa. (shahih Muslim hadits n0.1157) riwayat menunjukkan bahwa tak ada pelarangan yg mengharamkan puasa rajab, bila ada pelarangan maka tentu akan disebutkan bahwa Rasul saw, atau Ibn Abbas ra, atau Sa’id bin Jubair akan berkata bahwa itu haram dan dilarang.
dan juga Shahih Muslim hadits no.2069 bahwa Ummulmukminin Aisyah ra menegur Abdullah bin Umar ra bahwa apakah betul ia melarang orang berpuasa Rajab, maka Abdullah bin Umar berkata : “Bagaimana dengan puasa seumur hidup?”, ini menunjukkan tidak ada pelarangan dari Abdullah bin Umar ra mengenai puasa Rajab, dan pertanyaan itu muncul dari Aisyah ra memberikan pemahaman pada kita bahwa beliau melakukan puasa Rajab, bila beliau tak melakukannya maka paling tidak beliau (Aisyah ra) menyukai dan menyetujuinya, karena beliau menegur Abdullah bin Umar ra apakah betul ia melarang orang puasa rajab. riwayat ini adalah pada shahih Muslim. Maklumat selanjutnya layari: Pondok Habib
Matan hadis : “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku, ramadhan bulan umatku…” tidak bertentangan dengan nas al-Qur’an. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah SWT pada surah al-Taubah ayat 36 tentang empat bulan haram yang dimaksudkan : Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam. Imam Abu Daud pula membawa intisari hadis yang menampakkan kesaksian yang jelas tentang lafaz “Sya’ban bulanku”. Buktinya beliau meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Qais dari Aisyah berbunyi : “Bulan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah berpuasa di bulan Sya’aban. Kemudian Baginda menyambung puasanya hingga ke Ramadhan.”(Sulaiman bin al-Asy’at al-Sijistani, Sunan Abu Daud, t.th, Dar al-Fikr : Beirut , hlm 323 juz 2)
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan dari Uthman bin Hakim al-Ansari beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr RA tentang puasa rejab (pada bulan rejab). Said menjawab : “Aku mendengar Ibn Abbas RA mengatakan : “Rasulullah SAW berpuasa rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.”(Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim,t.th, Dar Ihya Thuras al-Arabi : Beirut , hlm 811 juz 2) Imam al-Nawawi mengatakan : “Apa yang zahir dari ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti bahawa tiada tegahan untuk berpuasa padanya (rejab) kerana (semata) bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. Dan tidak ada larangan (yang tsabit) untuk melakukan ibadat puasa di bulan rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa tersebut.”(al- Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Sahih Muslim, 1392, Dar Ihya’ Thuras al-Arabi : Beirut , hlm 38 juz
Bagaimana sahabt-sahabat sekalian, telah saya bawakan beberapa pendapat ulama’ yang muktabar sebagai penjelasan mengenai puasa di bulan rejab. Walaupun hadis ini bertaraf dha’if tetapi dalam ilmu mustholah hadis menyatakan hadis bertaraf dha’if boleh diamalkan cuma tidak boleh di guna pakai untuk berhujjah. Jadi tiada masalah kepada sesiapa untuk mengamalkan hadis “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku, ramadhan bulan umatku…”
Saya bukannya ulama’ tapi mengikut pendapat saya, hadis ini menggesa kita untuk melakukan dan memperbanyakkan amalan-amalan ibadah di bulan-bulan tersebut. Tidak dikhususkan hanya ibadah puasa, kita boleh melakukan ibadah lain seperti memperbanyakkan sedekah, solat sunat, qiam mulail dan banyak lagi ibadah-ibadah lain yang boleh kita lakukan. Jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan satu ibadah sahaja. Mengenai pahala ibadah pada bulan itu, kita sebagai seorang hamba tidak layak untuk memikirkan tentang pahala ibadah tersebut kerana pahala dosa ini adalah perkara samiyat atau perkara ghaib. Jadi kita serahkan sahaja semua itu kepada Allah kerana itu semua urusan Allah. Dia sahaja yang layak menentukannya.
Kesimpulannya, marilah kita semua meningkatkan ibadah kita pada bulan haram ini sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Sampai sini sahaja posting saya kali ini, Semua yang buruk adalah datang dari diri yang hina ini dan memerlukan teguran sekiranya terdapat salah dan silap. Semoga kita dapat amik pengajaran ye. Nampaknya sudah banyak masa study saya “tercuri” dek tulis posting kali ini. Semoga dapat berjumpa lagi. Ilal liqa’. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment